Konco-konco ku

Sunday, March 31, 2013

LAGI MANGSA LIWAT ANWAR AKAN TAMPIL KE HADAPAN!! KALI INI PROJEK DALAM PENJARA!!

PANAS!! Tak habis lagi cerita yang Anwar meliwat seorang mahasiswa berusia 19tahun di sebuah bilik hotel, bekas pembantu peguam bela Anwar, Yuktes Vijay bakal mendedahkan seorang lagi mangsa liwat Anwar yang dikatakan menjadi mangsa semasa di dalam penjara Sungai Buloh.

Kalau dah dasar peliwat tu kat mana-mana pun jadi. Dikatakan yang Anwar sekarang masih dalam keadaan trauma dengan satu per satu video rakaman didedahkan oleh Papa Gomo. Difahamkan masih ada lagi rakaman yang belum dikeluarkan sepenuhnya.

Selagi Anwar berterusan dengan niatnya untuk menjadi PM selagi itu lah puluhan rakaman video mesra beliau sama ada dengan lelaki mahupun perempuan akan dikeluarkan. Baru-baru ini Anwar telah menarik balik saman RM100juta terhadap Papa Gomo kerana dikatakan takut dengan pendedahan yang bakal dilakukan.

Apa cerita sekarang Anwar? nak tengok video terbaru lagi ke?


KUALA LUMPUR 30 Mac - Bekas pembantu peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yuktes Vijay berjanji akan mendedahkan identiti pemuda yang disyaki turut menjadi mangsa liwat kepada seorang pemimpin pembangkang. 
Beliau berkata, pemuda berkenaan sepatutnya menjadi saksi kes liwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, namun menarik diri pada saat-saat akhir. 
Pemuda berusia 20-an itu pernah berada dalam satu penjara dengan pemimpin pembangkang tersebut di Penjara Sungai Buloh. 
"Pemuda itu mengaku kepada saya, dia serik dan tidak mahu berjumpa dengan pemimpin itu lagi. 
"Dia kelihatan gelisah ketika berbual mengenai pemimpin itu. Dia kata, dia sudah tidak larat untuk bercakap mengenainya," dakwa Yuktes. 
Beliau membuat pendedahan tersebut kepada Mingguan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini. 
Sikap ditunjukkan oleh pemuda itu kata Yuktes, menyebabkannya mengesyaki pemuda tersebut mungkin menjadi mangsa liwat seperti apa yang dialami Mohd. Saiful Bukhari.
Kata Yuktes, beliau akan membuat pendedahan tersebut sekiranya pemimpin pembangkang terbabit terus berbohong kepada rakyat. 
"Saya mengenali dan mengetahui identiti pemuda itu kerana dia merupakan salah seorang saksi," ujarnya. - MingguanMalaysia

Layan pendedahan terkaman PANAS!!


No comments:

Post a Comment

comment please.....