Konco-konco ku

Tuesday, September 22, 2015

MARA HENTI TAJAAN PELAJAR BAHARU UNIVERSITI TAYLOR

Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan menghentikan penajaan bagi pelajar baharu yang melanjutkan pengajian ke Universiti Taylor atas pelbagai sebab, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Bagaimanapun, beliau berkata pelajar tajaan Mara yang sedang menuntut di universiti berkenaan dibenarkan meneruskan pengajian mereka.

“Saya sudah mengarahkan Ketua Pengarah Mara (Datuk Ibrahim Ahmad) untuk melihat perkara ini … kami akan menghentikan penajaan kepada (pelajar) pengambilan baharu atas pelbagai sebab.

“Bagaimanapun, kami tidak akan menghentikan penajaan pelajar sedia ada (di Universiti Taylor) kerana dikhuatiri akan menimbulkan masalah pada masa hadapan,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Jualan Teknologi Maklumat (IT) @ Busana di Menara Mara di sini, semalam.

Ismail Sabri berkata demikian ketika diminta mengulas maklumat yang tersebar di media sosial bahawa Mara akan menghentikan pemberian biasiswa kepada pelajar tajaannya di Universiti Taylor.

Tindakan itu berikutan Kolej Taylor menamatkan kontrak operator bas, Wawasan Sutera yang membawa peserta perhimpunan baju merah menggunakan bas yang mempunyai lambang institusi pendidikan itu.

No comments:

Post a Comment

comment please.....