Konco-konco ku

Friday, February 15, 2013

TERKINI!! LAGI RAKYAT SELANGOR TUNTUT JANJI PAKATAN SELANGOR!!

PAGI tadi bertempat di Dewan Sepak Takraw, Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam lebih kurang 250 orang telah berhimpun bersama-sama untuk mendesak kerajaan Khalid menunaikan janji yang telah mereka buat pada PRU-12 yang lepas.

Himpunan yang melibatkan warga emas, golongan belia serta wanita adalah bagi menuntut segala janji manis yang telah dilemparkan kepada rakyat Selangor sebelum pakatan memenangi pilihanraya.

Tuntutan-tuntuan seperti caruman takaful bagi warga emas, elaun surirumah, bantuan perkahwinan dan perniagaan bagi golongan belia telah disuarakan oleh sebilangan rakyat Sabak Bernam. Turut hadir sama adalah beberapa orang bekas ahli dan penyokong pakatan yang telah muak dengan janji Khalid yang tidak pernah tertunai.

Himpunan yang diketuai oleh Datuk Johan Abd. Aziz, ADUN Semenyih turut dihadiri oleh Puan Murtini, Pengerusi Ibu Tunggal Negeri Selangor, Datuk Raja Ideris, ADUN Sg. Air Tawar serta kepimpinan bahagian yang lain.

Memoradum tuntutan telah diserahkan kepada Datuk Johan Abd. Aziz supaya tindakan seterusnya akan dibuat oleh beliau di mahkamah selepas ini.

Kita tunggu kejatuhan kerajaan Khalid yang tak pernah menunaikan janji...





1 comment:

  1. Salam perjuangan, mohon jasa baik tuan utk pautkan blog sy di blog list tuan,
    melayublues.blogspot.com

    ReplyDelete

comment please.....