Konco-konco ku

Tuesday, October 22, 2013

BEKAS PENSYARAH KANAN UPSI CALON BN DUN SUNGAI LIMAU!!!

YAN 21 Okt - Bekas Pensyarah Kanan Jabatan Kemasyarakatan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr. Ahmad Sohaimi Lazim diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sg. Limau.

Nama Dr. Sohaimi, 52, diumumkan oleh Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Majlis Pengumuman Calon BN yang diadakan di Bilik Gerakan BN PRK Sg. Limau di sini hari ini.

Selain bekas pensyarah, Dr. Sohaimi juga merupakan bekas guru sekolah agama rakyat, Pondok Pak Ya yang terletak di dalam DUN Sg. Limau ini.

Beliau kini Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jerai.

Turut hadir pada majlis itu Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir dan kepimpinan BN yang lain. - NadiRakyat.net

Jom kita lihat latarbelakang Dr. Ahmad Sohaimi Lazim:

Nama: Dr. Ahmad Sohaimi bin Lazim

Kerjaya: Pensyarah Kanan Fakulti Sains Kemanusiaan, Jabatan Pengajian Kemasyarakatan dan Kewarganegaraan, Universiti Perguruan Sultan Idris, Tanjong Malim.

Kelulusan: 
Ijazah Doktor Falsafah - Pengajian Malaysia (Tamadun Asia [Jepun]) Universiti Sains Malaysia (2008)
Sarjana Sastera (Pengajian Peradaban) - Pengajian Peradaban (Tamadun Islam dan Asia Timur) UM (2000)
Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan dengan Kepujian - Sains Politik, UM (1998)

Bidang: TITAS (Tamadun Islam dan Asia Timur)
Skop Kajian: 
1. Hubungan Malaysia-Jepun pasca merdeka.
2. Politik Malaysia kontemporari.

Ahli Jawatankuasa Perancangan Akademik Fakulti UPSI (2010-2012)
Ahli Jawatankuasa Pengajian Siswazah Fakulti UPSI (2010-2012)
Ahli Jawatankuasa Pembangunan Fakulti Sains Kemasyarakatan UPSI (2010-2011)
Ahli Jawatankuasa Penyelidikan dan Penerbitan Fakulti Sains Kemasyarakatan UPSI (2010-2011)
Ahli Jawatankuasa Teknikal (Kewangan) Fakulti Sains Kemasyarakatan UPSI (2010-2011)
Ahli Jawatankuasa Semakan Kurikulum Pengajian MARA (2011)
Ahli Persatuan Sains Sosial (2011-2012)
Pengerusi Penilai Manuskrip Dewan Bahasa dan Pustaka (2012)
Ahli Jawatankuasa Seminar Kebangsaan Perpaduan Nasional, Majlis Profesor Negara (2011-2012)


No comments:

Post a Comment

comment please.....