Konco-konco ku

Monday, July 26, 2010

Mike Tyson menitis air mata di Bumi Madinah Munawwarah


Mike Tyson bertukar pandangan dengan Dr Muhammad Al-Uqala, president of the Islamic University di Madinah



Si Leher Beton Mike Tyson insan gagah dan bengis semasa dalam gelanggang tinju. Tetapi di Masjid Nabawi tunduk menitis air mata semasa melihat kubur Rasulullah SAW.

Inilah pengalaman yang amat berguna buat Mike Tyson sehingga menyentuh perasaannya semasa melakukan ibadat umrah dan melawat Madinah Munawwarah. 2 Julai 2010.  Beliau sempat memberi ceramah kepada pelajar Universiti Islam Madinah.
Kunjungannya ke Arab Saudi adalah anjuran Asosiasi Dakwah Kanada (CDA),CDA merupakan Pertubuhan dakwah yang banyak menguruskan selebriti yang baru memeluk Islam untuk melawat ke Arab Saudi untuk tujuan melaksanakan rukun Islam.
Tyson nama lengkap Michael Gerard Tyson lahir di New York City, Amerika, 30 Jun 1966. Tyson memeluk Islam ketika dipenjara pada pertengahan tahun 1990. Secara resmi, tahun 1995, selepas keluar dari penjara di Indiana, Tyson mengumumkan penghijrahannya ke agama Islam yang telah dipelajarinya selama berada di dalam penjara, dengan nama baru Malik Abdul Aziz.

Lihatlah saudara-saudariku seagama, tiada kepuasan dalam kehidupan melainkan dengan Islam, kita tidak layak melakukan maksiat, apabila kita melakukan maksiat kepada Allah SWT pasti hidup kita tidak akan tenteram kecuali apabila kita telah ditipu oleh Syaitan. Jika seseorang yang dapat merasakan Allah SWT sedang melihat aksinya semasa berpesta maksiat, pasti dia tidak akan tenang selagi tidak bertaubat kepada Allah SWT.
Manusia yang bernama Mike Tyson pun mencari ketenangan di Masjid dan Raudhah.. Marilah kita bersyukur kerana hidup kita umat Islam mempunyai matlamat.. hidup kita penuh berharga dan bernilai di sisi Allah SWT, semua gerak-geri kita Allah SWT bayar dengan pahala dan Syurga.

source: fomat_perak

No comments:

Post a Comment

comment please.....