Konco-konco ku

Monday, June 22, 2015

GRAND STRATEGY OF DAP: CALON MENTERI BESAR JOHOR SEDANG DIBENTUK

TIDAK cukup terkejut apabila bekas Exco Pemuda PAS Johor, Sheikh Omar Ali meninggalkan Pas dan menjadi ahli kepada parti yang jauh daripada matlamat utama Pas iaitu DAP.

Seperti biasa semenjak bertukarnya kepimpinan baru dalam Pas yang dipilih oleh majoriti perwakilan Pas di Kuala Selangor bulan lalu, ramai yang tidak setuju dengan pemilihan AJK Pas Pusat yang kebanyakannya adalah daripada golongan ulama' dan seterusnya mengenepikan golongan liberal yang banyak menyumbang jasa kepada Pas dan PR.

Oleh sebab yang ini jugalah Sheikh Omar Ali yang juga Pembantu kepada Ahli Parlimen DAP Kluang, Liew Chin Tong memilih DAP sebagai wadah terbaru perjuangan beliau kerana dianggap Pas sudah tidak relevan dalam Pakatan Rakyat bersama DAP dan PKR.

Lulusan Usulluddin daripada Universiti Malaya ini menganggap perselisihan faham antara DAP dan PAS baru-baru ini dilihat menyukarkan PR untuk memerintah Malaysia dan seterusnya mengelakkan daripada 'conflict of interest' memandangkan beliau sebagai ahli Pas dan bekerja dengan AP DAP.

Nampaknya semakin galak DAP mencari ahli Melayu untuk dijadikan MB dalam negeri bersultan jika mereka berjaya memenangi kerusi DUN di negeri-negeri sasaran.

Salah satunya adalah Sheikh Omar yang bakal dijadikan kambing hitam DAP sebagai Menteri Besar Johor yang baru jika berdasarkan strategi DAP yang mahu merampas Johor sebagai sasaran PRU14.

Malah, jangan terkejut juga jika selepas ini graduan pengajian Islam terutama daripada Persatuan GAMIS di Universiti akan memilih DAP sebagai wadah perjuangan politik berbanding PAS yang dilihat tidak popular dan terlalu ortodok untuk diikuti oleh anak muda masa kini.

Berhati-hatilah. Semoga BN lebih prihatin dengan strategi jahat DAP ini.

2 comments:

  1. Hari ini DAP sanggup melabur berapa sahaja kepada orang2 Melayu yang sanggup mengikut kemahuan mereka untuk memerintah negara Malaysia. Apabila negara sudah berada dibawah cengkaman mereka maka orang2 Melayu akan disiat satu persatu..........INILAH TERJADI BILA MELAYU DAH HILANG MARUAH

    ReplyDelete
  2. Binatang tu... bukan melayu...

    ReplyDelete

comment please.....