Konco-konco ku

Monday, September 23, 2013

APABILA BEKAS SETPOL MENTERI MELAWAN BEKAS BOSSNYA SENDIRI!!! TAK MENGENANG BUDIKAH??

KEMERIAHAN pemilihan UMNO nampaknya semakin hari semakin panas dengan para pemimpin dalam UMNO sendiri yang saling cabar mencabar walaupun satu ketika dahulu merupakan sahabat baik yang tak pernah renggang walau sesaat pun. Itulah hakikat pemilihan kali ini yang banyak melihatkan rupanya ramai Melayu yang tidak sedar diri bagai melukut ditepi gantang walaupun sudah mengetahui yang dirinya bakal tersingkir namun demi kerana harta dan kuasa mereka sanggup mengenepikan semua itu untuk kepuasan diri sendiri.

Sikap dengki, tidak senang lihat orang senang memang telah lama wujud dalam sikap orang Melayu ini namun yang lebih menghairankan, ada pula bekas Setiausaha Politik kepada seorang Menteri ini yang berani mencabar bosnya sendiri. Bagaikan anjing tersepit dipersimpangan, nak ditentang boss sendiri, nak berundur takut malu sendiri. 

Itulah yang terjadi kepada calon Ketua Bahagian Bera Datuk Azizan Che Omar yang menentang bekas boss nya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Sedih apabila ada orang seperti ini yang menentang tanpa mengukur baju dibadan sendiri terlebih dahulu. Sudahlah pernah menumpang naik bersama bekas boss nya, kini dia pula yang menentang.

Merupakan seorang peguam yang telah pun dilucutkan (lesen) dari menjadi peguam kerana pecah amanah. Malah, duit anak guamnya yang telah diamanahkan kepada beliau selaku stakeholder juga telah disalahgunakan. Mengikut maklumat yang diterima Majlis Peguam juga telah membuat laporan polis (cbt) terhadap beliau tetapi Datuk Seri Ismail Sabri sempat membantu Azizan supaya tidak didakwa kerana mengenangkan beliau punyai empat orang anak yang masih kecil ketika itu.

Dari risik-risik orang bersembang tentang manusia tidak mengenang untung ini juga ada bercerita, isterinya, Datin Norawinda Hamzah pernah membuat laporan polis terhadap Azizan pada tahun 2006 kerana mendakwa Azizan sering memukul dan membelasah beliau. Norawinda juga telah membuktikan dakwaannya dengan mengemukakan laporan perubatan yang mengesahkan beliau mengalami kecederaan tulang belakang akibat sering menjadi mangsa panas baran Azizan.

Oleh kerana tidak tahan dipukul dan dimaki hampir setiap hari, Norawinda bertindak keluar dari rumah pada tahun 2006. Manusia berhati apa pun tak tahu sampai sanggup nak pukul bini sendiri. Na'uzubillah... Minta dijauhkanlah....

Harap Azizan kenang kembali lah perbuatan sendiri. Bukan kita tak mahukan transformasi perubahan kepimpinan tapi kalau yang nak menggantikan kepimpinan teruk habis lah UMNO. Mungki orang-orang di Bahagian Bera tahu la kot bagaimana sikap sebenar Azizan ini yang juga pernah menjadi Ketua Pemuda UMNO bahagian tersebut.

Tidak mahu buka terlalu banyak pekung, tetapi cuma menasihati mana yang termampu. masih berbaki kurang 36jam lagi untuk Azizan menarik balik pencalonan. Sudah-sudahlah membadutkan diri sendiri.

Bukan apa, takut cerita di rumah Puchong terkeluar... Hati-hati.. Sekarang dinding pun boleh bercakap...

No comments:

Post a Comment

comment please.....