Konco-konco ku

Thursday, November 25, 2010

CERAMAH AIR by DAP n PAS

* Bermula tahun 1997, kerajaan BN telah menswastakan syarikat-syarikat air di Selangor.
* Sejak ini, Syabas dan syarikat-syarikat lain telah merugikan ratusan juta duit rakyat.
* Kerajaan negeri Selangor yang diterajui Pakatan Rakyat kini ingin mengembalikan pengawalan syarikat-syarikat air ini kepada tangan rakyat.
****************************************

Rabu, 24 Nov 2010 - Tergempar dan terus gempar. Yong dapat informasi terbaru dari sumber yang Yong boleh percayai. Di fahamkan pada tanggal 15Dec2010 di Masjid Negara akan diadakan satu piket untuk menyerahkan memorandum "kembalikan hak air kepada rakyat selangor" kepada Duli Yang Maha Mulia Agong. Dikhabarkan, semua pucuk pimpinan pakatan rakyat akan turun sama dan menyokong piket ini. Halal atau Haram Yong tak tahu.

Hari ini ada ceramah dari pakatan rakyat berkenaan isu air di Selangor. Penceramah yang hadir Ng Sue Lim (Sekinchan), Dr. Osman Sabran (Timb. Pesuruhjaya PAS negeri Selangor) dan Tony Pua (Petaling Jaya Utara). Tidak habis-habis isu air. Itu sahaja modal pihak pakatan untuk mengkondemkan kerajaan sejak berjaya menakluk negeri Selangor. Logik ke kalau SYABAS mahu menaikkan bil air kepada 37%? Biasalah adalah putar sikit-sikit. Nama pun DAP. Time ceramah tadi diorang ada bagi pamplet.. Korang boleh tengok apa yang ada di dalam. Tan Sri Rozali jangan saman saya. Saya tulis apa yang ada dalam tu je. hee..
*****************************************
1. Laporan audit terhadap SYABAS menunjukkan bahawa lebih daripada 72% kontrak bernilai RM600 juta diberikan kepada syarikat-syarikat yang dipilih melalui rundingan terus dan tanpa tender terbuka.
2. RM325 juta 'hilang' apabila perbandingan teliti dibuat antara kontrak yang dianugerahkan dari 2005 hingga 2007 dan akaun awam SYABAS.
3. Pada Jun 2005, SYABAS melanggar perjanjian dengan menggunakan paip yang diimport daripada Indonesia bernilai RM375 juta. Syarikat Indonesia tersebut dimiliki oleh Tan Sri Rozali Ismail, CEO SYABAS. Gaji beliau adalah RM5.1 juta setahun atau RM425,000 sebulan.
4. RM51.2 juta dibelanja untuk mengubah-suai pejabat SYABAS sedangkan Jabatan Kawalselia Air Selangor (JKAS) hanya meluluskan sebanyak RM23.2 juta.
5. Setelah kerajaan Selangor menghentikan Syabas dari menaikkan tarif air dengan mendadak, SYABAS kini berhasrat menyaman Selangor untuk pampasan sebanyak RM 1 billion.

Betul ke Tan Sri Rozali? Tolong perjelaskan dengan jelas. 
******************************************

Yong pun hairan entah macam mane pihak pakatan ni tahu tentang gaji CEO Syabas. Hairan bin Ajaib. Ok lah berbalik kepada ceramah tadi YB Ng Sue Lim dan YB Tony Pua bersungguh mengajak penyokong Pakatan berhimpun pada 5 December ini. Yong hairan, kenapa mereka memilih Masjib Negara sebagai tempat berhimpun? Bersama orang-orang kafir harbi. Kenapa tidak sahaja di ajukan terus ke Istana Negara. Mengapa perlu ke Masjid Negara untuk majlis penyerahan bantahan?Fikirkan niat sebenar Pakatan Haram ini. Ceramah yang penuh caci maki kepada Khir Toyo dan Noh Omar selaku pemimpin setempat. 

Ceramah tadi hanya berkisar tentang pembelaan air sahaja tidak langsung menyentuh isu-isu semasa berkenaan sosio-ekonomi petani atau nelayan di kawasan sekinchan. Lebih banyak mengutuk dari menasihati walaupun ada seorang pemimpin PAS tetapi dilihat hanya menyepi melihat gelagat Ng Sue Lim mempermainkan kalimah Allah seperti 'Alhamdulillah' 'InsyaAllah' dan beberapa lagi. Sudah lah jawa bertabur masih hendak bercakap jawa walaupun seringkali ditertawakan oleh pendengar. Inilah yang Dr. Khir katakan sebagai kafir harbi, orang kafir yang mengganggu gugat agama Islam. 

Tiada apa yang hendak diceritakan lagi sebab memang ceramah tadi tiada isi-isi penting melainkan isu air dan menandatangani memorandum yang hendak diserahkan kepada DYMM Agong 5 Disember ini. Nantikan lah bersama. Sekian.

p/s: nak sangat air, habis je ceramah tadi hujan mencurah-curah jatuh ke bumi. kenapa tak tadah je?hehehe

~WaKd0b~

2 comments:

  1. mereka pilih masjid negara, cara reformasi dululah. Masjid negara tidak ada kuasa ke halang? atau repot polis supaya tempat itu tidak tercemar. Kedua, mereka takut tiada sambutan, bila TV fokus, nampak ramai orang yang datang kemasjid terutama hari jumaat, ketiga, apa-apa hal mereka lari dari polis dalam masjid, polis lemah hati bila dalam masjid.

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Wak, nek arek ngerti kenak opo wong2 edan iku ngganggo mesjid negoro, riko harus ndelok keputusan mahkamah ngelibatke wong 17 nang perhimpunan bersih. Jajal mboco keputusan hakim. Wong2 edan iku jelas gunakke peluang seng orak tertulis nang perlembagaan. Kiro pandei jugak la ...

    ReplyDelete

comment please.....