Konco-konco ku

Thursday, December 27, 2012

NAJIB HARUS BERWASPADA DENGAN ANGGOTA KABINETNYA!!!


KITA setuju dengan pendekatan dan juga sikap  PM Najib yang tidak menggemari cerita-cerita kurang menarik anggota kabinetnya, Menteri-Menteri Besar ataupun Ketua Menteri ataupun  kepimpinan di peringkat Bahagian disampaikan kepadanya dan sikap ini boleh kita puji tetapi PM Najib tidak boleh menolak mentah-mentah apa yang disampaikan kepada beliau oleh sesorang yang mungkin berniat baik supaya Najib tidak terpedaya ataupun diperalatkan oleh orang-orang yang berkepentingan.

Malah kita amat yakin sebagai Perdana Menteri PM boleh mengakseskan segala maklumat yang beliau terima untuk diserahkan kepada pihak berwajib bagi menyiasat segala laporan atauun cerita-cerita peribadi orang-orang sekeliling beliau bagi mencari kebenaran dan tidak boleh menganggap segala laporan itu ringan ataupun bertujuan untuk menjejaskan keperibadian seseorang itu.

Sebagai Perdana Menteri dan Presiden parti,tugas dan tanggungjawab beliau amat berat dan dalam kesibukan beliau menguruskan Negara serta parti,kebimbangan yang dilahirkan oleh pihak-pihak tertentu adalah  khuatir PM Najib terlepas pandang beberapa perkara yang boleh menjejaskan imej beliau. Baca SINI.

No comments:

Post a Comment

comment please.....