Konco-konco ku

Monday, November 13, 2017

Salahguna Dana MARRIS RM2.95 Billion Melanggar Kod Tadbir Urus Baik (Good Governance)

(1) Menteri Besar Selangor YAB DS Mohamed Azmin Ali dalam pembentangan Bajet Selangor 2018 pada petang Jumaat 03/11/2017 minggu lalu menyebut perkataan good governance atau tadbir urus baik kononnya menjadi teras pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor di bawah PR/PH.

(2) Adakah kod tadbir urus baik membenarkan penyorokkan dana RM2.95 Billion Sistem Maklumat Rekod Jalanraya Malaysia (MARRIS) Kerajaan Persekutuan yang diperuntukkan kepada Kerajaan Negeri Selangor sejak 2012 hingga 2017 tidak ada penyata kewangan yang jelas? Perkara ini dibangkitkan ADUN BN Batang Kali YB Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan dalam Sidang DUN Selangor pada 06/11/2017 Isnin.

(3) Dalam kod tadbir urus baik, antaranya ialah transparency and efficiency (ketelusan dan kecekapan). Tetapi dalam soal dana MARRIS RM2.95 billion ini, pentadbiran PR/PH di Selangor langsung tidak mempraktikkan ketelusan dan kecekapan mengurus wang rakyat untuk rakyat.

(4) Secara tidak sengaja EXCO Perumahan Selangor YB Datuk Iskandar Abdul Samad pada 01 Ogos 2016 mendedahkan bahawa Selangor terpaksa guna peruntukkan MARRIS untuk penyelenggaraan pangsapuri kos rendah kerana tidak cukup dana untuk tujuan itu dalam kantung Kerajaan Negeri Selangor.

(5) Dalam konteks tadbir urus baik yang seringkali dilaungkan oleh Azmin Ali, menyalahguna dana khas MARRIS untuk tujuan selain daripadanya, itu sudah melanggar kod etika tadbir urus. Jika dalam korporat, pelanggaran kod tadbir urus korporat oleh CEO, Pengarah Urusan atau mana-mana pemegang jawatan utama syarikat akan menyebabkan mereka hilang jawatan. Itu dalam korporat.


Apakah pula tindakkan rakyat untuk menghukum PR/PH dan Menteri Besar Selangor dalam soal pelanggaran kod tadbir urus kerajaan yang beliau sendiri sering laungkan?

No comments:

Post a Comment

comment please.....