Konco-konco ku

Tuesday, November 26, 2013

GEMPAR!! ADUN PENANTI DARI PKR PULA LETAK JAWATAN!!!

SELEPAS ADUN PKR dari Sabah meletak jawatan, semakin ramai pula pemimpin dalam pakatan terutama dalam PKR mendapat hidayah untuk sama-sama meletak jawatan dalam parti.

Maaf! Bukan letak jawatan sebagai ADUN, tetapi letak jawatan sebagai Ketua Wanita PKR Negeri Pulau Pinang. Perkara ini dikatakan disebabkan sikap Anwar yang kerap campur tangan dalam urustadbir PKR negeri yang beliau sendiri tidak dapat membuat keputusan dan hanya mengikut arahan dari Anwar sahaja.

Keputusan itu telah diumumkan dalam mesyuarat Wanita PKR Pusat yang dipengerusikan oleh ketuanya YB Zuraida Kamaruddin semalam.

Dengan perletakan jawatan yang disandang oleh YB Norlela Ariffin selama beberapa bulan selepas dipilih sebagai Adun Penanti, jawatan itu kini dikembalikan kepada bekas ketua wanita negeri, Norhayati Jaafar sehingga pemilihan pada 2014 nanti.

No comments:

Post a Comment

comment please.....