Konco-konco ku

Sunday, September 15, 2013

16 SEPTEMBER: ANTARA CITA-CITA PM KE-7 DAN HARI MALAYSI KE-50!!!

ESOK 16 September 2013 maka meriahlah sekali lagi Tanah Melayu ini dengan sambutan Hari Malaysia yang menyaksikan gabungan mantap Kepulauan Borneo yang bersetuju untuk bergabung bersama-sama Semenanjung Malaysia agar terus maju di bawah satu kepimpinan, iaitu kepimpinan Raja Melayu.

16 September juga punyai sejarah terbaru apabila pada beberapa tahun yang lalu, ada seorang insan bernama Anwar Ibrahim bakal mengumumkan yang beliau akan menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-7 selepas Najib Razak apabila dikatakan dapat meyakinkan rakyat bahawa pemimpin dari Sabah bakal melompat parti untuk bergabung bersama pakatan seterusnya memerintah Malaysia. Namun cita-cita hanya tinggal angan-angan.

Tetapi itu berlaku lebih 5 tahun yang lalu apabila rakyat berjaya di tipu.....

Pada tahun ini, selepas Malaysia mengadakan PRU yang ke-13 dan Barisan Nasional terus dapat memerintah Malaysia walaupun hampir semua peti undi Cina kalah teruk. Barisan Nasional terutama UMNO yang dipimpin oleh Najib Razak masih utuh dan unggul di mata rakyat. Peningkatan undi orang Melayu kepada UMNO melihatkan yang parti Melayu ini masih relevan di mata mereka walaupun majoriti Cina menolak UMNO kerana ditipu oleh Anwar Ibrahim.

Cita-cita Anwar Ibrahim terkubur begitu sahaja selepas PRU-13.

Adakah Anwar akan bangkit? Ya! Anwar bersama DAP akan bangkit namun untuk menjatuhkan kerajaan Melayu agak sukar. PAS dilihat semakin serba salah berdasarkan keputusan PRU-13 yang melihatkan mereka kalah teruk di tangan UMNO. Orang Melayu menolak PAS kerana banyak isu yang begitu bercanggah dengan matlamat asal penubuhan parti.

Islam telah dilacurkan oleh PAS. DAP mengambil kesempatan atas kelemahan PAS dan dijadikan kuda tunggangan untuk mendapatkan sokongan Melayu kepada calon Cina. Hakikat yang terpaksa ditelan, undi Melayu PAS hanya untuk kemenangan DAP sedangkan sokongan Cina tidak diberikan walau seinci kepada PAS. Apa sudah jadi dengan PAS???

Bila teringatkan tarikah keramat 16 September ini, tergelak sendiri di dalam hati. Cita-cita Anwar hanyalah angan-angan Mat Jenin yang bermimpikan bulan dan bintang. Bulan (PAS) dan bintang (Komunis DAP) berjaya dianjingkan namun untuk memerintah Malaysia tidak akan dapat.

Jadi apa rasional lagi orang Melayu bersama pakatan? Adakah sanggup menjadi anjing kepada DAP? Fikirkanlah dengan waras....

No comments:

Post a Comment

comment please.....