Konco-konco ku

Tuesday, July 8, 2014

KHALID IBRAHIM LETAK JAWATAN MB SEPTEMBER INI

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikatakan tetap akan melepaskan jawatannya selepas Hari Raya Aidilfitri ini atau selewat-lewatnya September depan.

Menurut sumber, tempoh itu dikatakan selepas mengambil kira program-program sepanjang Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri yang sudah dirancang lebih awal.

"Kita mahu proses jawatan ini berjalan dengan lancar dan tiada sebarang kecelaruan pada beberapa program terdekat yang sudah dirancang," katanya.

Dalam pada itu sumber itu menambah, pada masa kini, dua nama daripada PKR bakal menjadi calon Menteri Besar yang baru.

Ketika ditanya apakah timbul isu susulan daripada DAP dan PAS kerana pengganti Abdul Khalid tetap merupakan calon daripada PKR, ini katanya;

"DAP secara dasarnya bersetuju namun sedikit masalah timbul dari PAS negeri. Bagaimanapun PAS Pusat sudah memberikan lampu hijau."

Pada Isnin, Abdul Khalid Ibrahim menafikan akan meletakkan jawatan dan telah menyerahkan surat peletakan jawatan seperti yang disebarkan dalam mesej aplikasi WhatsApp sejak malam Ahad.

Abdul Khalid turut meminta mana-mana pihak yang menyebarkan khabar angin tentang perletakan jawatannya supaya segera menghentikannya.

Menteri Besar ke-14 Selangor itu dikatakan bakal melepaskan jawatannya dalam satu perbincangan di antara kepimpinan tertinggi PKR, DAP dan PAS negeri.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan Pengarah Pilihan Raya PKR Selangor Shuhaimi Shafie mengakui bahawa 'Langkah kajang' merupakan usaha menggulingkan Khalid daripada takhta Menteri Besar Selangor.

Bagaimanapun strategi 'langkah Kajang' itu dilihat gagal menjatuhkan Abdul Khalid.

Terkini, Abdul Khalid gagal mempertahankan kerusi Ketua Cabang PKR Kuala Selangor dalam pemilihan parti baru-baru ini.- awani

No comments:

Post a Comment

comment please.....