Konco-konco ku

Friday, October 30, 2015

#PRU14 : DAP BAKAL LETAK CALON MELAYU DI KERUSI PAS

DAP mungkin akan bertanding di lapan kerusi PAS dalam pilihan raya umum akan datang dan sudah bersedia ke arah itu, kata setiausaha publisitinya Tony Pua.

Kerusi-kerusi itu ialah Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jaras, Sri Serdang, Meru, Cempaka, Dusun Tua dan Tanjung Sepat.

“Inilah lapan kerusi yang kami percaya mempunyai pengaruh ketara dan boleh menang,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

“Kerusi-kerusi ini dipilih kerana kami percaya jika berlaku pertembungan tiga penjuru, kami dapat menang, yang mana tidak akan menjejaskan cita-cita Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan di Selangor,”

Keputusan lanjut bagaimanapun akan diputuskan setelah perbincangan Pakatan Harapan Selangor, melibatkan DAP, PKR dan AMANAH.

PAS tidak bergabung dalam Pakatan Harapan tetapi menegaskan masih bersama PKR dalam Pakatan Rakyat.

DAP dan PAS sebelum ini bersekutu dalam Pakatan Harapan tetapi hubungan itu tidak dapat kekal lama setelah perbalahan berterusan, terutamanya dalam isu langkah pelaksanaan hudud di Kelantan.

No comments:

Post a Comment

comment please.....