Konco-konco ku

Wednesday, October 3, 2012

"ABAH KATA TAK PERGI SEKOLAH TAK APA, ASAL KITA TAWAN PUTRAJAYA."

Umur seperti ini sepatutnya ke sekolah untuk belajar dan bermain bersama kawan-kawan yang lain, namun tidak bagi anak-anak kepada penyokong pakatan haram yang lebih mengutamakan penawanan Putrajaya dari pendidikan anak-anak.

Anak-anak kecil yang tidak mengerti apa-apa diusung kehulur-hilir sambil memegang sepanduk untuk kepentingan politik haprak pihak pakatan. Apabila tidak lulus periksa dan masa depan terumbang-ambing maka disalahkan kerajaan yang memerintah.

Pelajar cilik ini yang dikatakan dari Kelantan dibawa ke Putrajaya untuk bersama-sama kumpulan yang lain berdemo. Inikah pemikiran maju puak pakatan? Mana sifat keibubapaan mereka untuk melihat anak-anak mereka berjaya? Fikirkan.

TERKINI!! PULUH RIBUAN ANAK KELANTAN MEMBANJIRI PUTRAJAYA MENUNTUT ROYALTI MINYAK!!


Himpunan ROYALTI di Istana Kehakiman Putrajaya hari ini daripada tak sampai 500 orang yang menghadiri perhimpunan, sembahyang hajat dan ceramah perdana di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam semalam. Yang kelakarnya pagi ini hanya tinggal sekitar 300 orang.

Konvoi anjuran Gabungan Pendesak Menuntut Royalti (R), Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (R) sempena berlangsungnya hari perbicaraan kes saman Kerajaan Negeri Kelantan terhadap Petronas berkenaan royalti petroleum ini pada mulanya mengajak seluruh rakyat Kelantan.

Teringat pula semalam ada satu pakcik tu kata,"Esok pagi confirm 3 Juta rakyat Kelantan konvoi ke Putrajaya". Hari ini setelah mendapat maklumat daripada wartawan Putrajaya-Online, yang hadir cuma lebih kurang 300 orang sahaja.

Sikap pendemo yang hadir memang standard procedure orang-orang PAS. Bising, kelam kabut dan sembahyang taknak dalam masjid. Padahal di Putrajaya ada dua masjid besar dan berpuluh surau. Nak jugak sembahyang kat luar. Nak riak dan menunjuk-nunjuk.

Sebenarnya ini adalah doktrin tidak sihat yang diamlakan oleh pembangkang. Bayangkan setiap kali ada perbicaraan akan adanya demonstrasi. Bila ada demonstrasi akan ada juga polis, FRU, RELA, kesesakan lalulintas, amuk dan macam-macam lagi. Jika ia menjadi satu kebiasaan kelak hari-hari ada demo macam di Jakarta. Lagi best bila antara yang hadir himpunan Royalti ini, adalah daripada kalangan budak-budak sekolah. Kesian kot kat diorang.

Anda menolak keamanan dan suka pada kehuru-haraan?

HARGA SAWIT TURUN MENDADAK!! PENDUDUK KAMPUNG MENGELUH!!

Harga tandan buah sawit jatuh menjunam diperingkat lebih rendah sebelum ini. Hari ini harga kelapa sawit semasa jatuh pada harga RM350 se-tan (1,000kg) berbanding dua bulan lepas yang mencecah RM600 se-tan. Apa sudah jadi?

Perkara ini diluahkan sendiri oleh pekebun-pekebun kecil kelapa sawit persendirian yang terkesan dengan penurunan harga buah sawit secara drastik. Akibatnya ramailah pekebun terpaksa menanggung perit jerih mengait buah sawit yang telah masak untuk dijual walaupun harga tidak setimpal dengan kepayahan mereka.

Untuk makluman mereka ini bukanlah peneroka Felda yang dibantu oleh kerajaan setiap bulan tapi pekebun kecil yang luas tanah hanya beberapa ekar sahaja. Kerajaan harus membantu menstabilkan semula harga buat sawit ini untuk keselesaan penduduk kampung.

Jangan double standard dan membezakan antara mereka dengan peneroka Felda kerana mereka juga rakyat Malaysia yang mencari rezeki dengan menjual hasil komoditi utama negara. Samada kilang minyak sawit sudah jammed atau orang tengah yang kebanyakannya berbangsa asing ingin mengenakan Melayu atas usaha kerajaan membantu Felda, wallahu'alam...

Mohon pihak yang terbabit mengambil inisiatif membantu pekebun kecil ini. Jangan kerana ekonomi penduduk kampung tidak stabil dan tidak diselaraskan, kerajaan akan disalahkan. Hanya memandang penyenaraian saham FGVH sedangkan pekebun kecil sawit yang lain merana akibat permainan harga dari pihak atas.

Mohon perhatian.

MENTERI BESAR SELANGOR BARU JIKA PAKATAN BERJAYA MENANG LAGI

Khalid Gagap tidak akan menjadi Menteri Besar Selangor lagi pada penggal yang akan datang jika Selangor dapat dikekalkan kepada pakatan. Perkara dinyatakan oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali semasa diminta mengulas tentang calon Menteri Besar Selangor yang baru.

"Ujian Khalid dalam mengurustadbir Selangor selama satu penggal telah membuktikan yang Menteri Besar itu telah gagal dan telah menimbulkan berbagai masalah negeri tidak boleh diselesaikan tanpa campur tangan dari pucuk pimpinan pakatan sendiri."katanya semalam.

Semakin berserabutlah Khalid Gagap nak mempertahankan kerusi MB nya. Semua pimpinan parti tidak suka dengan cara Khalid mentadbir kerana penuh dengan campurtangan pihak DAP terutamanya.

Dan kemungkinan besar Azmin Ali akan menjadi Menteri Besar Selangor yang baru pada penggal akan datang. Tapi KALAU MENANG. 

CELENG SEKINCHAN NG SUEE LIM SEMAKIN SASAU MEMFITNAH NOH OMAR!!


Sejak kebelakangan ini nampak sangatlah ahli dewan undangan Negeri (ADUN) Sekinchan iaitu Ng Sue Lim kehabisan modal untuk memfitnah Menteri Pertanian Asas Tani DS Noh Omar

Bercakap tentang tanah udang tersebut menampakkan mereka ini dalam keadaan terdesak pada ketika ini kerana jelas sekali. projek udang ini dah mula 16 tahun dulu.Projek itu bermula,dan pada ketika itu DS Noh Omar belum menjadi menteri lagi.

DS Noh Omar menegaskankan baru2 ini bahawa  tindakan yang diambil oleh Sue Lim dengan membangkitkan isu tersebut jelas membuktikan beliau tidak mengetahui mengenai proses permohonan tanah.

“Saya nampak apabila ADUN DAP tersebut makin banyak bercakap, semakin menampakkan kebodohan beliau sebagai pemimpin,” ujar DS Noh Omar.

DS Noh meminta supaya Ng Sue Lim memahami betul-betul proses permohonan untuk mendapatkan pemilikan tanah sebelum membuka mulut dan menampakkan kelemahan diri sendiri.

“Untuk mendapatkan tanah, pertama sekali mestilah perlu memohon, selepas mohon, masuk ke jawatankuasa tanah, selepas jawatankuasa dah lulus, baru masuk mesyuarat exco. Exco lulus, baru keluar borang 5A,” katanya.

Selain itu Noh turut mencabar Sue Lim supaya menyemak semula bila tarikh EXCO meluluskan permohonan pemilikan tanah beliau.

“Saya cabar ADUN Sekinchan supaya membuka semula fail dan tengok bila EXCO meluluskan permohonan tanah saya tersebut,” katanya lagi.

Noh menjelaskan permohonan tanah diluluskan oleh mesyuarat EXCO kerajaan negeri pada 8 Mac 1995 sedangkan beliau menjadi calon Ahli Parlimen pada April 1995.

Ng Sue Lim
“Lebih banyak beliau bercakap mengenai tanah tersebut, lebih banyak menampakkan kebodohan diri sendiri kerana projek tanah udang ini sudah berjalan sejak 16 tahun dahulu,” katanya.

Terdahulu, Sue Lim mempertikaikan mendakwa Noh berbohong berhubung pemilikan tanah seluas 30 hektar yang menjadi tapak untuk projek penternakan udang.

Sue Lim mengemukakan dokumen yang didakwa membuktikan bahawa pemilikan tanah Noh ke atas tanah di Tanjung Karang itu hanya didaftarkan selepas menteri tersebut menjadi MP kawasan berkenaan pada 1995.

Hari ini, Sue Lim sekali lagi menasihati Noh agar tidak lari daripada isu pokok mengenai pemilikan tanah dan bukannya mempersoalkan kelulusan mesyuarat EXCO dan Borang 5A bagi tanah tersebut.

“Tidak perlu mengeluarkan banyak kenyatan seperti yang telah dilakukannya. Saya tidak mahu menampakkan kebodohan dan kelemahan diri sendiri seperti beliau. Cukuplah dengan apa yang saya sudah jelaskan sebelum ini.

@ABBY_ABADI112 MASIH "SAYANGKAN" @DATOACMIZAL


Kisah dan cerita mengenai diri pelakon wanita, Abby Abadi masih lagi tidak senyap dari masa ke semasa.

Selepas Abby melakukan hijrah diri dengan memakai hijab dan aktif menghadiri ceramah agama, Abby pernah dicabar oleh rakan pelakonnya, Datuk AC Mizal untuk berdebat mengenai kenyataan Abby suatu ketika dahulu.

Bagaimanapun, isu ajak-mengajak itu senyap tidak lama selepas itu.

Abby meluahkan dia kesal dengan sikap AC Mizal yang bercakap mengenai peribadi dirinya.

Kata Abby, dia masih sayangkan AC Mizal sebagai sahabatnya kerana mereka pernah berkawan rapat.

“Bila saya dekat dengan agama macam ni dia kata saya saja-saja nak tunjuk beriman katanya, tak payahlah, agama simpan je dalam hati dia kata.

“Lepas tu kawan saya jawap, kalau macam tu ko sembahyang je dalam jamban” Ungkapan tersebut disambut dengan gelak ketawa dari penonton yang hadir,” kata Abby.

Dalam pada itu, Abby menjelaskan dia masih sayangkan dunia lakonan dan teringin untuk kembali berlakon seperti dahulu.

Malah, dia tidak mahu orang ramai melabelkan dirinya sebagai bekas pelakon kerana Abby mempunyai cita-cita untuk berdakwah melalui lakonan.

Abby juga mengakui yang ‘bekerja’ sebagai penceramah adalah bukan minatnya dan dia yakin dia tidak boleh kekal berkemampuan untuk menjadi penceramah.

“Jangan letakkan saya sebagai seorang bekas pelakon ya, kerana saya masih sayangkan dunia hiburan. Saya tak nak buat kerja apa yang saya buat sekarang ini sebab ini bukan kemampuan saya. Saya tak nak jadi penceramah dan saya tak nak jadi ahli politik sebenarnya.

“Saya masih mahu berlakon dan Insyallah dengan lakonan pun kita boleh berdakwah untuk agama Allah SWT. jadi saya mengharapkan sesuatu yang baik untuk negara, untuk industri hiburan, untuk kawan-kawan saya dan untuk semua umat islam,” katanya.


Tuesday, October 2, 2012

HIMPUNAN DEMO ROYALTI KE PUTRAJAYA GAGAL KUMPUL RIBUAN SOKONGAN!!


First of all jangan tertipu dengan gambar yang dipaparkan oleh blog dan media pakatan kerana sudut yang mereka ambil memang kelihatan agak ramai kerana diambil secara berhadapan. Aku percaya yang semua media pakatan sedang meng'upload' gambar 'ribuan' orang yang hadir.

Antara sebab utama aku suka ambil gambar yang di'shoot' oleh blogger Darul Ehsan Today adalah kerana kepakaran dalam mencari posisi yang jelas menggambarkan penipuan jumlah kehadiran dalam segala himpunan pakatan yang dibuat sejak kebelakangan ini.

Biarlah gambar yang berbicara. Sekeping gambar dapat menceritakan segala-galanya jadi aku tak perlu bercerita panjang tentang perhimpunan sebentar tadi di Dataran Shah Alam. Aku boleh anggarkan kurang dari 1000 orang yang hadir walaupun ribuan rakyat Kelantan bermastautin di Lembah Kelang.

Adakah ini menjadi petunjuk yang Kelantan akan jatuh ke tangan BN pada PRU-13 akan datang? Atau adakah anak muda yang bekerja di Lembah Kelang akan tetapkan hati memangkah BN di Kelantan? Sama-sama kita nantikan...


KENAPA KITA MALU DAN DILARANG SEBUT PERKATAAN "MELAYU"?? RASIS KAH "MELAYU" ITU??


NASIB ORANG KULIT PUTIH AMERIKA..DAN NASIB ORANG MELAYU MALAYSIA..
---------------------------------------------------
Saya mahu menulis sedikit tentang bangsa Kulit Putih Amerika. Bukan bertujuan mahu menyebelahi mereka. Tapi dari satu segi, saya bersimpati dengan mereka sebagai bangsa majoriti di Amerika..

Saya menulis ini kerana nasib bangsa Melayu di Malaysia sebagai majoriti sedang menuju nasib yang sama dengan bangsa Kaukasia (Kulit Putih) sebagai majoriti di Amerika..

Di Amerika, orang kulit putih tak boleh memanggil diri mereka "Whites" (Kulit Putih) secara rasmi, mereka akan dianggap racist atau perkauman kalau menggunakan "Whites" (Kulit Putih) untuk diri mereka. 

Tapi orang Kulit Hitam boleh menggunakan perkataan "Blacks" untuk diri mereka tanpa siapa pun menuduh mereka racist. Maka ada persatuan di US bernama "National Association of Black Actors and Supporters (NABAS, Persatuan Kebangsaan Pelakon Kulit Hitam dan Penyokong). Tapi orang kulit putih tak boleh buat "Persatuan Kebangsaan Pelakon Kulit Putih" kerana ini akan dianggap racist...

Orang kulit putih juga tak boleh panggil diri mereka "European Americans" (bangsa Amerika Eropah) kerana ini dianggap racist. 

Tapi orang kulit hitam boleh panggil diri mereka "African Americans (bangsa Amerika Afrika). Begitu juga minoriti lain di US boleh panggil diri mereka "Asian Americans", "Chinese Americans", "Korean Americans", "Arab Americans", "Jewish Americans" dan sebagainya dan tak ada siapa tuduh mereka racist kerana mereka MINORITI. 

Tapi majoriti orang kulit putih tak boleh panggil diri mereka "European Americans" atau "White Americans" kerana akan dituduh racist..

Keadaan sama sedang berlaku di Malaysia. Orang Melayu tidak lagi dibenarkan menyebut diri mereka "Melayu" kerana akan dituduh racist. DAP mahu semua orang Melayu jadi "Malaysians" (bangsa Malaysia), mana-mana orang Melayu yang masih panggil mereka "Melayu" adalah racist kepada DAP dan penyokong-penyokongnya. 

PAS pula mahu semua orang Melayu jadi "Muslim" saja dan buang bangsa Melayu. Mana-mana orang Melayu yang masih anggap diri mereka Melayu dituduh PAS sebagai "Assobiyah". Dari segi ini, kedua-dua DAP dan PAS bersatu hati, mereka mahu hapuskan bangsa Melayu dari bumi Malaysia..

Sementara itu, bangsa Cina, India dan lain-lain di Malaysia masih terus boleh memaggil diri mereka "Cina", "India" dan sebagainya tanpa sesiapa menuduh mereka racist,,

Orang Melayu sebagai majoriti di Malaysia sedang menjadi seperti orang kulit putih sebagai majoriti di Amerika. Apa yang sedang terjadi di Malaysia ialah "Tyranny of the Minority" atau "Kekejaman Minoriti". Mereka mahu Melayu jangan jadi Melayu tapi mereka masih mahu jadi Cina, India dan sebagainya..


TERKINI!! TANAH MILIK YBK YANG DIRAMPAS KHALID KEMBALI SEMULA KEPADA YANG BERHAK!!

Akhirnya setelah bertahun-tahun Kerajaan Selangor merampas tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor di Serendah, hari ini Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan tanah seluas 800 ekar adalah kekal milik YBK.

Khalid yang merampas tanah YBK semakin pening kepala kerana aset untuk dijual sebelum PRU telah berkurang satu. Maka akan ada harta milik Selangor yang akan dijual selepas ini. Mari kita nantikan....

*******************
Hari ini, pada 2.10.2012 Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi memutuskan rayuan PYBK dibenarkan dengan kos dalam kes tanah di Serendah dan tindakan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor merampas tanah kepunyaan PYBK di Serendah adalah TIDAK SAH. Tindakan Kerajaan Selangor melucuthakkan 4 blok tanah dan mengembalikan semula bayaran cukai tanah adalah SALAH dari segi undang-undang.

PYBK adalah anak syarikat YBK yang memiliki tanah seluas 1,625 ekar di Serendah, Hulu Selangor. Seluas 218 ekar daripada tanah tersebut telah dicadangkan sebagai tapak Projek UiTM, Serendah di mana cukai tanah bagi 4 lot tersebut sebanyak RM1.280 juta telah dibayar pada 31.8.2009 (‘bayaran pertama”) sebagai memenuhi syarat permohonan Kebenaran Merancang kepada Kerajaan Negeri Selangor.

Pada awal bulan November 2009, PYBK telah menerima Borang 6A untuk menuntut cukai tertunggak sebanyak RM5.7 juta bagi tanah seluas 797 ekar. Pada 1.2.2010, pihak Yayasan Melaka telah membantu membayar cukai tertunggak tersebut (“bayaran kedua”) walaupun tarikh akhir Notis 6A ialah pada 29.1.2010.

PYBK melalui peguamnya telah memberi peringatan, oleh kerana kegagalan Pentadbir Tanah membuat pengendorsan mandatori di bawah Seksyen 97(2) Kanun Tanah Negara maka Notis 6A yang dihantar adalah defektif dan oleh yang demikian tempoh sah Notis 6A belum disifatkan wujud atau mula beroperasi. Namun begitu Pejabat Tanah Daerah Hulu Selangor pada 4.2.2010 telah memulangkan bayaran-bayaran di perenggan 1 dan 2 di atas kepada PYBK:-

i) Bayaran pertama dipulangkan tanpa sebarang alasan diberikan bahkan tiada Notis 6A dikeluarkan untuk tanah tersebut;

ii) Bayaran kedua dipulangkan dengan alasan bahawa bayaran tersebut tidak boleh dibuat oleh pihak ketiga iaitu Yayasan Melaka.

Pada 11.2.2010 PYBK telah menerima Notis 8A daripada Kerajaan Negeri bagi sebahagian tanah-tanah PYBK tersebut. Tindakan Kerajaan Negeri ini adalah tidak wajar memandangkan PYBK telah membuat bayaran tetapi dipulangkan atas alasan yang tidak munasabah dan bertentangan dengan peruntukan Kanun Tanah Negara. Memandangkan kepada perkara di atas, PYBK telah mengambil tindakan membuat Rayuan kepada Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap keputusan Kerajaan Negeri Selangor melalui Pentadbir Tanah Hulu Selangor dalam melucuthakkan 4 Blok tanah dan mengembalikan semula bayaran-bayaran cukai yang telah dibuat melalui Notis-Notis Usul Pemula No. 21-99-2010, 21-100-2010 dan 21-101-2010 (“Kes tersebut”).

Pada 6.9.2012 Kes tersebut telah didengar di hadapan Yang Arif Hakim di Mahkamah Tinggi dimana kedua-dua pihak telah memberikan hujahan masing-masing secara bertulis dan lisan. 

-Portal rasmi YBK

@KHALID_IBRAHIM SEMAKIN BERANI MENIPU RAKYAT SELANGOR!! MANIFESTO BUKAN JANJI!!


Berapa banyak janji-janji manifesto PRU12 tahun 2008 yang ditaburkan oleh Pakatan pembangkang?

Janji tinggal janji, sebaliknya apa yang dijanjikan bukan sahaja gagal ditunaikan bahkan turut tidak diendahkan seperti kenaikan cukai pintu 20% dari sebelumnya.

Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) melakukan rapat-umum membantah kerajaan negeri Selangor di bawah pemerintahan Tan Sri Khalid-G!

Lagi berita di SINI.

SUARA KELDAIAN MAJALAH PENIPU UNTUK KELDAI!!


Tidak lama dahulu blog-blog pro-kerajaan ada mendedahkan strategi pilihanraya Pakatan Rakyat yang dibocorkan oleh sumber dalaman parti tersebut.   Jika ada pembaca yang masih ingat, antara strategi utama PR menjelang pilihanraya ialah menyerang Datin Seri Rosmah Mansor dengan menggambarkan beliau sebagai boros, sombong dan buruk tingkahlaku.  

Dan nampaknya, walaupun strategi tersebut telah pun bocor, PR tetap menggunapakainya kerana ketandusan isu yang ‘valid’ untuk menyerang kerajaan.   Maka, Datin Seri Rosmah pun dijadikan isu utama oleh media-media pembangkang walaupun sebenarnya tiada isu.  

Baru-baru ini akhbar Suara Keadilan sekali lagi mengitar semula pembohongan kononnya Datin Seri Rosmah membeli-belah lagi dengan menggunakan wang rakyat.   Tidak serik apabila terkantoi dengan tuduhan cincin RM24 juta yang sebenarnya dibawa ke Malaysia untuk pameran, kini PR menurunkan pula harga penipuan kepada RM2.5 juta bagi sebuah jam tangan Datin Seri Rosmah dan RM500,000 bagi sepasang subang beliau, seperti yang tertera dengan tulisan besar di muka belakang Suara Keadilan.

Yang peliknya, di muka 31 akhbar tersebut faktanya terbalik pula di mana ia menyebut,  “Rosmah dilapor memakai subang bernilai RM2.5 juta dan jam tangannya dianggar bernilai antara RM350,000 hingga RM500,000.” 

Lebih pelik lagi apabila di dalam media alternatif PR, hanya jam tangan yang dipertikai iaitu berharga RM350,000 dan kisah mengenai subang tidak pula digembar-gemburkan.  

Kecelaruan fakta ini saja sudah cukup menunjukkan bahawa kisah ini sengaja diada-adakan mengikut ‘sedap rasa’ si penulis.  

Entah kenapa kisah mengenai subang kurang dimainkan berbanding jam.  Mungkinkah kerana menyedari bahawa kisah mengenai subang akan menyebabkan mereka terkantoi lagi sekali? 

Jika takut kisah subang terkantoi kerana ia tidak benar, maka kisah mengenai jam juga sama kerana Datin Seri Rosmah tidak pernah berbelanja sedemikian besar hanya untuk sebuah jam.  Tetapi beliau ada mengakui ada menerima hadiah jam tangan mewah dari pihak tertentu dalam salah satu lawatan beliau ke luar negara, sepertimana kelaziman seorang VIP.  

Ini tidak seharusnya menjadi isu kerana seorang bekas banduan seperti Anwar Ibrahim juga pernah mengakui menerima hadiah jam tangan Omega dari pihak tertentu.  

Desakan PR agar Datin Seri Rosmah mengisytihar harta amatlah melucukan kerana pemimpin PR sendiri enggan mengisytihar harta walaupun diselubungi persoalan dari rakyat tentang dari mana datangnya kereta Ferrari Azmin Ali atau wang untuk Anwar dan keluarga keluar negara beribu-ribu kali setahun?  

Jika setiap perbelanjaan Datin Seri Rosmah dikatakan ditanggung oleh kerajaan atau rakyat maka bagaimana pula dengan perbelanjaan pemimpin PR tersebut?  Apakah mereka selama ini bermewah atas wang kerajaan atau rakyat Selangor?  Atau wang Soros?  atau wang Yahudi?  

Tidak seperti perbelanjaan rasmi Datin Seri Rosmah yang terikat kepada peraturan dan kelulusan kabinet,  perbelanjaan pemimpin PR tidak terikat kepada apa-apa peraturan atau kelulusan.   Oleh itu, adalah mustahil bagi Datin Seri Rosmah untuk ‘mencekau’ wang kerajaan atau wang rakyat untuk perbelanjaan peribadi, tetapi sebaliknya pemimpin PR tidak mustahil berbuat demikian.   

Malah, PR juga tidak pernah menyembunyikannya dan langsung tidak merasa bersalah menggunakan wang rakyat Selangor untuk membayar kos guaman pemimpin mereka yang bersifat peribadi.  Untuk ini, kita tidak pasti apa yang tertulis di dalam laporan audit kerajaan Selangor bagi kos guaman peribadi tersebut, tetapi yang pastinya ia telah diumumkan sendiri oleh Menteri Besar.  

Dengan itu, tidak usahlah PR terus cuba memburuk-burukkan Datin Seri Rosmah dengan cuba menyamakan beliau dengan Imelda Marcos atau mana-mana isteri Ketua Negara yang boros.  Sesungguhnya, BN mengurustadbir kewangan negara dengan professional dan tiada sesiapa dari mana-mana pemimpin kerajaan termasuk Perdana Menteri dan isteri yang boleh menggunapakai wang negara sesuka hati.  

BN tidak pernah mengurustadbir negara cara PR iaitu mencampuradukkan peribadi, politik dan kerajaan negeri.  Buktinya, ekonomi negara berada dalam keadaan kukuh dan berkembang dengan selesa.  Tidak mungkin rekod ekonomi negara ini begitu baik jika benar kewangan negara tidak diurus dengan baik.  

Justeru, strategi memburukkan Datin Seri Rosmah sebagai boros dan menghabiskan wang rakyat adalah strategi bodoh.  Strategi ini hanya menyerlahkan betapa BN telah berkhidmat dengan cemerlang sehinggakan PR ketandusan isu untuk menyerang dan terpaksa merekacipta isu yang tidak signifikan bagi menghadapi pilihanraya.

BABI GORENG JUADAH ISTIMEWA DI OLD TOWN WHITE COFFE

Parah!! Semalam baru keluarkan semula cerita kaki katak yang dijumpai dalam mee seorang pelanggan di Old Town White Coffee. Malam tadi dapat email pulak dari seorang saksi iaitu bekas pekerja coffee house tersebut yang menceritakan perkara lebih dahsyat dari kaki katak.

Disampaikan kepada email JawaBernam tentang kisah meloyakan tekak yang mana beliau terlihat sendiri tauke coffee house itu memanaskan bekalan yang dibawanya dari rumah di dapur premis tersebut. Apa bekal yang dibawa dari rumah? Kalau dah Cina makanan apa lagi yang menjadi favourite..BABI GORENG!!

*kembang tekak sekejap*

Gila punya Old Town White Coffee ni. Lepas kantoi kaki katak kat dalam pinggan mee, tauke pulak panaskan lauk special dalam kuali yang sama. Mampos!!

Untuk pengetahuan memang pekerja Old Town White Coffee semua nampak muslimah, bertudung litup bagai tapi mereka hanya ditugaskan di hadapan sebagai pelayan, atau cashier manakala di bahagian dapur pula ditugaskan pekerja yang non-muslim selalunya dari Nepal atau Bangla untuk memasak. WTF!!

Geli la siot nak cerita lagi. Sebab daging babi itu dimasak sekali dalam kuali yang sama untuk pelanggan lain makan. Haram jadah punya kedai. 


@NIKABDULAZIZ TAHU SIAPA YANG CAKAP PAS KAKI MAKI??

Siapa yang memberi nama baru PAS iaitu 
'Parti Al Maki Wal Hamun' dahulu?? 

Masihkah anda ingat siapa yang begitu lantang mengherdik PAS??

Kini dimanakah manusia durjana ini? 
Masih bersama UMNO lagi kah atau bersama PAS??

SUDAH LUDAH JILAT BALIK!!

BAJET 2013 PAKATAN TIDAK MEYAKINKAN - PROF UKM


Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat lepas lebih meyakinkan berbanding belanjawan yang dikemukakan Pakatan Rakyat, kata seorang profesor ekonomi hari ini.
   
Profesor Datuk Dr Noor Azlan Ghazali dari Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, belanjawan pakatan pembangkang yang hanya memberi fokus kepada aspek "memberi, memberi, memberi" tidak mempunyai kerangka yang jelas berbanding Bajet 2013 kerajaan.
   
"Apabila pakar ekonomi mempersoalkan belanjawan pembangkang secara terperinci, mereka gagal memberikan jawapan yang meyakinkan dan jelas, dari aspek ekonomi.
   
" Sebaliknya, pembangkang akan mendakwa pakar ekonomi bertanyakan soalan yang berbaur politik," katanya pada sesi perbincangan "Belanjawan 2013 dan Transformasi Ekonomi Negara" pada Wacana Majlis Profesor Negara (MPN) Pasca Belanjawan 2013: Mentransformasi Negara anjuran MPN di sini, hari ini.
   
Noor Azlan berkata demikian ketika diminta membuat perbandingan di antara Belanjawan 2013 dan belanjawan pakatan pembangkang oleh salah seorang peserta perbincangan itu.

Beliau yang merupakan salah seorang anggota panel perbincangan itu berkata, pelbagai pemberian yang dijanjikan oleh parti pembangkang dalam belanjawan itu dilihat hanya bertujuan memancing undi.
   
Noor Azlan berkata, Bajet 2013 yang dibentangkan pada Jumaat lepas adalah begitu menyeluruh dan mengandungi pelan dan strategi yang jelas terutama dalam membantu semua golongan masyarakat dan pelbagai sektor.
   
Beliau juga turut mempersoal hasrat pakatan pembangkang untuk menurunkan harga kenderaan kerana ini akan hanya menambahkan bilangan kenderaan di jalan raya dan sekali gus menambah kesesakan.
   
"Lebih baik tingkatkan sistem pengangkutan daripada mengurangkan harga kenderaan. Nanti lebih banyak kenderaan daripada jalan raya," jelasnya.   
   
Noor Azlan berkata, ini dapat dilihat di negara-negara maju di mana rakyatnya tidak perlu memiliki kenderaan kerana sistem pengangkutan negara berkenaan begitu efisien.
   
Beliau berkata, adalah lebih baik Malaysia mencontohi sistem pengangkutan awam negara maju daripada menurunkan harga kenderaan.
   
Sementara itu, Pengerusi Pusat Kajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran Universiti Kebangsaan Malaysia Profesor Madya Dr Fuad Mohd Jali berkata,  Bajet 2013 menunjukkan komitmen Perdana Menteri untuk merealisasikan aspirasi negara seperti yang dijanjikannya sebelum ini.
   
Bajet 2013 membantu memberikan golongan tua dan muda di negara ini menikmati hidup yang lebih sejahtera, katanya.
   
Ia juga mampu memberi kesan positif terhadap pandangan rakyat kepada kerajaan, katanya dalam perbincangan kedua bertajuk "Mentransformasikan Sosio Politik Negara".
   
"Malah sebelum Bajet 2013 dibentangkan, transformasi yang dilakukan kerajaan melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA) sudah menunjukkan hasil positif," katanya.  - Bernama

Monday, October 1, 2012

PELAJAR BRAZIL LELONG DARA UNTUK KERJA KEBAJIKAN


Pelajar Brazil Lelong Dara Untuk Kerja Kebajikan | FLORIANOPOLIS, Brazil – Catarina Migliorini, seorang pelajar wanita bekerjasama dengan seorang pembikin filem dari Australia untuk melelong daranya kepada pembida tertinggi dalam usaha untuk mengumpulkan dana bagi tujuan kebajikan, lapor akhbar online, Huffington Post.

Sehingga kini, Migliorini, 20, menerima bidaan tertinggi berjumlah AS$160,000 (RM498,000).

Dia berhasrat menyalurkan wang lelongan itu kepada sebuah pertubuhan bukan kerajaan untuk membina beberapa buah rumah moden di negeri kelahirannya, Santa Catarina.

Catarina Migliorini menolak dakwaan dirinya sebagai pelacur berkata, dia percaya pada cinta tetapi menganggap lelongan tersebut sebagai peluang untuk melakukan perubahan positif kepada masyarakat.

Bagaimanapun, tindakan pelajar jurusan pendidikan jasmani itu mengundang kontroversi kerana setiap langkahnya akan diekori seorang kru filem Australia.

Kru itu merakamkan kehidupan Migliorini untuk sebuah dokumentari yang berjudul, Virgins Wanted.
“Saya menganggap melelong dara sebagai satu perniagaan. Saya berpeluang untuk melancong, menjadi sebahagian daripada filem selain mendapat bonus.Jika anda melakukannya cuma sekali, anda bukannya seorang pelacur,” kata Migliorini.
Migliorini menandatangani kontrak untuk projek tersebut dua tahun lalu apabila dia melihat iklan syarikat produksi Thomas Williams yang mencari seorang wanita dara untuk menghasilkan dokumentari tersebut.

Pengarah dokumentari itu, Justin Sisely akan merakamkan emosi Migliorini sebelum dan selepas dia melakukan hubungan kelamin buat kali pertama.

Pelajar Brazil itu bakal menerima wang tunai sebanyak AS$20,000 (RM61,130) dan 90 peratus daripada harga lelongan tertinggi yang akan berakhir pada 15 Oktober ini.

Pemenang lelongan tersebut akan menjalani ujian perubatan bagi memastikan dia bebas daripada sebarang penyakit kelamin sebelum dibenarkan meniduri Migliorini.

Mereka bakal melakukan hubungan itu menggunakan kondom di dalam sebuah pesawat yang terbang antara Australia dan Amerika Syarikat bagi mengelak didakwa menerusi undang-undang pelacuran.

Sumber: forblogger

KARPAL SINGH TIDUR KETIKA PEMBENTANGAN BAJET PAKATAN!!

Mungkin sudah bosan mendengar pembentangan bajet yang disampaikan oleh Ketua Pembangang, Anwar Juburi, Karpal Singh sempat merehatkan matanya dan tidak memberi fokus kepada bajet pakatan.

Gula-gula pilihanraya. Itulah jolokan yang sewajarnya diberikan kepada bajet pakatan pagi tadi di Parlimen. Tidak pernah dalam sejarah negara di dunia ini yang mana pembangang membentangkan bajet mereka sendiri seperti negara ini telah mereka perintah.

Tidak hairan bagi JB kalau Karpal tidur dan tidak mendengar bajet tersebut kerana bajet yang dikatakan Anwar adalah dari idea si OKU ini bersama sebilangan pemimpin DAP yang mendapat nasihat dari wakil Singapura.

Anwar hanyalah sebagai boneka dihadapan rakyat Malaysia dan tidak punya kuasa untuk membuat keputusan. Tak percaya? Tanya Karpal Singh...

PANAS!! RAFIZI DIPECAT DARI PETRONAS SEBAB RASUAH??

Berita panas yang baru JB tau rupanya Rafizi ni berhenti kerja dari Petronas bukan sebab dia nak berhenti tapi sebab diberhentikan kerana didapati membuat tuntutan palsu...

Kata orang UMNO/BN rasuah ye Rafizi Lembu?? Kau tu dari sebelum masuk politik dah main duit.. Apa kes??

Cerita lanjut di SINI.

KAKI KATAK DALAM MEE DI OLD TOWN WHITE COFFEE!!

Masih teringat lagi cerita Old Town White Coffee di saman kerana pelanggan terjumpa kaki katak yang telah dipotong didalam pinggan mee yang dipesannya. Kes itu pernah mendapat liputan meluas dahulu sehingga pengacara tv 999, Mazidul Akmal Sidek mendedahkan dalam blog beliau.

Itu baru kaki katak yang dijumpai belum lagi dengar dari mulut bekas pekerja premis coffee house ini. Diberitakan yang memasak makanan di Old Town White Coffee bukanlah beragama Islam dan kebersihan juga meragukan.

Pernah katanya beliau melihat warga asing ini yang bertugas sebagai tukang masak menggunakan kuali yang sama untuk memasak makan kegemaran mereka iaitu 'fried pork' atau lebih sopan dipanggil BABI GORENG!

Rasa loya tekak bila mendengar cerita yang disampaikan sebab pernah juga rasa makan kat sana, not bad. Tapi itulah, yang ada sijil halal hanyalah pada kopinya sahaja bukan pada makanan yang lain. Maka tidak hairanlah jika tukang masak tidak diberitahu apa yang sepatutnya menjadi larangan jika bekerja sebagai tukang masak di Malaysia.

Kembang tekak sekejap.

Mual pun ada sebab benda kita dah rasa dulu baru tau. Kalau dari dulu tau memang sumpah tak akan singgah malah jeling pun tak sebab totally tak halal walau white coffee dia sedap berkrim.

Berhati-hatilah sebelum memilih kedai makan. Kaji dan selidik dulu siapa empunya restoran dan siapa tukang masaknya. Beringat sebelum kena.

ANWAR ABAIKAN PETANI DAN NELAYAN DALAM BAJET NYA??


Rata-rata kedengaran rakyat mengucapkan syukur atas pembentangan Bajet oleh Dato’ Seri Najib yang menyeluruh, padat dan tepat. Nampaknya, tiada yang terpinggir dari mendapat perhatian kerajaan iaitu dari golongan miskin dan sederhana serta merangkumi semua golongan seperti pelajar, pekerja, petani sehinggalah OKU, menunjukkan yang ianya dirancang dengan penuh prihatin lagi terperinci.
Seperti yang kita sedia maklum, masyarakat luar bandar dan golongan miskin bandar adalah golongan yang paling ‘tercabar’ untuk bersaing dalam pembangunan yang begitu yang pesat dan ekonomi yang tidak menentu. Dengan itu, seperti kelaziman, kerajaan tidak pernah melupakan golongan ini dalam pembentangan Bajet tahunan. Rumah-rumah kos rendah dan berbagai program bantuan dan peningkatan pendapatan telah disusun khas untuk golongan ini bagi memastikan kesejahteraan mereka dalam jangka masa panjang.

Namun, hakikat hari ini ialah golongan berpendapatan sederhana iaitu dalam lingkungan RM3,000 – RM5,000 di bandar juga tidak terkecuali dari tekanan hebat peningkatan kos sara hidup. Golongan ini diwakili oleh mereka-mereka yang telah berkeluarga di mana pemilikan hartanah dan pendidikan anak-anak merupakan keutamaan.

Secara dasarnya, sebuah keluarga di bandar memerlukan sekurang-kurangnya dua buah kenderaan untuk memastikan segala-galanya ‘berfungsi’ dengan baik. Maka, kos bagi dua buah kenderaan dan sebuah rumah selalunya sudah menjangkau separuh dari pendapatan bulanan mereka. Itu belum lagi dikira kos pembantu rumah atau pengasuh, tadika, bas sekolah, kelas agama, tuisyen, keperluan harian serta kecemasan. Selain itu, kos sampingan yang perlu ditanggung mereka secara harian semata-mata untuk bekerja, seperti minyak, tol serta parkir yang tinggi di bandaraya Kuala Lumpur amatlah membebankan.

Dengan pendapatan sebegini, adalah sukar bagi sesebuah keluarga berpendapatan sederhana untuk membuat simpanan atau pelaburan untuk masa depan. Oleh itu, ramai yang memilih untuk berniaga sambilan bagi memastikan ekonomi rumahtangga mereka lebih ‘selesa’.

Akibatnya, masa berkualiti keluarga ini amat terhad, di mana masa ibu bapa banyak dihabiskan dalam kesesakan lalu-lintas, bekerja sambilan atau keletihan lalu menyebabkan anak-anak terabai sehingga menyumbang kepada masalah yang lain pula di dalam masyarakat, seterusnya, negara.

Alhamdulillah, nampaknya kerajaan cukup maklum dan sedar akan masalah yang membelenggu golongan ini sebagaimana terbukti dalam Bajet yang dibentangkan semalam. Antaranya, pengumuman mengenai rumah mampu milik sebanyak 123,000 unit di kawasan Sungai Buloh dan Seremban, iaitu kawasan di mana golongan ini tertumpu bagi mengelak kos sara hidup yang tinggi di bandar.

Selain itu, Skim Rumah Pertama yang sebelum ini dibuka kepada mereka yang berpendapatan bawah RM3,000 kini ditingkatkan kepada RM5,000 dengan gabungan pendapatan isi rumah di bawah RM10,000 bagi rumah di bawah harga RM400,000 juga pastinya mensasarkan kepada golongan ini.

Tidak cukup dengan itu, pengurangan cukai pendapatan sebanyak 1% bagi pendapatan RM2,500 – RM50,000 juga dilihat mampu mengurangkan beban golongan berpendapatan sederhana ini.

Perlu diingatkan bahawa golongan berpendapatan sederhana bukan sahaja melibatkan pekerja kerajaan atau kakitangan awam, tetapi juga pekerja-pekerja swasta. Seperti yang kita maklum, pekerja swasta tentunya tidak berpeluang menikmati kemudahan pinjaman perumahan sepertimana kakitangan kerajaan.

Tidak dapat dinafikan bahawa walaupun Bajet yang dibentangkan kerajaan adalah menyeluruh iaitu melibatkan golongan petani, pelajar, kakitangan kerajaan, polis, perubatan, tentera sehinggalah kepada peniaga dan korporat, tetapi ramai yang terlepas pandang akan golongan pekerja swasta. Oleh itu, pekerja swasta telah biasa merasa terpinggir dalam pengumuman Bajet oleh kerajaan.

Namun, dengan skim atau program perumahan yang dibentangkan dalam Bajet semalam, pekerja swasta kini boleh sama-sama tersenyum dan berterima kasih kepada kerajaan kerana turut berpeluang menikmatinya.

Justeru, tidak salah jika dikatakan bahawa Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri adalah bajet yang terbaik, tepat dan lengkap. Pembangkang boleh menuduhnya sebagai Bajet Pilihanraya atau apa saja, tetapi apakah salahnya Bajet Pilihanraya sekiranya ia berasaskan kemampuan sebenar setelah diambilkira maklumat kewangan yang tepat?

Bukannya seperti Bajet Alternatif yang disediakan dengan menggunakan imaginasi semata-mata di mana hasilnya ialah bajet khayalan yang tidak masuk akal dan mampu mengbankrapkan negara.

Jadi, bukankah seratus kali lebih baik bagi rakyat untuk memilih kerajaan yang membentangkan Bajet Pilihanraya daripada memilih pembangkang yang berkhayal sambil mencanangkan Bajet Imaginasi?

BAJET PAKATAN DIGUBAL OLEH PENASIHAT EKONOMI SINGAPURA!!


WANITA INI DIBERI GAJI 18K BERJAYA MEMPERBODOH ANWAR

Sesiapa yang melihat penyediaan bajet PR kali ini pasti dapat merasakan perbezaan yang ketara. Nampak kali ini, Anwar hendak menekankan agenda meruntuh, demonization beberapa agensi kerajaan yang dibina oleh kerajaan. 

Meruntuh sahaja? Apa sebenarnya yang Anwar inginkan? Apa program baru yang Anwar nak tawarkan.

Rupa-rupanya, ada budak baru yang membuat kerja bajet PR tahun ini. Rafizi dan Tony Pua pun tidak memberikan input yang diharapkan. 

Katanya, orang baru yang lebih menarik perhatian Anwar mempunyai pemikiran yang sangat lateral dan mempunyai idea yang sangat baru.

Tricia Yeoh
Tricia Yeoh – adalah permata baru dalam PKR. Sekarang ini menjadi Research Officer TS Khalid Ibrahim (18k sebulan); Tricia sudah mula digunakan Anwar di peringkat yang lebih tinggi, Level nasional. 

Tricia ini memang mempunyai minda ‘samarata’ – egalitarian. Semua mesti sama rata. Tak boleh ada perkauman dan sebagainya.

Pemikiran seperti Tricia Yeoh ini memang kena dengan fahaman politik Anwar sekarang. Gung-ho liberalism. Liberalkan semua perkara.

Anwar sendiri sudah memaklumkan kepada TS Khalid, bahawa Tricia perlu berada di dalam Parlimen untuk PRU yang akan datang ini. Salah satu kawasan Parlimen – urban seat di Selangor akan menjadi milik Tricia Yeoh. Anwar mahu budak muda ini diberikan peluang yang lebih luas.

Tapi Anwar tidak tahu satu perkara, dalam pada Anwar percaya dengan kebijaksanaan Tricia – satu bab daripada bajet (mengenai perumahan); sebenarnya disediakan oleh orang lain. 

Tricia yang tidak faham sangat mengenai property – telah sub-con penyediaan bajet ini kepada seorang lower rank legal officer HDB Singapura. Sebab itu, Anwar tidak ada modal lain, kecuali menggunakan model HDB Singapura. - sumber