Konco-konco ku

Thursday, November 23, 2017

PAKATAN HARAPAN BEREBUT KERUSI PAS DI SELANGOR

Pertandingan tiga penjuru di Selangor dalam PRU14 semakin pasti berlaku apabila Pakatan Harapan mengumumkan persetujuan untuk membahagikan sejumlah 21 kerusi yang sebelum ini diperuntukkan kepada PAS selepas parti itu meninggalkan blok pembangkang bagi menubuhkan Gagasan Sejahtera.

Menurut laporan Oriental Daily, daripada 21 kerusi itu, DAP diberikan enam kerusi, iaitu Taman Templer, Paya Jaras, Dusun Tua dan Lembah Jaya, manakala dua lagi kerusi iaitu Meru dan Tanjong Sepat kemungkinan akan bertukar dengan PAN di saat akhir.

Selain itu, DAP juga hampir pasti meletakkan calon-calon Melayu di kesemua enam kerusi tersebut sekaligus bakal mencetus pertembungan sengit dengan Barisan Nasional dan Gagasan Sejahtera.

PAN pula diberikan tugas merampas DUN   Chempaka, Seri Serdang, Morib dan Bangi sementara parti bermasalah, PPBM akan mengambil alih kerusi-kerusi di DUN Sabak Bernam, Batang Kali, Sungai Burung, Sungai Air Tawar dan Hulu Bernam.

Berdasarkan keputusan pembahagian kerusi ini, jelas dilihat kesungguhan DAP untuk menawan negeri Selangor secara mutlak melalui PRU14 dengan meletakkan calon-calon Melayu di kawasan majoriti orang Melayu meskipun parti itu sendiri bersikap dingin terhadap kaum Melayu di negara ini.

Dalam sesi pemilihan semula CEC DAP misalnya, tiada seorang pun calon Melayu berjaya melepasi senarai 20 orang anggota jawatankuasa pusat tersebut melalui undian yang dilakukan pada 12 November yang lalu. Dalam bahasa yang lebih lunak, Melayu tiada tempat langsung dalam parti cauvanist ultrakiasu itu.

Tidak dapat disahkan adakah keputusan pembahagian kerusi ini turut dipersetujui oleh Azmin Ali selaku Menteri Besar. Sumber terdekat bagaimanapun membayangkan Azmin masih berminat meneruskan rundingan dengan PAS bagi membentuk kerjasama berasingan dalam usaha beliau mengekalkan kedudukannya.

Azmin berulang kali meluahkan kerisauannya semasa mesyuarat dalaman PKR negeri berhubung situasi semasa Pakatan Harapan di Selangor yang dilihat semakin goyah. Beliau juga tanpa berselindung turut meragui kemampuan parti serpihan seperti PAN dan PPBM untuk mendapatkan sokongan orang Melayu khususnya di kawasan luar bandar di negeri ini.

Bagi pemerhati politik, sekiranya pertandingan tiga penjuru menjadi kenyataan, peluang untuk Azmin Ali mengekalkan kerajaannya semakin tipis lebih-lebih tanpa PAS yang diketahui menjadi faktor utama kemenangan pakatan pembangkang di Selangor dalam dua siri pilihan raya umum sebelum ini.

Adakah Azmin Ali hanya akan berdiam diri sahaja selepas ini?

TANPA PAS, PAKATAN TIADA HARAPAN


No comments:

Post a Comment

comment please.....