Konco-konco ku

Wednesday, August 15, 2012

PESAN DAN NASIHAT ULAMA' TERDAHULU KEPADA BANGSA MELAYU


PESAN ULAMA KITA;

Dalam nukilan al marhum ini,dipesankan kepada kita "bangsa Melayu dari peringkat bawah hingga ke atas iaitu qadhi,ulama,menteri,awam dll berpegang kepada satu mazhab iaitu mazhab Imam Syafie." 

Nasihat al marhum,"orang Melayu jangan berpecah-belah kerana perbezaan Mazhab(cabaran waktu itu).Tuan-tuan bangsa Melayu jangan tertipu daya dengan hasutan mereka itu dikeluar hukum-hukum yang tiada terpakai dalam mazhab Syafie dan fatwa mereka itu masalah yang buruk-buruk,sudah terdengar kepada awam,harapan bangsa Melayu jangan berpecah belah sesama bangsa sendiri."

Itulah pesan Al marhum Syeikh Abdullah Fahim rahimahullah yang berharap bangsa Melayu tidak berpecah belah.Seruan ini bukan lah berkaitan UMNO dan PAS,tapi menunjukkan ULAMA sememangnya memainkan peranan penting untuk mengukuhkan kesatuan ummah.

No comments:

Post a Comment

comment please.....