Konco-konco ku

Friday, October 30, 2020

PM TAK SETUJU RAKYAT KELUAR DUIT KWSP???

 


PELIK

Pelik apabila seorang Perdana Menteri yang bertanggungjawab menjaga rakyat tidak melaksanakan permintaan rakyatnya.

KWSP bukanlah duit Perdana Menteri dan rakyat tidak minta duit kerajaan. Cuma rakyat mahukan duit yang disimpan oleh kerajaan untuk kegunaan rakyat semasa datangnya 'darurat' kecil begini.

Betul la orang kata, kita tak tahu bila kita mati. Kita tak tahu sempat kah kita hingga ke hari tua.

Masa-masa beginilah sepatutnya kerajaan cakna dan lebih prihatin dengan nasib dan keadaan rakyat yang dibuang kerja, tiada sumber pendapatan.

Bila lagi kerajaan nak membantu rakyat. Sampai bila kerajaan nak beri wang percuma kepada rakyat.

Rakyat pun faham kerajaan sudah kurang dana untuk memberikan bantuan 'one-off' kepada rakyat lagi.

Inilah masanya untuk kerajaan bertindak dan mendengar sedikit keluh kesah rakyat yang terhimpit dek kerana pandemik Covid 19 ini.

Fikirkan dan bertindaklah sebelum rakyat bertindak.

1 comment:

comment please.....