Konco-konco ku

Thursday, March 13, 2014

#KAJANGMOVE: LANGKAH JIJAH TERSEKAT KERANA KONFLIK ANAK BERANAK!!

EDISI air mata Jijah di Kajang diteruskan pada hari ke-3 apabila jadual kempen beliau penuh mengelilingi Kajang bagi memberi ceramah dan penjelasan kenapa beliau adalah individu yang paling layak untuk menduduki kerusi Dun Kajang.

Dalam ceramah Nurul Izzah yang sempat hadir malam tadi di Stadium Kajang mengatakan pemilihan ibundanya sebagai calon PKR Kajang adalah bertepatan dengan masanya kerana memandangkan keadaan semasa kerajaan negeri yang kelam kabut dan sedikit krisis yang terjadi dalam kepimpinan parti PKR.

Secara tidak langsung di dalam pengakuan yang dikatakan oleh Nurul Izzah malam tadi mengesahkan yang Adun sebelum ini, Lee Chin Cheh tidak komited dalam kerjanya sekaligus terpaksa meletakkan jawatan atas arahan Anwar yang mahukan kerusi itu dikosongkan.

Langkah Kajang yang diwar-warkan oleh pihak pakatan tidak mendapat sambutan semenjak calon Kajang ditukar kepada Jijah selepas Anwar didapati bersalah dalam kes liwat Saiful dan dijatuhi hukuman penjara 5 tahun.

Seperti biasa, ini adalah konspirasi yang sebenarnya telah dirancang oleh Anwar sejak dari mula beliau mengetahui berkenaan tarikh perbicaraan mahkamah atas kes liwat Saiful tersebut.

Rancangan-rancangan yang disusun rapi oleh 'inner-circle' Anwar berjaya memperlihatkan yang pakatan sebenarnya telah teraniaya. Perancangan rapi ini sebenarnya telah memerangkap pakatan kembali apabila sejak dari awal nama Jijah diumumkan menjadi calon, ramai pengundi Dun Kajang yang terkejut dan mula bosan.

Ramai juga yang menyatakan ketidakpuasan hati mereka terutama daripada ahli PAS dan pengundi kaum Cina Kajang yang merasakan diri mereka tertipu dengan permainan ciptaan Anwar. 

Sebagai buktinya, semasa penamaan calon tidak ramai penyokong Jijah dari kaum Cina dan penyokong PAS hadir bagi memberikan sokongan. Sememangnya mereka juga sedar yang parti PKR adalah parti anak beranak.

Seperti kata pengundi Kajang sendiri, "Jika bukan saya (Anwar), pasti isteri (Jijah) saya, jika bukan isteri saya sudah tentu anak saya (Izzah), jika bukan anak saya sudah tentu SAYA."

Inilah parti anak beranak. Bukan parti rakyat.

4 comments:

  1. Oh Ajijah,kadang kala pengorbananmu tidak bertempat. Tapi saya puji kak Jijah kerana dia memang seorang isteri yang taat.

    ReplyDelete
  2. selagi ada keturunan melayu mcm ni selagi itulah negara huruhara.

    ReplyDelete
  3. Anyway bn memang x relevan lagi.ia dominan krroni.asal bukan bn.cukup.

    ReplyDelete
  4. Walau bukan anwar dikajqng tqpi yg penting bukan bn juga dikajqng

    ReplyDelete

comment please.....