Konco-konco ku

Thursday, July 11, 2013

PAS MALU DENGAN TINDAKAN ZAHID HAMIDI TERHADAP RAKYAT PALESTINE!!

Sebanyak 50,000 naskah Al-Quran akan diserahkan ke institusi pendidikan dan masjid-masjid di dua daerah di Palestin iaitu Baitulmaqdis dan Gaza untuk kegunaan penduduk di sana.

Sumbangan oleh Wakaf Al-Qur’an, Yayasan Restu akan diserahkan kepada kedua-dua daerah itu selepas hari raya Aidilfitri, kata Pengerusi Yayasan Restu, Datuk Abdul Latiff Mirasa.

Katanya, Al-Quran tersebut kini dalam proses percetakan dan dijangka akan siap dalam bulan Ramadan ini di mana 5,000 telah siap dicetak.

“Sekurang-kurangnya RM4 juta diperlukan untuk menyiapkan 50,000 naskah Al-Quran… dan sehingga kini kita telah mendapat RM250,000 sumbangan dari orang ramai,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Wakaf Al-Quran sempena Ramadan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di sini hari ini.

Program Wakaf Al-Quran adalah usaha mentafsir al-Quran dalam bahasa tempatan negara asing yang dilakukan secara bersama Kementerian Dalam Negeri; Angkatan Tentera Malaysia, Bahagian Agama dan Kaunseling; Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia serta Yayasan Restu.

Katanya, selain sumbangan Al-Quran, yayasan juga akan mengutip dana bagi tujuan pembangunan institusi pendidikan di dua buah daerah tersebut dengan harapan anak muda di situ tidak akan meninggalkan kampung halaman untuk melanjutkan pelajaran.

Sementara itu, Ahmad Zahid dalam ucapannya berharap program tersebut akan sentiasa diteruskan.
“Orang ramai digalakkan menderma walaupun RM1, kita patut membantu mereka kerana di sana kekurangan kitab suci tersebut berbanding negara kita,” katanya.

Orang ramai yang ingin menyalurkan dana boleh berbuat demikian melalui SMS dengan menaip jumlah sumbangan dan hantar ke 32728, atau sumbangan secara tunai di Kompleks Taman Seni Islam Selangor, Shah Alam; Restu Gallery, PWTC; serta Nasyrul Quran @Masjid At-Taqwa, Pulau Pinang.

Sumbangan juga boleh dilakukan secara online di laman web www.mushrafpalestin.com atau secara deposit terus ke akaun Bank Islam (M) Sdn Bhd atas nama Yayasan Restu Wakaf di nombor akaun 140320100-21452. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment

comment please.....