Konco-konco ku

Thursday, December 17, 2015

CAT PINTU GERBANG RM9.7JUTA, HARGA YANG TAK MASUK AKAL - DATUK JAMAL

Peruntukan RM9.7 juta untuk naik taraf Gerbang Kota Darul Ehsan hanya bagi kerja-kerja mengecat tidak masuk akal.

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunus berkata, kerajaan Selangor melakukan pembaziran kerana memperuntukkan sebegitu besar wang rakyat untuk projek yang bukan keperluan mendesak.

Malah, kata Jamal, beliau boleh melaksanakan projek naik taraf itu hanya dengan kos kira-kira RM1.9 juta.

“Naik taraf sampai RM9.7 juta bagi saya sesuatu perkara yang tidak munasabah langsung.

“Bagi saya RM9.7 juta suatu perkara yang membazir, kalau saya boleh buat benda yang sama (projek menaiktaraf pintu gerbang Darul Ehsan) itu mungkin RM1.9 juta sahaja,” katanya kepada FMT.

Jamal juga mempersoal ketelusan kerajaan negeri memberi projek tersebut kepada kontraktor dengan cara meragukan kerana didakwa dibuat tanpa melalui tander terbuka.

“Kalau saya lihat kenyataan yang dikeluarkan oleh CheGuBard, proses tender tidak ada, kalau betul perkara ini berlaku ini satu penyelewengan dan salah guna kuasa dan duit rakyat. Jadi pihak terlibat termasuk Menteri Besar sekali terlibat perlu disiasat SPRM,” katanya.

Terdahulu, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mempertikaikan jawapan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmi Ali berhubung projek menaik taraf pintu gerbang Kota Darul Ehsan bernilai RM9.7 juta.

Pengasas SAMM, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard menjelaskan, jawapan Azmin bahawa keputusan itu diluluskan Dewan Negeri Selangor dan tidak boleh dipersoalkan sebagai tidak boleh diterima. – MS

No comments:

Post a Comment

comment please.....