Konco-konco ku

Thursday, October 6, 2011

JOM SERANG KUBU KHALID JAMBAN@GAGAP DI IJOK SABTU NI....

PM datang lagi ke Selangor atas lawatan menemui rakyat Selangor yang semakin resah dan gelisah dek kepimpinan kerajaan Selangor yang semakin lama semakin jelas kelihatan kepincangannya. Jika dahulu berbagai projek yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat sebelum dapat memerintah tetapi kini janji tinggal janji, rakyat terasa terpinggir dan terus dinafikan hak mereka sebagai rakyat Selangor.

Bukan hendak bercerita panjang tentang kebodohan Pakatan Haram yang terus bermanis mulut menjanjikan bermacam-macam kemajuan tetapi sampah yang diberi. PM akan melawat rakyat Selangor di Ijok, Kota Puteri, Rawang dan Gombak iaitu kawasan yang sedang ditakluk oleh pembangkang. Ijok khususnya DUN yang dimenangi oleh Menteri Besar Selangor, Si Khalid Gagap wajib diberi perhatian yang lebih kerana DUN ini memang panas dengan pengundi pembangkang.

Kepada rakyat setempat marilah kita turun beramai-ramai menyambut kedatangan PM kita. Bukan senang PM nak datang melawat tempat kita dek kerana kesibukan beliau mentadbir Malaysia yang selalu dilanda masalah yang diberikan oleh pembangkang.

Terima Kasih PM kerana sudi melawat Selangor. InsyaAllah kami blogger Selangor akan terus menyokong PM Najib Tun Razak.

SAYANGI SELANGOR
YAKINI BN

No comments:

Post a Comment

comment please.....