Konco-konco ku

Wednesday, January 1, 2014

PENCEROBOHAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR, BERUANG HILANG HABITAT ASAL!!!

SELEPAS 2 3 hari seekor anak beruang mundar-mandir di kawasan kampung Belia 2, Sungai Panjang hingga menakutkan penduduk kampung, hari ini anak beruang ini telah ditembak dengan ubat pelali oleh pihak Perhilitan.

Akibat kemusnahan habitat asal haiwan ini, maka mereka mula mencari penempatan baru. Lokasi terdekat adalah kawasan kampung yang sudah pasti punyai makanan untuk mereka terus hidup.

Anak beruang ini didapati tidur dan makan di salah sebuah rumah penduduk kampung hingga memaksa penduduk menghalau kembali ke hutan.

Tetapi oleh kerana hutan yang selama ini menjadi rumah mereka telah musnah diteroka dan diceroboh oleh kerajaan negeri Selangor atas kapasiti penanaman sawit, kumpulan beruang ini mula berhijrah dan mencari penempatan baru.

Pihak PKPS telah dihubungi untuk mengadu tentang masalah ini namun jawapan yang diperolehi adalah hampa. Mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana arahan datang dari kerajaan negeri Selangor melalui Exco Pertaniannya yang juga Adun Sabak, Salehudin Mukhyi.

Penerokaan dan penebangan pokok-pokok hutan masih juga diteruskan hingga kini walaupun aduan telah dibuat dan minta dihentikan kerana bukan sahaja beruang, penduduk setempat juga terdedah dengan bahaya dan ancaman daripada haiwan lain seperti monyet, babi hutan dan ular yang mula menghuni kawasan rumah mereka.

Jadi apa pula tindakan kerajaan negeri? Inikah yang dinamakan negeri berkebajikan?

No comments:

Post a Comment

comment please.....