Konco-konco ku

Friday, February 1, 2013

SAH!! NASHARUDIN MAT ISA BUKAN LAGI AHLI PAS. - NIK AZIZ

KONFLIK dalam parti Islam se-Malaysia semakin bernanah semenjak pemecatan Nasharudin Mat Isa dari Majlis Syura. Ramai sebenarnya yang tak faham tentang pemecatan bekas Timbalan Presiden PAS ini yang juga bermaksud beliau telah dipecat secara automatik sebagai ahli PAS sama seperti yang berlaku terhadap Hasan Ali satu masa dulu.

Dalam kenyataan media Nik Aziz berkata :

Pengguguran keanggotaan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa daripada Majlis Syura Ulama adalah sama seperti beliau dipecat daripada parti, kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. 
Nik Aziz berkata, Nasharuddin tidak perlu menunggu surat daripada parti mengenai status keahliannya kerana pemecatan beliau daripada Majlis Syura secara automatik bermaksud dia bukan lagi ahli PAS. 
"Adalah tidak penting sama ada dia menerima surat daripada Majlis Syura memaklumkan beliau sudah dipecat atau menunggu jawapan mengenai status keahliannya. Hakikatnya tetap teguh bahawa Lafaz Cerai telah dibuat dan beliau bukan lagi ahli parti," katanya kepada pemberita di sini, Khamis. 
Oleh kerana sudah lama bersabar dengan segala tindak tanduk Nasharudin yang kerap membelakangkan parti, Nik Aziz terpaksa menerima cadangan Anwar Ibrahim supaya memecat Nasharudin menggunakan kaedah yang cukup licik agar matlamat mereka menawan Putrajaya dapat direalisasikan.

Anwar juga baru-baru ini mengucapkan tahniah kerana berjaya menyingkirkan seorang penghalang dari PAS. Malah dalam kes penggunaan kalimah Allah juga Karpal sudah berani mengarahkan Hadi Awang agar masuk campur dalam Majlis Syura seterusnya mengubah keputusan tersebut.

Masih kabur lagikah pengikut-pengikut PAS tentang strategi yang dirancang untuk menjatuhkan martabat Islam? Masih kurang buktikah tentang apa yang berlaku setakat ini? Fikirkan.

3 comments:

  1. Allahu Akbar, Allah menguji Ust Nasharudin kerana beliau org yang istiqamah di jalan Allah, semoga beliau tabah. Terimalah balasan kpd puak2 PAS laknatullah ini yg ZALIM dan jadi alat kepada kuffar dan munafiqun!!

    ReplyDelete
  2. Cara pemecatan yang zalim...TG Nik Aziz perlu rasa diri sendiri kena pecat...mcm mana rasanya???

    ReplyDelete
  3. ini semua salah UMNO kah kah kah

    ReplyDelete

comment please.....