Konco-konco ku

Wednesday, September 26, 2012

@ZED_ZAIDI , @SHILAAMZAH , @ATILIACLPT , @ANARAFFALI ANTARA ARTIS YANG AKAN TURUN MENGUNDI


Pilihan raya Umum (PRU-13) merupakan detik yang ditunggu-tunggu oleh segenap masyarakat di Malaysia baik parti kerajaan mahupun pembangkang.

Malah ada desas-desus yang mengatakan PRU-13 mungkin diadakan pada tahun ini.

Kini, pelbagai medium digunakan termasuk media cetak dan elektronik dalam menggesa rakyat untuk mengundi.

Begitu juga di kalangan selebriti, mereka juga harus menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan membuang undi.

Jom kita tinjau, siapakah di antara selebriti kesayangan ramai ini yang turut menyahut seruan kerajaan untuk mengundi...

"Memandangkan ini adalah tahun pertama saya mengundi, saya akan membuat pilihan yang terbaik dalam memilih calon yang berhak. Insya-Allah, jika tiada sebarang aral melintang, saya akan turun mengundi di peti pos, Lembah Keramat." -Ana Raffali-

"Tahun ini adalah tahun kedua saya turun mengundi. Sebelum ini, saya membuang undi di peti pos, Jalan Klang Lama. Kini, saya sudah berpindah alamat dan lokasi buang undi masih belum diketahui. Saya akan cek semula lokasi tersebut apabila tarikh PRU-13 diumumkan nanti." -Attilia-

"Sama seperti empat tahun lalu, saya akan membuang undi di peti pos, Keramat AU2, Gombak mengikut alamat yang telah ditetapkan. Tahun ini adalah tahun kedua untuk saya menentukan pilihan yang terbaik dalam memastikan keamanan dan kesejahteraan rakyat. Saya turut berharap agar kesemua artis dan penggiat seni turut membuang undi dan menentukan pilihan yang tepat. Setiap undian anda berupaya mengubah segalanya" -Zed Zaidi-

“Tahun ini adalah kali pertama saya layak mengundi. Namun, undi saya adalah rahsia dan keluarga saya amat menitik beratkan hal ini kerana satu undi mampu mengubah segalanya. Sebagai selebriti, kita harus menjadi penggerak kepada masyarakat. Tidak salah sekiranya golongan artis terlibat dalam politik kerana ia adalah hak asasi sebagai seorang warganegara, terpulang kepada individu itu sendiri." -Shila Amzah-

NASHA DESAK GUAN ENG MOHON MAAF PERTIKAI HUDUD

Nasharudun Mat Isa mendesak supaya Guan Eng memohon maaf kepada PAS kerana mempertikaikan hukum hudud yang dibawa oleh PAS.

Sebelum ini Karpal campurtangan dalam matlamat PAS menegakkan hukum hudud turut dikecam oleh Nasha, kali ini Guan Eng pula cuba mempertahankan kenyataan Pengerusinya. Apa nak hairan, memang DAP tak pernah faham makna hudud yang dibawa oleh PAS.

PAS pun dilihat terlalu berlembut dengan DAP yang sudah dianggap abang besar mereka. Jangan semata-mata kerana hendak ke Putrajaya, hilang arah tujuan asal.

PAS pusat juga sekarang ni tengah pening kepala nak terangkan kepada rakyat hasrat undang-undang Islam yang ingin dibawa jika berjaya memerintah Putrajaya. Hanya Nasha yang dilihat semakin lantang menyuarakan dan menerangkan erti hukum Islam itu kepada DAP.

DAP tak ada hak nak masuk campur dalam hala tuju PAS. Jadi, biarlah PAS yang selesaikan masalah mereka.

DAP ternyata ANTI-ISLAM.

PEMUDA PAS KANTOI BERKHALWAT DENGAN WANITA INDON!!

Semalam blog Media Permatang Pauh memaparkan seorang Pemuda PAS Pulau Pinang telah dipukul hingga masuk hospital kerana kantoi berkhalwat dengan wanita Indon.

Kejadian berlaku pukul 4pagi di Taman Pauh itu mendapati Pemuda PAS itu sedang asyik bercengkarama sebelum diserbu penduduk kampung yang sudah lama memerhatikan kelibat pemuda itu keluar masuk ke dalam rumah wanita tersebut.

Punya besar gambar Nik Aziz dan lambang PKR kat belakang kereta pemuda tu. Sah-sah ahli syurga yang mendapat perkenan Nik Aziz. Buatlah dosa macam mana sekali pun, masih tetap diampunkan oleh Nik Aziz.

Konspirasi UMNO? Fitnah UMNO? Diperangkap? Dah tak laku lah ayat tu sekarang.

Kalau dah salah tu mengaku je kan senang, jangan nak salahkan orang lain dan menuding jari kat orang sekeliling yang menangkap. Ada otak pakai, jangan malukan mak bapak.

Sokong PAS, semua tak berdosa.....

RUMAH KELING HINA ISLAM DI SERANG!! ITU BARU SIKIT BRO...

Malam tadi dikhabarkan rumah Gopinatang di Klang telah didatangi oleh sekumpulan golongan pendesak untuk memberi sedikit pengajaran kepada Gopinatang kerana telah menghina Islam sehingga menimbulkan kemarahan umat Islam di Malaysia.

Jangan tanya aku kenapa rumah kau kena pecah dan bagai. Berani buat berani tanggung la.

Konon minta maaf kat facebook dan cakap bukan ko yang buat. Siapa nak percaya beb? Ko tu memang jenis putar alam. Lepas minta maaf ko cakap merapu lagi. Tak kan kena hack lagi sekali?



Tuesday, September 25, 2012

SUDAH-SUDAH LAH MENIPU AHLI SENDIRI.. PAKATAN TAK PERNAH SEBULAT SUARA!!

"GUAN ENG SOMBONG! GUAN ENG ANGKUH! GUAN ENG TOKONG!"

Itulah antara kata-kata Mansor Othman terhadap boss nya Guan Eng selepas didedahkan oleh Buletin Utama malam tadi. Bukti rakaman percakapan Mansor turut didengarkan yang memang benar beliau mengeluarkan perkataan itu namun dinafikan oleh beliau sebelum ini.

Hang nak tipu apa lagi? Nampak sangatlah yang pakatan ni buat drama depan rakyat. Konon bersatu, berpadu, belakang kutuk sama sendiri. Fikirlah..

Layan pendedahan bervideo pulak...

MENTERI KDN NAK DIAM LAGI KE BENDA NI? SAMPAI BILA ISLAM AKAN TERUS DIHINA?

See..Aku dah kabo dari awal lagi. Selagi Menteri KDN tak bertindak kepada individu yang menghina agama Islam dan Melayu, selagi itu lah muncul muka-muka ANJING baru untuk menghina dan memburukkan agam Allah.

Tak larat dah aku nak cakap pasal KDN atau what so ever pasal kementerian ni. Dah jadi menteri, dah tua tapi tak paham bahasa juga. Mana pegangan orang-orang tua ni pun aku tak tau. Yang aku tau semua tak berani nak bersuara sebab takut hilang undi dan tak jadi menteri lepas ni.

Guna undang-undang yang sedia ada, jangan nak bacul sangat, jangan nak berlembut sangat dengan lahanat-lahanat ni semua. Tak tergugatlah undi kalau setakat nak tahan dua tiga budak yang kurang ajar. Tak luak pun suara tu bagi amaran keras kat malaun sood ni.

Kalau KDN nak senyap juga berkenaan isu ini. Jangan tanya apa pulak yang aku boleh buat. INGAT!!

CELENG SEKINCHAN MENIPU LAGI!! 46,000 PENGUSAHA BURUNG WALIT TAK PERNAH DAFTAR!!


PUTRAJAYA - Hampir 46,000 daripada 50,000 pengusaha sarang burung walet didapati enggan berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), sekali gus menyebabkan mereka tidak layak mendapat sijil untuk mengeksport produk mereka ke China.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, maklumat yang diperoleh mendapati keadaan itu disebabkan pelbagai faktor termasuk pengusaha cuba mengelak pembayaran cukai pendapatan serta kemungkinan terlibat dengan kegiatan penyeludupan dari negara jiran.

PUCHONG PUSAT MANDI BUIH TERKENAL DI SELANGOR!! WELCOME TO SELANGOR!!

Bangganyalah JB jadi orang Selangor sekarang ni. Hampir setiap hari ada je berita pasal tempat maksiat baru yang muncul di dada akhbar tempatan. Malah lebih kagum apabila Menteri Besar Selangor sendiri buat tak reti je dengan masalah sosial yang semakin melampau ni.

Lesen terus jugak diberi kepada pengusaha-pengusaha premis hiburan sebab atas desakan Ronnie Liu dan Teressa Kok. Dah siap bagi lesen, bukak pula premis maksiat ni tanpa kawalan siap ada servis baik punya macam mandi buih.

Untunglah Exco Agama tak kacau sebab Khalid je yang jadi Exconya. Kena gertak sikit tergagap lagi terus cakap ok. Yang tegas macam Hasan Ali dah kena tendang macam anjing sebab nak tegakkan Islam di Selangor. 

Berkawanlah Khalid dengan kafir harbi yang 1000 kali ganda jahatnya dari Yahudi. Atau lebih tepat lagi sama je dengan Yahudi Israel yang membunuh jutaan umat Islam diseluruh dunia.

Biarkan pakatan menang lagi sepenggal kalau nak tengok azab Allah tu datang. Kalau nak tengok bumi Selangor dibadai Tsunami, diberi gempa bumi, atau lagi dahsyat diterbalikkan tanah bumi.

Cubalah kalau berani...


@WARDINASAFIYYAH JATUHKAN HUKUM HARAM TENGOK SPANAR JAYA


Kenyataan Twitter Wardina Safiyyah pagi ini berkaitan tayangan semula sitkom Spanar Jaya di NTV7 .

Sebenarnya Spanar Jaya sudah kembali ke televisyen sejak beberapa minggu lalu dan peminat mula prihatin dengan imej lama Wardina Safiyyah dalam sitkom tersebut. 

"Okay. Spanar Jaya is airing again. I don’t have a TV. Yes, that was lama dulu. Hendak dapat dosa tengoklah, kalau ada rasa segan jangan tengok," tulis beliau hari ini. 

Wardina Safiyyah kemudian mengatakan yang beliau kini dan yang dahulu jauh berbeza dan disudut hati beliau tahu yang Tuhan sudah pun memaafkan kesilapan beliau dahulu. Menyatakan yang sebenarnya beliau tidak kisah dengan penyiaran semula Spanar Jaya, Wardina Safiyyah juga berkata beliau tidak mempunyai hak untuk menghalang siaran di TV.


MANA SATU YANG BETUL NI NUAR?? SEWA KE PINJAM??


Seorang ahli perniagaan, Datuk Mohd. Taufik Omar mengaku menyewakan sebuah jet eksekutif milik syarikatnya kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun enggan mengulas berhubung kos sewaan jet tersebut.

Beliau yang merupakan Pengerusi TJets Sdn. Bhd. juga menolak dakwaan memiliki jet tersebut.

Begitupun, beliau mengesahkan syarikatnya bertanggungjawab menguruskan jet yang digunakan oleh Anwar selama dua hari ke Labuan, Sabah.

"Kami hanya menguruskan jet ini untuk seseorang. Ia adalah sebuah jet peribadi, maka, saya rasa perkara berkaitan jet ini juga peribadi," katanya.
*****************************
Apa putar alam sangat Anwar Jubri ni? Dia kata jet tu diberi pinjam oleh 'rakan' nya. Tapi ni kenyataan yang diperolehi dari Dato' tu sendiri yang mengaku jet itu disewa oleh Anwar Jubri. 

Kalau betul 'rakan' nya itu memberi sewa, duit dari mana pulak yang Anwar cekau buat bayar sewa jet tu?

CERAMAH AGAMA @ABBY_ABADI112 DAPAT SAMBUTAN HANGAT!!


Tak percaya ke ??? anda lihat gambar ceramah Abby di bawah.ini bukan photoshop dari Bernama atau NST ataupun meloyakini.ini benar-benar kejadian tau Ceramah oleh Ostazah Abby di Kampung Ara Payong di Batu Gajah Perak semalam telah mendapat sambutan yang amat luar biasa.Diberitakan oleh sumber.jalan penuh sesak sejauh 10 kilometer sehingga memaksa orang ramai berjalan kaki ke tempat ceramah..Dan dilaporkan, hampir 1000 orang dari unit amal Pas terpaksa dikerahkan untuk menjaga lalulintas dan kawasan sekitar ceramah. Menurut pengacara Majlis,kehadiran penduduk sekitar Perak pada ceramah tersebut mencecah 10 ribu orang.Itu belum dicampur lagi dengan hadirin yang terpaksa menyaksikan ceramah Abby tersebut dari atas pokok kelapa berhampiran dan juga dari atas bumbung rumah penduduk. - BadutRakyat

KANTOI!! JET PERIBADI 'RAKAN' ANWAR SUDAH TERDEDAH!! WAJIB TAHU!!



1. Dassault Mystere Falcon 900
2. No Pendaftaran N990BB
3. Didaftarkan atas nama Wells Fargo Bank Northwest sebagai trustee (sebuah syarikat berpengkalan di Amerika Syarikat)
4. Mula beroperasi di Subang sejak Februari 2012.
5. 'Pemilik' - 'Ajen Tempatan' - 'Operator' : Dato Mohamad Taufik bin Haji Omar, Pengerusi LD Sports Sdn Bhd, Presiden Malaysian Judo Association.
___________________________

Berikut di atas adalah antara butiran lengkap berkenaan 'rakan' Anwar yang terlalu sukar untuk disebutkan dari mulut Anwar sendiri. Ada yang nak nafikan lagi ke?

JB tak kisah pun sebenarnya siapa punya jet cuma rakyat nak tahu siapakah 'rakan' Anwar yang bermurah hati untuk meminjamkan jetnya kepada Anwar supaya mereka senang berkempen di Sabah dan Sarawak.

Apa nak ditakutkan? Dah bagitau kan senang. Presiden Malaysian Judo Association, Dato' Mohamad Taufik bin Haji Omar rupanya 'rakan' Anwar yang begitu bersungguh Anwar sorokkan kan identitinya.

Betul-betul kaya lah Dato' ni. Pemurah pulak tu siap boleh bagi pinjam tanpa mengharap balasan apa-apa. Untuk makluman, kalau Anwar nak sewa jet tu harganya USD 9700 (RM35,000) Sejam tau. Beruntung Anwar dapat 'kawan' baik yang sanggup bergolok bergadai bagi pinjam jet peribadinya.

Rakyat dah mula sedar yang Drama-King Anwar sudah tidak relevan lagi. Anwar akan jatuh tersungkur...

Monday, September 24, 2012

ALAMAK ADA TROJAN HORSE DALAM AGENSI BTN???

Punya hebat perempuan ini berlakon menjadi salah seorang staff dalam jabatan kerajaan. JB pun tak pasti yang dia ni betul-betul staff BTN atau pun hanya propa untuk mengelirukan pihak kerajaan.

Hanisya Abdul Hamid, itulah nama perempuan dalam gambar ini yang jika dilihat dalam profil facebooknya adalah salah seorang penyokong tegar pakatan yang berselindung disebalik BTN. Mohon pencerahan dari pihak BTN ada atau tidak manusia bertopengkan syaitan ini.

Bertindaklah sebelum terlambat...

CALON PRO-M UKM DI UGUT BUNUH?? ADA ANASIR LUAR CAMPUR TANGAN!!

Melihat senario Pilihanraya Kampus yang akan melabuhkan tirainya esok (25 September) dengan pembuangan undi oleh pelajar, nampaknya pelajar kita sudah diajar dengan taktik jahat yang dipercayai telah diajar oleh individu yang mempunyai kepentingan di luar kampus.

Calon Pro-Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dikatakan telah diugut bunuh oleh individu yang tidak mahu mereka terus bertanding dalam PRK esok. Ugutan itu diterima oleh ibubapa masing-masing dan laporan polis juga dikatakan telah di buat di Penang dan Kedah.

Majalah lawak No.1 Malaysia, MalaysiaKini semacam beriya sungguh untuk mengenengahkan cerita panas ini. Tapi JB percaya yang mereka ini telah diberikan skrip yang sama seperti kes PRK tahun lepas yang mana menyaksikan Mastura Abu Bakar (Calon Pro-M UM) dikhabarkan telah hilang dan diculik semata-mata mahu menagih undi simpati kepada Pro-M.

Nampaknya pelajar kita yang masih belajar di IPTA lebih advance dari ahli politik sebenar. Dan yang lebih membimbangkan kita adalah budaya politik kotor yang cuba diterapkan ke dalam IPTA kemungkinan besar akan terbawa-bawa hingga keluar.

Cukup lah Anwar seorang yang jadi Drama-King. Kalau ramai yang nak jadi artis tempelan dalam politik letihlah kami nak melayannya. Belajar dulu ye adik-adik..Ingat masa depan, ingat makbapak..Jangan syok sangat nak berpolitik hingga lupa tujuan asal masuk IPT.

MISTERI PEMILIK JET PERIBADI ANWAR DI DEDAHKAN

Walaupun bergaji hanya RM1 sebulan sebagai Penasihat Ekonomi Selangor, Anwar berjaya membuktikan kepada rakyat yang walaupun hanya dibayar RM1 beliau mampu memiliki bas, lori, kereta mewah dan jet peribadi sendiri. Siapa kata rakyat Malaysia hidup susah??

Anwar terus menafikan yang beliau bukanlah pemilik jet tersebut. Tapi tidak semua orang akan terus tertipu dengan permainan politik kotor Anwar. Rakyat dah mula sedar siapa Anwar dan siapa pula yang selalu memberi dana yang cukup besar kepada parti ciptaannya itu.


The private jet is operated by Bresnan International Aviation of White Plains, New York.
It’s an aircraft charter outfit and is the only aircraft they operate. 
The aircraft owner is registered under Wells Fargo Bank Northwest, Salt Lake City. 
Either this Dassault Falcon 900 with the registration N990BB belongs to an American friend of Anwar Ibrahim or some rich fat cat is paying for the rental. more
Mengikut dari pendedahan dan kaji selidik yang dibuat, JB percaya 'rakan' yang dimaksudkan oleh Anwar itu bukanlah rakyat Malaysia. Kemungkinan besar 'rakan' baik beliau sendiri dari New York atau Amerika atau Israel dan tidak mustahil dari 'rakan' baiknya sendiri George Soros.

Jika betul Anwar mendapat keizinan untuk menggunakan jet peribadi 'rakan'nya ini, kenapa begitu sukar untuk memberitahu kepada umum supaya tidak mendatangkan syak wasangka kepada beliau.

Persoalan yang perlu dijawab oleh Anwar dengan kadar segera. 

ISTERI ORANG DITANGKAP BERSETUBUH DENGAN WARGA PAKISTAN??


KAPAR: Berang dengan seorang wanita yang berkhalwat dengan seorang lelaki warga Pakistan, seorang penduduk bertindak menumbuk muka wanita terbabit selepas mencekup pasangan itu di sebuah rumah di Taman Sri Kerayong, tengah malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, penduduk terbabit dipercayai geram dengan wanita berusia 30-an itu yang sebelum ini beberapa kali berjaya meloloskan diri.

Difahamkan, wanita yang juga isteri orang itu sanggup memandu dari rumahnya di Sungai Besar semata-mata untuk memadu kasih bersama kekasih gelapnya itu.

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, wanita itu dilihat beberapa kali melakukan maksiat di kawasan perumahan itu sejak dua bulan lalu. (HARIAN METRO)

p/s: Aduh! Malu bebeno rasa diri ni bila tahu yang wanita yang juga isteri orang berasal dari Sungai Besar kampung halaman JB. Sanggup datang sejauh ke Kapar untuk memadu kasih berahi warga Pakistan. Masalah sosial tidak mengira umur. Kalau dah dapat yang sedap, yang lama sanggup diketepikan. 

Dunia..Dunia..Seribu macam hal..

PAHANG BATAL PERJANJIAN KONSESI AIR PENYALURAN KE SELANGOR


BENTONG 24 Sept. - Kerajaan Negeri Pahang akan mengkaji dari segi peruntukan undang-undang untuk membatalkan perjanjian konsesi penyaluran dan pembekalan air mentah ke Selangor sekiranya kerajaan Selangor masih berdegil dan tidak membenarkan projek Loji Air Langat 2 diteruskan.

Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata ini kerana Kerajaan Negeri Selangor tidak menghormati perjanjian yang ditandatangani antara kerajaan Pahang dan Selangor ketika itu.

Beliau berkata walaupun kerajaan Selangor kini bertukar, Menteri Besar Selangor sekarang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sepatutnya menghormati perjanjian bekalan air itu.

"Saya berharap kerajaan Selangor tidak menjadikan bekalan air itu sebagai isu politik.

"Kalau beliau (Abdul Khalid) masih terus berdegil, kerajaan Pahang akan mendapatkan pandangan daripada Penasihat Undang-Undang Negeri mengenai projek itu dan akan membatalkan perjanjian itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mini Maha 2012 dan Jelajah Kesihatan Peringkat Parlimen Bentong di Dataran Bentong di sini, hari ini.
   
Turut hadir Menteri Pertanian Industri dan Asas Tani Datuk Seri Noh Omar dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang juga Anggota Parlimen Bentong.

Adnan berkata jika perjanjian itu terbatal dan kerajaan Selangor ingin membuat perjanjian baharu dengan Pahang, pihaknya akan menyemak semula harga dan mungkin caj yang dikenakan lebih tinggi berbanding perjanjian sebelum ini.

Pada 22 Nov 2007, Pahang dan kerajaan negeri Selangor yang ketika itu di bawah pimpinan kerajaan Barisan Nasional menandatangani perjanjian konsesi penyaluran dan pembekalan air mentah pada harga 10 sen bagi setiap meter padu.

Kerja pembinaan terowong bagi menyalurkan air mentah ke Selangor dari Pahang dijangka selesai pada tahun 2015.

Penyaluran air Pahang-Selangor merupakan projek kerajaan persekutuan yang dicadangkan sejak tahun 2000 dan dijangka menelan belanja RM2.9 bilion.

Adnan berkata setakat ini pembinaan terowong air di empangan Klau yang terlibat dalam projek berkenaan berada pada fasa terakhir.-KLPos

@NGEHKOOHAM TURUT DIBELASAH PERWAKILAN DAP PERAK!!


IPOH 23 Sept. - Konvensyen DAP Perak Ke-17 yang berlangsung hari ini 'panas' apabila beberapa perwakilan secara terbuka mengkritik cara kepimpinan Pengerusi DAP negeri, Datuk Ngeh Koo Ham yang didakwa mencetuskan perpecahan yang serius dalam parti itu.

Perjalanan konvensyen yang mulanya tenang bertukar tegang apabila beberapa perwakilan bangkit mengkritik kepimpinan Koo Ham termasuk mempertikaikan tindakan pemimpin itu mempersoalkan protes umat Islam terhadap filem Innocence of Muslims baru-baru ini.

Suasana panas bermula apabila Pengerusi Cawangan Lumut, Kong Ying Hwabangkit dan mendakwa Koo Ham menggunakan akhbar bahasa Cina untuk mengkritik ahli parti itu.

Koo Ham yang dilihat terkejut dengan keadaan itu sekali lagi menerima tamparan apabila Pengerusi Cawangan Desa Manjung, Solaiman O. P. Syed Ibrahim pula bangkit mempersoalkan kepimpinannya yang didakwa menggunakan media untuk kepentingan politik.- UM

p/s: Ceh! Setakat sound depan-depan tak ada tindakan dari DAP sendiri baik tak payah nak melalak macam ANJING! Buat la undi tak percaya kat Pengerusi DAP Perak tu. Bagi sedar sikit. Demokrasi konon, demokrasi taik ANJING!

TERKINI!! KETUA PEMUDA UMNO KEPONG PARAH DITIKAM!!

Datuk Norizan Ali (Bersongkok)

Ketua Pemuda Umno Kepong, Datuk Norizan Ali cedera parah di bahagian perut dan jari tangan dipercayai terputus akibat ditikam di depan rumahnya di Ampang, Selangor awal pagi ini.

Beliau sedang menjalani pembedahan di Hospital Ampang, kata isterinya Datin Roslinda Kamaruddin kepada Sinar Harian Online.

"Datuk kena tikam di kawasan depan rumah, sekitar 3.30 pagi. Keadaan serius, cedera teruk di perut, jari terputus.

"Sedang dibedah (di Hospital Ampang), doktor masih periksa keadaan, nak lihat kecederaan lain," kata beliau sebentar tadi.

Motif Norizan, awal 40-an dan seorang ahli perniagaan, diserang belum diketahui.

"Saya tidak tahu mengapa Datuk diserang. Tetapi barang-barang tak hilang, jadi hendak kata samun, saya tak tahu," kata beliau yang dalam perjalanan ke rumah mereka di Taman Dagang dari hospital.

"Saya sedang balik ke rumah, polis hendak jalankan siasatan," katanya. - SH

Sunday, September 23, 2012

PKR AND RAFIZI IS BACK AGAIN…WITH THEIR ‘BELIEVABLE PROMISES’


PKR is up to it again…making promises that attracts even the children who know nothing…but until today the party along with its allies DAP and PAS have yet to make good any of the promises.

In 2008, the three parties promised free water which until today is not fulfilled and now the matter is in the courts, prudent spending and transparent governance but never practiced as can be seen in Selangor where even MB Khalid Ibrahim has been delaying with excuses in tabling the white paper on Talam issue.

In fact, PKR through its new ‘intellect’ strategy director Rafizi Ramli, has been responding to demands made by groups to the government with positive proposals, solutions to the many problems raised by the people no matter how big they are.

From free water to free tolls, reduction of car prices to now affordable houses – meaning cheap houses or reduction in prices of houses – PKR has always the answer and the party is generous too.

Just recently in Kuching and Kota Kinabalu, the party promises 20 percent oil royalty and treating both states equal status, autonomy and whatever the people there wanted.

PKR and Rafizi seem to be very good in selling ideas to the extent that he would have make a good salesman as the way he goes, he could even sell fridges to eskimos!

So PKR and Rafizi have made themselves the ‘problem solver’ for Malaysians and thus, voters should vote them for the government as they can solve every problem with the click of the finger anytime.

To PKR and Rafizi, problems faced by voters are no problem to them so long as the voters can be pacified through ‘believable promises’ like they did in the 2008 general election.

So anything the voters want, just highlight them and PKR and Rafizi will come with solutions – of course the solutions can be made good if…that is... if…the voters elect them to Putrajaya.

Ha ha ha…that is the catch…just like in 2008…and until today, the opposition alliance of Pakatan Rakyat (PR) have not even make good or fulfilled any of their promises.

Like in Selangor with matters in the courts and lots of debate on other unfulfilled promises, PKR and Rafizi attempts more lies through their ‘make believe promises’ given the background that they are facing erosion of confidence and support.

Now they called on the ruling BN to contest on policies as exsposing scandals have backfired with the latest issue where its propaganda vehicle Suaram being investigated for taking foreign funds to bring down the government and would be charged in court soon.

With ‘the skeletons in the cupboard’ exposed, PKR now uses Rafizi with ‘believable promises’ to divert voters’ focus away from their ‘evil ways’ in the attempt to pave the way to Putrajaya.

They may continue trying but the scenario at present seems to be negative for them as the winds of political tsunami of 2008 has change direction…and this is real…not a make believe waves.