Konco-konco ku

Wednesday, November 2, 2011

EKSKLUSIF: PESANAN YB SENATOR BARU PADA UMAT MELAYU

Masyarakat Melayu di negara ini diingatkan supaya berhati-hati dan tidak terikut dengan dakyah sesetengah pihak tidak bertanggungjawab yang mahu melihat kaum majoriti itu terus berpecah demi kepentingan peribadi mereka.

Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MUIP), Datuk S. Nallakaruppan berkata, ini kerana perpecahan Melayu akan menggugat kestabilan negara dan turut memberi kesan tidak baik kepada kaum lain.

Katanya, beliau mempunyai maklumat mengenai kegiatan terancang pihak tertentu untuk memecahbelahkan Melayu serta bumiputera dan ia kini giat dilakukan.

"Terdapat pihak tertentu yang kini memecahbelahkan kaum Melayu dengan begitu halus melalui pertubuhan politik serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) demi mendapatkan sokongan kaum Cina, India serta lain-lain.

"Saya orang India dan saya amat menyayangi kaum saya namun dalam fabrik sosial negara kita, perpaduan Melayu adalah yang paling utama dan kaum-kaum lain akan dapat menumpang serta menyertai permuafakatan itu," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Nallakaruppan yang juga bekas ahli pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan, terdapat banyak pihak yang gemar mengambil kesempatan untuk terus memecahbelahkan Melayu apabila muncul sesuatu isu membabitkan kaum tersebut.

"Saya ingin mengingatkan agar tiada pihak cuba menangguk di air yang keruh setiap kali terdapat perpecahan Melayu kerana ia bukan sahaja merugikan kita semua, malah mencetuskan keadaan huru-hara dalam negara," ujarnya.

Justeru, beliau meminta supaya rakyat di negara ini kembali kepada semangat kemerdekaan yang diasaskan oleh Perdana Menteri pertama negara, Tunku Abdul Rahman ketika mengetuai UMNO dahulu.

Melalui kekuatan Tunku Abdul Rahman menyatupadukan orang Melayu dahulu, katanya, beliau turut berupaya mewujudkan kesepakatan tulen di antara kaum Cina, India dan lain-lain sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.  

******************************
p/s: Orang bukan Melayu yang risau dengan perpaduan Melayu. Ada Melayu PAS dan PKR hiraukan semua ini? UMNO dah ajak bersatu padu ditolaknya mentah-mentah. Kata haram dan jatuh hukum kafir jika bergabung dengan UMNO yang juga Melayu-Islam. Tetapi jatuh hukum wajib bila bergabung dengan DAP yang dah sah-sah kafir laknatullah. Hanya Melayu yang boleh menyatupadukan semua rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama.

3 comments:

  1. Sebenar nya yang merosakan melayu adalah melayu juga contoh anuar ibrahim, nik aziz, hadi awang ,mahfus,mat sabu dan ramai lagi siapa mereka ini? pengkianat melayu ,islam dan negara*

    ReplyDelete
  2. nanti anwar bertentang mata dengan anwar hehehehe kawan dah jadi lawan...anwar kau memang nak mamposss

    ReplyDelete
  3. kerana politik melayu binasa,,,like like like Pruperak13!!!!

    ReplyDelete

comment please.....