Konco-konco ku

Sunday, November 3, 2013

CALON BN, DR. SOHAIMI LAZIM MENANG DENGAN MAJORITI 400 UNDI!! #BERANIHIJRAH

Sungai Limau – Barisan Nasional dijangka merampas kerusi N20, Dewan Undangan Negeri Sungai Limau dalam Pilihan Raya Kecil yang akan berlangsung esok jika tiada sebarang angin perubahan baru menjelang detik tamat kempen jam 12 tengah malam ini.

Jangkaan ini berdasarkan kaji selidik yang dilakukan oleh sebuah pertubuhan belia yang dilakukan sejak beberapa minggu lalu. Kajian tersebut turut mendapati mendapati hampir 65% belia di Sungai Limau kini mahukan angin baharu di bawah kepimpinan Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir.

Selain itu pengundi Sungai Limau yang terkenal dengan pandangan Islam tradisional juga kecewa dengan sikap dan pemikiran Pas sekarang yang telah jauh berbeza daripada perjuangan asalnya.

Bagi golongan tua yang sebelum ini pro kepada Pas, kemenangan Datuk Seri Jamil Khir Baharom sebagai Ahli Parlimen Jerai dan Ketua UMNO Bahagian Jerai memberi mereka pilihan berbanding keadaan sebelum ini.

Kaji selidik ini dilakukan ke atas 10 ribu orang pengundi DUN Sungai Limau dan tidak mengambil kira 1800 pengundi Cina yang sukar diagak pendirian mereka.

Seandainya pengundi Cina beralih sehingga 60% kepada Barisan Nasional maka kemungkinan majoriti yang lebih besar akan dicapai oleh BN.

Sementara itu, Utusan Malaysia melaporkan, Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, angin kemenangan kepada calon BN, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim itu telahpun dirasai parti itu hari ini.

“Angin sudah meniup ke arah BN kerana jentera kita termasuk saya berjaya tembusi semua kubu-kubu Pas. Dari pertemuan, mereka (penyokong Pas) berkata akan membantu (BN menang) kerana mereka lihat kesungguhan dan keikhlasan kita.

“Ini termasuk di kawasan-kawasan pengundi cina yang saya lihat ada petanda lebih positif, ke arah membantu BN. Jadi ini perkara yang utama sedang berlaku disini dan saya fikir atas sebab itu IsyaAllah kita dapat kejayaan,” kata Muhyiddin.

Beliau ditemui dalam sidang akhbar di Markas BN DUN Sungai Limau selepas mempengerusikan mesyuarat dengan jentera kempen BN yang turut dihadiri Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), Azizan mengekalkan DUN Sungai Limau bagi penggal kelima berturut-turut dengan majoriti yag berkurangan kepada 2,774 undi membabitkan saingan empat penjuru termasuk sepupunya, Mohd. Fazillah Mohd. Ali mewakili BN.

Pas menguasai 13 daripada 19 pusat daerah mengundi di DUN Sungai Limau. Pas menang di daerah mengundi Matang Buloh, Sungai Dedap, Gelam Tiga, Bukit Choras, Bukit Besar, Simpang Tiga Luar, Sungai Limau, Kabu Sepuloh, Sedaka, Ulu Sedaka, Padang Lumat, Batu Enam Belas dan Kampung Titi Batu

Sejumlah 27, 287 pengundi berdaftar layak mengundi kali ini menggunakan daftar pemilih seperti dalam pilihan raya umum lalu. -MyKMU.net

5 comments:

  1. We dont need the chinese votes to win. United malays enough to bring victory. The chinese can go kiss guan eng's bont-t.

    ReplyDelete
  2. Soal pengundi cina atau melayu tidak penting kerana parti masing masing disukai oleh semua pihak dan yang pasti banyak kaum cina di kawsan lain mula bertaruh siap yang akan menang.
    Jika kaum cina tidka mengundi pun Bn masih boleh menang kerana penjudi kaum cina pasti memerahkan otak mereka untuk membuat pelaburan terbaik bagi mendapatkan keuntungan.
    Mungkin ada dikalangan abang besar mengarahkan konco konco meraka bergerak supaya memastikan kaum cina terus memberi undi kepada calun pas sebaliknya kaum melayu pula akan bertukar arah dan mula brhijrah.
    Jika pas menang abang besar untung dan jika bn menang abang besar juga untung ,
    Jadi untuk penduduk sg limau siapa yang untung jika melayu sama melayu bercerai berai tidak bersatu atas nama islam

    ReplyDelete
  3. Undi Cina penting kepada Umno/BN untuk menghapuskan Melayu penjual ugama ,bangsa dan negara bernama al Jubori,Hadi Boroi dan Pok Nik Ajis serta pengikut taksub mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh.. ketiga2 mangkok diatas dijangka susah menutorkan shahadah ketika sakratul maut nnt kerana memberi laluan MEROJAKKAN nama Allah swt oleh Kafir Kristian..

      Tunggu lah kemyrkaan Allahwahai setan2 tiga Beradik...

      Delete
  4. KEPUTUSAN PRK N20 DUN SUNGAI LIMAU SUDAH DIKETAHUI???
    http://empayarkumim.blogspot.com/

    ReplyDelete

comment please.....