Konco-konco ku

Friday, August 10, 2012

KONSPIRASI PAKATAN MENIDAKKAN HAK AIR RAKYAT SELANGOR


Barisan Nasional (BN) Selangor mendakwa mereka mempunyai maklumat bahawa pengarah Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) Suhaimi Kamaralzaman telah mengeluarkan surat arahan kepada Pihak ABASS pada tahun 2011 supaya mengurangkan pengeluaran air terawat daripada 145 juta gallon sehari kepada hanya 120 juta gallon sehari.

Koordinatornya, Dato’ Sri Ir Mohd Zin Mohamed turut mendakwa tindakan yang dilakukan adalah penyebab berlakunya krisis air di kawasan Kajang dan Balakong memandangkan ABASS mengendalikan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih.Mohd Zin turut berkata dalam sidang media pada yang lalu, beliau pernah menyatakan sebelum ini bahawa KDEB iaitu salah sebuah anak syarikat kerajaan Negeri mempunyai 15% saham di dalam Syabas dengan seorang wakil dalam mesyuarat lembaga pengarah.

Alasan bahawa Kerajaan Negeri tidak tahu menahu mengenai krisis air ini langsung tidak masuk akal dan seperti sengaja dipolitikkan oleh mereka." Mengapa Suhaimi mengeluarkan arahan tersebut kepada ABASS. Kami mahu tahu adakah pihak KDEB atau Kerajaan Negeri ingin melakukan sabotaj terhadap rakyat Selangor dan Syabas."Mengapa pihak Syabas yang disalahkan sedangkan kawasan yang mengalami gangguan dikendalikan oleh ABASS. Siapakah yang mengarahkan Suhaimi supaya mengeluarkan arahan tersebut," katanya.

Mohd Zin juga menuntut pihak yang bertanggungjawab memberikan penjelasan dan menjawab persoalan ini kerana sebelum ini kerajaan Negeri hanya menunding jari dan menyalahkan pihak lain jika berlakunya krisis air terutamanya di kawasan Kajang dan Balakong.Beliau turut menempelak sikap kerajaan negeri Selangor dan Pakatan Rakyat yang terus mempolitikkan isu air tanpa ada titik noktah serta masih lagi tidak mampu menjawab dengan kemas fakta dan angka yang telah dikemukakkannya.

Beliau turut memberitahu fakta bahawa lebih kurang 234 projek pembangunan terpaksa ditangguhkan kerana tiada jaminan bekalan air dapat disediakan langsung tidak dinafikan oleh pihak kerajaan negeri dan telah mengakibatkan pembangunan negeri Selangor terbantut.BN Selangor juga kecewa dengan sikap exco Selangor, YB Au Yong Heng Hua yang melakukan demonstrasi di pejabat Syabas Kajang seolah-olah masalah air ini bukan berpunca dari kelemahan Kerajaan Negeri.

"Adakah beliau lupa bahawa beliau kini merupakan kerajaan yang memerintah. Adakah beliau tidak tahu tanggungjawab kerajaan negeri ialah menyediakan bekalan air bersih kepada rakyat. Mengapa masih mahu mengelirukan rakyat tentang isu ini," kata Mohd Zin.Beliau juga berkata BMN Selangor mempunyai maklumat saham 15% yang dimiliki oleh KDEB dalam Syabas turut dicagarkan kepada sebuah bank bagi tujuan mendapatkan pinjaman sebanyak RM250 juta bagi kegunaan tertentu."Adalah begitu daif pihak kerajaan negeri sehinggakan terpaksa mencagarkan saham KDEB di dalam Syabas untuk membuat pinjaman." Jika benar ini berlaku, mampukah Kerajaan Negeri ingin mengambil alih Syabas kerana saham berjumlah 15% pun tidak mampu untuk diuruskan dengan baik inikan pula sebuah Syarikat Pengagihan Air yang begitu penting sekali."Adakah ini merupakan sikap good governance dan contoh tadbir urus yang beretika.

Saya mempersoalkan adakah niat sebenar pengambilalihan Syabas hanya untuk menutup kelemahan Kerajaan Negeri. Apakah tujuan pinjaman tersebut dilakukan," tanya Mohd Zin.Beliau juga memberitahu mendapat maklumat kerajaan negeri terpaksa membuat pinjaman sehingga RM300 juta setahun dengan kadar faedah sebanyak RM8 juta bagi tujuan memberikan air percuma ini."Adakah ini satu langkah pentadbiran yang bijak apabila kerajaan negeri terpaksa berhutang dengan pihak bank untuk memberikan air percuma."Bagaimanakah pelan kerajaan negeri untuk melangsaikan hutang-hutang tersebut. Adakah kerajaan negeri tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh untuk melaksanakan pemberian air percuma seperti yang dijanjkan sehingga terpaksa berhutang.

"Jangan sampai nanti kita menjadi seperti Cerita Pak Kaduk, yang terpaksa menggadai negeri demi untuk melunaskan hutang," katanya.Mohd Zin berkata kerajaan negeri Selangor tidak mampu untuk mentadbir dan menguruskan ekonomi dengan baik sehinggakan isu penting seperti pengurusan air juga tidak dapat diselesaikan dengan mudah.Beliau mendakwa langkah terakhir dilakukan oleh kerajaan negeri dan Pakatan Rakyat adalah mengelirukan rakyat dan tidak bercakap berasaskan fakta.Dalam pada itu, Mohd Zin berjanji akan mendedahkan beberapa kelemahan lain dari masa ke semasa supaya rakyat Selangor dapat menilai sikap sebenar Kerajaan Negeri kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. KLPOS

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

comment please.....