Konco-konco ku

Friday, August 7, 2015

HABIB SYECH TIADA HUBUNGAN DENGAN TAREKAT NAQSYABANDI. #DoaUntukMalaysia #S14

NAMA Habib Syech Abdul Qadir bin Abdul Rahman Asseggaf sebagai pendakwah, memang terkenal kerana memiliki suara yang merdu kurniaan ilahi. Kemasyuran beliau bukan hanya di Malaysia, tapi juga di negara-negara lain seperti Indonesia, Singapura, Brunei dan Hong Kong.

Qasidah dan syair irama dari ulama terdahulu berjaya di revivalisme kan, dengan membentuk dan mengemas kini irama pembacaan maulid tradisional menjadi lebih indah dan menarik. Jadi tidak hairan lah apabila ribuan penonton tidak kira muda atau tua hadir setiap kali majlis beliau.

Namun kini ada suara-suara sumbang yang tidak berpuas hati mula melemparkan pelbagai dakwaan mengenai fahaman yang dipegang Habib Syekh Abdul Qadir. Dakwaan itu mengatakan beliau membawa ajaran tarekat Naqsyabandiah Al-Aliyyah ciptaan Sheikh Nazim al-Haqqanni.

Fatwa telah mengisytiharkan Pengharaman Tarikat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Di Bawah Pimpinan Syeikh Nazim Al-Haqqani.

Mesyuarat itu membuat keputusan bahawa Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menyeleweng daripada ajaran Islam dan pengamal ajaran ini dikehendaki segera bertaubat.

Untuk mengetahui fahaman seseorang kita perlu menyelami dengan siapa dia belajar ilmu agama. Bila dikaji, guru Habib Syekh Abdul Qadir adalah bapa beliau sendiri kerana bapanya adalah seorang guru agama di pondok Masjid Assegaf, Wiropaten Indonesia.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sendiri telah mengesahkan yang Habib Syech Abdul Qadir tidak pernah terlibat dengan ajaran Naqsyabandiah Al-Aliyyah. Dakwaan itu dibuat hanya kerana beliau pernah bergambar bersama Sheikh Nazim al-Haqqanni dalam satu majlis.

Perjumpaan Habib Syech Abdul Qadir bin Abdul Rahman Asseggaf dengan Sheikh Nazim al-Haqqanni hanyalah atas dasar jemputan dan kehadiran beliau dalam majlis tersebut telah dijadikan modal untuk golongan yang tidak berpuas hati untuk mengambil gambar dan menfitnah beliau.

Tuduhan itu juga sama sekali tidak berasas kerana apa yang Habib Syech Abdul Qadir bin Abdul Rahman Asseggaf lakukan hanyalah berqasidah memuji Allah SWT dan nabi Muhammad (SAW).

Justeru, jangan lupa hadir memeriahkan majlis ‘Doa Untuk Malaysia’ yang diadakan bersempena dengan sambutan hari kebangsaan 2015 bersama Habib Syech Abdul Qadir bin Abdul Rahman Asseggaf pada 15 Ogos ini di Dataran Merdeka Kuala Lumpur jam 8.30 malam. Marilah kita bersama-sama berdoa, bertasbih kepada Allah SWT dan berselawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad (SAW) demi kesejahteraan negara bersama. - KLXpress

2 comments:

  1. Doa relax2 boleh dak
    jgn dok goyang over2
    mcm tk kena ja dgn islam malaysia

    ReplyDelete
  2. Itu gerak badan masing2 punya sukalah, anon 1011. x nak gerak pun x pe. Yg penting nawaitu yg ikhlas dan takwa kepada Allah. Inshallah mendapat rahmat dan hidayah.

    ReplyDelete

comment please.....