Konco-konco ku

Wednesday, February 12, 2014

LESEN PERNIAGAAN TURUN SELEPAS ANWAR JADI MENTERI BESAR!! #PRKKAJANG

DALAM hiruk pikuk gendang pilihanraya kecil di Kajang yang bakal berlangsung pada 23 Mac 2013 akan datang, kerajaan negeri Selangor tanpa memikirkan rakyat yang dikatakan negeri berkebajikan meneruskan sikap zalim mereka dengan menaikkan harga lesen perniagaan di Selangor terutama di kawasan tandingan Anwar, Kajang.

Perkara dapat dilihat sejak dari awal kemenangan mereka lagi setelah mendapat mandat dari rakyat buat kali kedua pada PRU13 lalu. Bukan sahaja pelbagai bebanan yang ditanggung rakyat sedia ada namun kerajaan negeri tanpa memikirkan rakyat Selangor terus-terusan menzalimi rakyat khususnya para peniaga dengan menaikkan tariff lesen perniagaan daripada RM290 ke RM690.

Tetapi sudah pasti tiada siapa mahu melalak kerana mereka akur dengan pentadbiran kerajaan negeri. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak undi berlubang poket.

Tanpa sedar sedikit demi sedikit wang rakyat Selangor dikebas tanpa siapa boleh pertikai. Jika dahulu dikatakan kerajaan negeri tidak telus, kini telus sangatkah kerajaan sedia ada hingga sanggup membebankan rakyat?

Dikatakan simpanan wang negeri Selangor ada berbillion-billion namun ke mana wang itu disalurkan?

Tiada perumahan untuk rakyat.

Tiada pembangunan untuk rakyat.

Tiada bantuan yang diterima rakyat.

Tetapi yang pasti, wang rakyat Selangor akan terus dilaburkan kepada mereka yang tidak bertanggungjawab semata-mata mahu mengekalkan kuasa mereka di Selangor.

Tanggungjawab kerajaan negeri Selangor nampaknya lebih tertumpu kepada masyarakat Cina yang memberi undi solid kepada kerajaan negeri sekarang berbanding peruntukkan yang diperuntukkan kepada kaum Melayu dan India.

Nampaknya lebih banyak program untuk kaum Cina dilakukan.

Adakah Selangor juga telah menjadi sepertimana Pulau Pinang?

1 comment:

  1. Kisah sedih dan malang untuk PRK Kajang..... Bila terdengar kata nak adil kepada semua, teringat seorang kenalan menceritakan kisah kawannya. Kawan itu tanahnya telah dirampas oleh kerajaan begitu sahaja tanpa pampasan satu sen pun. Ini bukan cerita cakap dengar, telah dilihat geran hak milik tanah itu GM5522, Lot 2477 Sungai Sub, Mukim Hulu Langat, Taraf tanah Kawasan Rizab, Tanah Simpanan Melayu, pegangan selama-lamanya. Mereka ini adalah dari keturunan pembesar Daerah Hulu Langat bergelar Dato Sati. Tanah itu diperturunkan kepada anak cucu hinggalah kepada nama Md Yunus bin A.Malik, kemudian kepada Ghazali bin Md Yunos. Sehinggalah ke tahun 2013, tanah masih atas nama mereka dan cukai tanah telah dibayar. Apabila nama itu cuba menduduki tanah hak miliknya, didapati tanah itu telah rosak teruk kerana digunakan secara haram sebagai laluan keluar masuk oleh 9 syarikat quari, yang dipercayai telah terceroboh kawasan hutan simpan Kerajaan. Syarikat ini termasuklah syarikat besar Sg Long. Dan dalam cubaan nama itu untuk duduk diatas tanah hakmiliknya sendiri, setelah tidak tahan menumpang sewa merempat di tanah orang lain, rupa-rupanya dibelakang penceroboh itu, mendapat back-up pejabat tanah, polis termasuklah wakil rakyat kajang yang yang cabut baru-baru ini. Diakhir episod tuntutan tanah itu, tiba-tiba tuan punya mendapati tanahnya telah dirampas oleh kerajaan, apabila cabutan dibuat, statusnya dah jadi "disamun menjadi hakmilik kerajaan". Maka merempatlah kembali beliau, yang terus senang ialah syarikat cina, yang mungkin akan diberi bantuan lagi oleh kerajaan. Jadi berhati-hatilah wahai pemilik tanah berbangsa Melayu, bila-bila masa sahaja tanah itu boleh dirampas oleh kerajaan untuk memudah-kayakan tauke-tauke besar. Pulak tu katanya, nak tuntut ke Mahkamah perlukan modal besar juga, nak makan sendiri pun susah. Nak pergi SPRM dia takut nanti dia pula jadi macam orang salah, maklumlah orang kampung. Hanya sumpahanlah yang terdengar dari mulutnya, haram dan jadahlah mereka yang terlibat dalam perampasan tanah itu.

    ReplyDelete

comment please.....