Konco-konco ku

Monday, February 4, 2013

KERTAS PUTIH TALAM CORP. DEDAH PENJUALAN ASET SELANGOR SECARA SENYAP!!


Penyalahgunaan kuasa dan penipuan yang dilakukan oleh Tan Sri Khalid semasa pembentangan kertas putih berkaitan transaksi penyelesaian hutang Talam akhirnya dibongkar dan didedahkan oleh Kumpulan Hartanah Selangor Berhad, anak syarikat tersenarai negeri Selangor sendiri.

Kertas putih yang dibentang oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akhirnya memerangkap dan membuka pintu untuk siasatan lanjut yang boleh meletakkan kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim di dalam keadaan yang serius berikutan dari penyalahgunaan kuasa beliau sebagai menteri besar di dalam penyelesaian isu hutang Talam yang melibatkan aset dan wang milik kerajaan negeri (WANG RAKYAT) berjumlah lebih daripada RM600 juta.

Penyalahgunaan kuasa dan penipuan fakta semasa membentangkan kertas putih penyelesaian hutang Talam ini disahkan sendiri oleh anak syarikat kerajaan negeri Selangor, syarikat tersenarai Kumpulan Hartanah Selangor Berhad kepada Bursa Saham pada 28 November 2012.

Pengumuman kepada bursa saham oleh anak syarikat milik negeri Selangor jelas memperlihatkan dengan nyata bahawa anak syarikat kerajaan negeri Selangor sendiri tidak dapat menanggung dosa dan bersekongkol dengan menteri besar dalam penyalahgunaan kuasa dan manipulasi harta serta wang rakyat Selangor.

Siri pendedahan di SINI.

1 comment:

  1. Apa lagi.. Amik la tindakan. Election dah dekat.
    Lembab betul BN ni ambik tindakan. Kuasa dah pegang pun lembab jugak. Hampeh

    ReplyDelete

comment please.....