Konco-konco ku

Sunday, March 7, 2010

PKR pecat Zulkifli Noordin


KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam memecat Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin dan memintanya mengosongkan kerusi Parlimen itu.
Setiausaha Agung parti, Saifuddin Nasution berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat bulanan Majlis Pimpinan Pusat PKR yang diadakan semalam.
"Ya, sah Zulkifli dilucutkan keanggotaan parti," katanya ketika dihubungi di sini.
Beliau berkata, Zulkifli juga diberi tempoh 14 hari untuk merayu keputusan itu.
Zulkifli yang juga seorang peguam dihadapkan kepada Lembaga Disiplin parti bagi menjawab isu berhubung laporan polis yang dibuatnya terhadap rakan sekutu dari Pas, Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkenaan isu kalimah Allah dan kritikan beliau terhadap kepimpinan DAP.
Khamis lepas, Zulkifli bertindak keluar dari sidang Lembaga Displin yang membicarakan kesnya kerana membantah anggota panel terdiri daripada bukan Islam.
p/s  : ni ke parti yg diagung2kan sgt 2??nk masuk lembaga displin tuduhan guna nama Allah tp panel nye orang kafir..cmne 2 nk judge??pikir jap.. ~dob~


No comments:

Post a Comment

comment please.....