Konco-konco ku

Thursday, August 27, 2015

'JANGAN BUANG MASA ATAS JALAN RAYA' - KETUA UNIT AMAL PAS

SATU signal yang kuat daripada kepimpinan Pas untuk terus memboikot Bersih 4 yang dikatakan tidak ada faedah dan kebaikan kepada negara Malaysia.

Sebelum ini Hadi Awang menasihati para ahlinya untuk tidak menghalang atau mengarah mengikuti Bersih 4 namun diulas lanjut, Hadi Awang bagaikan berat mengatakan TIDAK SETUJU dengan perancangan DAP yang mahu terus menekan UMNO dan Pas melalui Bersih 4.

Kali ini, Ketua Unit Amal Pas, Juhari Osman menasihati semua ahli Pas agar 'jangan buang masa buang peluh atas jalan raya. Saya dah serik sertai himpunan haram. Alih alih yang senang pemimpin DAP sahaja, kami apa dapat?'

Selepas ini sudah pasti akan lebih ramai yang akan meluahkan ketidakpuasan hati ahli Pas yang pergi ke himpunan ganas tersebut.

#BOIKOT #BERSIH4

No comments:

Post a Comment

comment please.....