Konco-konco ku

Friday, October 28, 2011

KERJA KOSONG LYNAS CORPORATION 2011 - WALK IN INTERVIEW (TEMUDUGA TERBUKA)

Apa yang ada di Lynas?Kalian kenal akan logo ini? Sudah tentu kan?
(Klik utk bacaan lebih jelas)

Inilah sebab utama kenapa Lynas beroperasi di Kuantan,Pahang. Membuka peluang pekerjaan kepada anak tempatan tanpa perlu merantau jauh mencari pekerjaan. Sebenarnya Lynas Corporation tidak sepatutnya dipolitikkan. Kilang ini sama sahaja dengan kilang-kilang lain. Cuma oleh kerana ia dibangunkan di Kuantan iaitu kawasan jajahan pembangkang jadi ianya menjadi isu yang sangat-sangat panas di Kuantan dan sekaligus menjadi modal bodoh Ahli Parlimennya.

Kilang Lynas TIDAK MERBAHAYA kepada orang awam, persekitaran dan pekerjanya. Kilang Lynas BUKAN KILANG NUKLEAR seperti yang digembar gemburkan oleh pihak haluan kiri dan ia hanyalah kilang kimia biasa sama seperti kilang-kilang lain di Klang dan Shah Alam. Mengikut undang-undang Pengangkutan Antarabangsa, bahan mentah Lynas adalah BUKAN bahan radioaktif kerana kandungan radioaktifnya adalah sangat rendah (0.002mSv) berbanding dedahan radiasi kepada paru-paru bila merokok sekotak sehari setiap hari selama setahun (150mSv - 75 ribu kali ganda lebih berbahaya berbanding Lynas).

Faedah yang paling ketara yang kita boleh lihat secara realiti adalah pengambilan tenaga kerja. Lynas akan mengambil 350 pekerja, terdiri dari 75 ijazah teknikal, 15 ijazah bukan teknikal dan 260 tenaga mahir dan separa mahir. 250 orang pekerja kontrak yang tetap. 100% kakitangan Lynas Malaysia termasuk pihak pengurusan adalah rakyat Malaysia kecuali 4 pakar nadir bumi dari Negara China. Industri sokongan akan menjana 1000 peluang pekerjaan tambahan. Dalam fasa pembinaan ini pula lebih 2000 orang diambil bekerja pada kemuncak fasa pembinaan dan juga menyediakan peluang perniagaan untuk kontraktor dan pembekal tempatan. Fikirkanlah beribu warganegara Malaysia akan mendapat manfaat dari pembinaan Lynas.

Jadi apa yang Ahli Parlimen Kuantan si Fuziah 'Thoron' itu merepek? Tanpa bukti dan tanpa fakta yang benar maka mana mungkin si mulut 'Thoron' ini membuat kenyataan yang berbaur fitnah dan memburukkan Malaysia. Beribu kebaikan yang boleh kita rakyat Malaysia perolehi dari pembinaan kilang mega ini. Kenapa perlu disekat periuk nasi rakyat Malaysia khususnya penduduk Kuantan. Beribu-ribu graduan yang keluar dari puluhan kolej dan universiti setiap tahun. Inilah yang didambakan oleh anak-anak muda sekarang. Peluang pekerjaan yang terbuka luas untuk meneruskan hidup yang serba mencabar masakini.

p/s: Tanyalah pakar nuklear bukan pakar psikologi. Mungkin ada ikan berkepala dua pada suami si 'Thoron'.

No comments:

Post a Comment

comment please.....