Konco-konco ku

Sunday, August 12, 2012

KRISIS AIR 2014: KHALID CUBA SEMBUNYIKAN TELUR SENDIRI!!


Isu Air terus menjadi mainan politik oleh pihak pakatan pembangkang dan Kerajaan Negeri Selangor. Namun hakikatnya mereka tidak menafikan fakta bahawa lebih kurang 234 projek pembangunan terpaksa ditangguhkan kerana tiada jaminan bekalan air dapat disediakan.

Lebih malang lagi Exco Selangor, YB Ean Yong Hian Wah melakukan demonstrasi di pejabat Syabas Kajang baru-baru ini seolah-olah masalah air ini bukan berpunca dari kelemahan Kerajaan Negeri.

Koordinator Barisan Nasionan (BN) Selangor, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed berkata tindakan Exco Selangor itu menunjukkan bahawa dia sendiri lupa bahawa beliau kini merupakan kerajaan yang memerintah.

“Adakah beliau tidak tahu tanggungjawab kerajaan negeri ialah menyediakan bekalan air bersih kepada rakyat? Kenapakah beliau cuba mengelirukan rakyat tentang isu ini?

“Saya pernah menyatakan sebelum ini bahawa Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) iaitu salah sebuah anak syarikat kerajaan Negeri mempunyai 15 peratus saham di dalam Syabas dengan seorang wakil dalam mesyuarat lembaga pengarah. Alasan bahawa Kerajaan Negeri tidak tahu menahu mengenai krisis air ini langsung tidak masuk akal dan seperti sengaja dipolitikkan oleh mereka.

“Berdasarkan maklumat yang kami terima, Pengarah KDEB, Suhaimi Kamaralzaman telah mengeluarkan surat arahan kepada Pihak ABASS pada tahun 2011 supaya mengurangkan pengeluaran air terawat daripada 145 juta gallon sehari kepada hanya 120 juta gallon sehari. Tindakan ini menyebabkan berlakunya krisis air di kawasan Kajang dan Balakong memandangkan ABASS mengendalikan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih,” ujarnya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Persoalan di sini tegas beliau kenapakah Suhaimi mengeluarkan arahan tersebut kepada ABASS? Adakah pihak KDEB atau Kerajaan Negeri ingin melakukan sabotaj terhadap rakyat Selangor dan Syabas?
“Kenapa pihak Syabas yang disalahkan sedangkan kawasan yang mengalami gangguan dikendalikan oleh ABASS? Siapakah yang mengarahkan Suhaimi supaya mengeluarkan arahan tersebut?

“Saya minta supaya pihak yang bertanggungjawab memberikan penjelasan dan menjawab persoalan ini kerana sebelum ini kerajaan Negeri hanya menunding jari dan menyalahkan pihak lain jika berlakunya krisis air terutamanya di kawasan Kajang dan Balakong.

“Kami juga mendapat maklumat bahawa saham 15 peratus yang dimiliki oleh KDEB dalam Syabas turut dicagarkan kepada sebuah bank bagi tujuan mendapatkan pinjaman sebanyak RM250 juta bagi kegunaan tertentu,” ujarnya yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor.

Persoalannya di sini ialah tegas beliau adakah begitu daif pihak kerajaan negeri sehinggakan terpaksa mencagarkan saham KDEB di dalam Syabas untuk membuat pinjaman?
Jika benar ini berlaku, mampukah Kerajaan Negeri ingin mengambil alih Syabas kerana saham berjumlah 15 peratus itu pun tidak mampu untuk diuruskan dengan baik inikan pula sebuah Syarikat Pengagihan Air yang begitu penting sekali? Adakah ini merupakan sikap good governance dan contoh tadbir urus yang beretika?

“Adakah niat sebenar pengambilalihan Syabas hanya untuk menutup kelemahan Kerajaan Negeri? Apakah tujuan pinjaman tersebut dilakukan? Kerajaan Negeri Selangor juga begitu berbangga dengan pemberian air percuma yang kononnya dinikmati oleh seluruh Rakyat Selangor. Pemberian air ini dilaung-laungkan oleh pemimpin Pakatan bahawa ianya hasil daripada pengurusan ekonomi yang cekap oleh Menteri Besar".

“Namun begitu, kami juga mendapat maklumat bahawa, kerajaan negeri terpaksa membuat pinjaman sehingga RM300 juta setahun dengan kadar faedah sebanyak RM8 juta bagi tujuan memberikan air percuma ini. Pada masa yang sama, bukan semua penduduk mendapat nikmat air percuma yang dijanjikan. Kerajaan negeri sebenarnya tersepit dalam janji-janji mereka sebelum ini”, ujarnya.

Soal beliau lagi adakah ini satu langkah pentadbiran yang bijak apabila kerajaan negeri terpaksa berhutang dengan pihak bank untuk memberikan air percuma?
“Bagaimanakah pelan kerajaan negeri untuk melangsaikan hutang-hutang tersebut? Adakah kerajaan negeri tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh untuk melaksanakan pemberian air percuma seperti yang dijanjkan sehingga terpaksa berhutang? Jangan sampai nanti kita menjadi seperti cerita Pak Kaduk, yang terpaksa menggadai negeri demi untuk melunaskan hutang,” ujarnya lagi.

Hakikat jelas beliau kerajaan negeri Selangor tidak mampu untuk mentadbir dan menguruskan ekonomi dengan baik sehinggakan isu penting seperti pengurusan air juga tidak dapat diselesaikan dengan mudah.

“Langkah terakhir mereka seperti biasa ialah untuk mengelirukan rakyat dan tidak bercakap berasaskan fakta".

“Saya juga akan mendedahkan beberapa kelemahan lain dari masa ke semasa supaya rakyat Selangor dapat menilai sikap sebenar Kerajaan Negeri pimpinan Khalid Ibrahim ini,” tambahnya.

Sumber : GPRS

No comments:

Post a Comment

comment please.....