Konco-konco ku

Monday, October 2, 2017

Rafizi bayar syarikat milik sendiri bekalkan pekerja INVOKE? #RafiziBayarRafizi #s14

Rafizi Ramli menggunakan wang derma orang ramai untuk membayar sebuah syarikat yang membekalkan pekerja untuk NGO yang diasaskannya, INVOKE didedah Datuk Rizal Mansor.

Pembantu kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mendedahkan kakitangan INVOKE menandatangani kontrak perjawatan dengan syarikat, KEIP Resources Sdn. Bhd. yang mana Rafizi juga adalah pemegang saham utama syarikat tersebut.

KEIP Resources Sdn Bhd juga menandatangani perjanjian membekalkan sumber manusia mengikut keperluan INVOKE dari semasa ke semasa.

INVOKE telah membayar KEIP antara RM147,974.30 hingga RM350,608.64 dari Mac hingga September 2017.

Hampir RM 1.3 juta telah dibayar kepada KEIP dalam tempoh tujuh bulan.

Rizal mendakwa Rafizi mempunyai kepentingan dalam KEIP dengan memiliki 10,050 saham syarikat itu.

“Mengikut carian yang dilakukan di SSM menunjukkan pemegang saham utama syarikat itu bernama MOHD RAFIZI BIN RAMLI. Yang memegang sebanyak 10,050 saham.

“Individu yang bernama MOHD RAFIZI BIN RAMLI yang sama juga (berdasarkan nombor kad pengenalan), adalah pemegang saham terbesar dalam INVOKE SOLUTIONS SDN BHD. Iaitu sebanyak 250,000 saham,” dakwa Rizal dalam satu kenyataan hari ini.

Daripada pendedahan dan bukti berhubung isu pekerja INVOKE, Rizal secara sinis berkata, Rafizi sebenarnya membayar kepada syarikat dimilikinya sendiri dan boleh disimpulkan mendapat keuntungan daripada proses tersebut.

“Kesimpulannya, Rafizi membekal tenaga kerja kepada Rafizi. Dan Rafizi pula membayar kepada Rafizi ratusan ribu sebulan atas nama membekalkan sumber manusia.

“Hasil duit yang dikutip dari orang ramai. Campur tolak kali bahagi, akhirnya dia juga yang untung. Yang menjadi mangsa adalah orang ramai yang diperdaya untuk memberi derma kepadanya,” katanya. – MalaysiaGazette

No comments:

Post a Comment

comment please.....