Konco-konco ku

Monday, October 23, 2017

KERAJAAN NEGERI SELANGOR GAGAL TUNAIKAN JANJI, ROBOH RUMAH PENGUNDI KAJANG!

Terdapat 8 keluarga bekas kakitangan hospital Kajang yang menetap disini sejak 1930 apabila kuarters kakitangan dirobohkan. Tanah yang mereka duduki sekarang adalah tanah rezab Sg. Jelok dan selama ini JPS tidak pernah beri notis. Pada 26 April 2016, mereka diberi notis satu bulan oleh oleh Pejabat Tanah untuk pembinaan hospital bersalin .

Pihak penduduk bersedia untuk berpindah jika ada perjanjian bertulis tentang tawaran tanah yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor. Dalam perjumpaan terakhir dengan ADUN kajang pada 4hb. Oktober 2017, Datin Wan Azizah memberi jaminan akan menghentikan perobohan ini. Sehingga sekarang  masih tiada maklumbalas daripada Datin Wan Azizah sama ada perobohan akan dihentikan atau diteruskan.

*************************************

Projek yang akan datang ke kawasan mereka adalah Projek Hospital Kajang dan mereka sejak dari awal bersetuju untuk berpindah setelah diberikan tempat alternatif kerana mereka difahamkan bahawa ini merupakan projek kepentingan awam. 

Kerajaan Negeri Selangor dan Pejabat Tanah telah menawarkan  mereka 6 lot tanah gantian tetapi ianya masih belum ditawarkan secara bertulis (Surat Hitam Putih). Tuntutan mereka adalah setelah mereka menerima surat itu, mereka akan keluar. Mereka risau untuk keluar dengan tangan kosong kerana ADO hanya memberi syor 80% akan diluluskan.

Dalam perjumpaan terakhir bersama ADUN Kajang pada 4hb Oktober 2017, Datin Sri Wan Azizah Wan Ismail dan YB Manivannan (MP Kapar), mereka prihatin dan memberi jaminan rumah mereka tidak akan dirobohkan 4 hari selepas Hari Deepavali. Mereka juga menjanjikan akan menghubungi Pejabat DO dan MB untuk memastikan tawaran tersebut segera dikeluarkan.

Selepas dari itu, penduduk telah pergi beberapa kali ke pejabat ADUN tetapi tiada sebarang maklum balas di terima, manakala YB Manivannan (MP Kapar) memberi syor bahawa rumah mereka tidak akan dirobohkan sekali lagi pada 23hb Oktober 2017 dan beliau akan memastikan perkara ini. 

Adalah menjadi polisi Kerajaan Pakatan Rakyat/Harapan bahawa mereka hanya akan lakukan pengusiran paksa setelah memberikan penempatan alternatif. Walaupun ini adalah tanah Kerajaan Persekutuan tetapi penguatkuasaan masih di pihak Kerajaan Negeri Selangor. 

No comments:

Post a Comment

comment please.....