Konco-konco ku

Thursday, September 18, 2014

JIJAH KECEWA!! IDRIS IJOK BAKAL MB SELANGOR!!

ANGIN kembali bertiup kencang sekali lagi apabila pada hari Selasa hadapan jam 10 pagi di Istana Alam Shah, Klang. Siapa yang bakal menjadi Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Khalid Ibrahim masih lagi bermain-main di dalam fikiran rakyat Selangor.

Adakah Jijah? Adakah Azmin? Adakah Iskandar?

Atau..... Adakah Dr. Idris, Adun Ijok???

Walaubagaimanapun, pihak Istana Sultan Selangor sudah mempunyai calon yang dirasakan layak bagi menggantikan calon Wan Azizah sebagai MB Selangor.

Desas-desus mengatakan Dr. Idris bakal diangkat menjadi MB Selangor yang baru memandangkan beliau adalah anak jati Selangor dan punyai personaliti sebagai ketua negeri.

Mungkin penyokong-penyokong PKR boleh duduk diam setakat ini memikirkan strategi bagi terus mengangkat Presiden PKR sebagai MB.

Nampaknya kecewa lagi Anwar apabila hasratnya nak letakkan bini nya sebagai MB bakal terkubur buat selama-lamanya.

Nama Dr. Idris dicadangkan oleh kepimpinan PAS Pusat bersama dua lagi calon lain.

Mungkin melihat pada majoriti sokongan yang menyokong PKR di Selangor oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor, maka tidak salah kiranya calon dari PKR juga diangkat menjadi MB.

Yang penting bukan Wan Azizah yang tidak layak menjadi ketua negeri.

Apa-apa pun sama-sama lah kita nantikan berita panas ini.....

Wednesday, September 17, 2014

APABILA RAKYAT SENDIRI TIDAK HORMAT NEGARAKU, APATAH LAGI PEMIMPIN!! #S14

SEBENARNYA sedikit pun aku tak terkejut dengan perangai sesetengah orang yang konon mengaku rakyat Malaysia dan tuntut macam-macam apa yang orang lain dapat tapi semangat kecintaan terhadap negara tak ada langsung.

Mungkin segelintir yang berperangai macam ni...

Aku juga percaya, bukan semua kaum Cina macam ni... Sebab aku pun ada pergi panggung wayang baru-baru ni dan ada juga orang Cina yang hormat dengan lagu Negaraku...

Ini semua terletak pada diri sendiri...

Yang buat aku tak boleh terima apabila seorang pemimpin iaitu Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen yang mengeluarkan kenyataan terbuka mengutuk inisiatif kerajaan persekutuan memainkan lagu Negaraku di dalam panggung wayang.

What the hell is going on??

Bangsat sangat ke perangai tu sampai lagu kebangsaan pun tak boleh nak hormat..

Bukan setiap hari pun ko nak nyanyi lagu Negaraku...

Kalau tak nak nyanyi, jangan pergi panggung wayang masa tempoh nyanyian Negaraku di panggung wayang 28 Ogos hingga 16 September ni...

Bangang sangat ke?

Aku tak nak menyentuh kaum sebab aku dah jumpa kaum Cina yang betul-betul respect each others..

Tak salah saling hormat menghormati...

Tapi mungkin betul jugaklah orang tua-tua pesan kat aku ni... DAP sejak dari dulu sampai sekarang tak pernah anggap Malaysia ini negara dia sehingga DAP sendiri memerintah negara...

Fikirkanlah.

Wednesday, September 10, 2014

PRK PENGKALAN KUBOR: USTAZ HAJI MAT RAZI MAT AIL CALON BARISAN NASIONAL

TEKA-teki siapa kah bakal calon BN bagi kerusi Dun Pengkalan Kubor akhirnya sudah terungkai. Di sini aku letak kan sedikit biodata calon bagi meneruskan kesinambungan perjuangan arwah Datuk Noor Zahidi.

Ustaz Hj. Mat Razi adalah pengasas Pondok Simpangan, Tumpat, Kelantan. Beliau juga merupakan Pengerusi Madrasah Nurul Ehsan Kg. Telaga Bata, Tumpat, Setiausaha Masjid Kampong Simpangan, Tumpat dan juga Guru Al-Quran Kampong Simpangan, Tumpat, Kelantan.

Berkelulusan BA(Hons) Sejarah dan Persuratan Melayu, UKM (1999) dan Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim, Kedah (1988).

Kini, bertugas sebagai Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Tumpat (Pengurusan Sekolah).

Amat dikenali dan disenangi oleh penduduk setempat kerana peribadinya yang rendah diri dan senang didekati oleh penduduk setempat khususnya penduduk Pengkalan Kubor yang merupakan anak jati kawasan tersebut.

Ustaz Hj. Mat Razi memang anak jati Pengkalan Kubor dengan tempat lahir beliau adalah di Kampong Ketil, Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan.

Masih muda, baru berusia 49 tahun dan tidak uzur malah juga aktif dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan sekitar tumpat.

PENGKALAN KUBOR: PKR KELANTAN KECEWA DENGAN WAN AZIZAH

PKR Kelantan menerusi Pengerusinya, Wan Suhaimi Wan Daud dikatakan kecewa dengan keputusan Presiden PKR, Wan Azizah yang memberikan kerusi DUN Pengkalan Kubor kepada calon PAS.

Dalam satu kenyataannya berkata, hanya kerana hendak menyelamatkan kedudukannya sebagai Presiden dan sebagai bakal Menteri Besar Selangor, Wan Azizah sanggup mengecewakan ahli PKR di Kelantan dengan tunduk dan memberikan kerusi yang sebelum ini memang milik PKR kepada PAS sebagai galang ganti sokongannya di Selangor.

Kerusi DUN Pengkalan Kubor sebelum ini memang kerusi PKR pada PRU13 namun kalah kepada calon dari BN dengan majoriti hanya seribu lebih sahaja. Namun katanya tidak sepatutnya Wan Azizah mencampuri urusan politik di Kelantan.

PKR Kelantan sudah masak benar dengan perangai PAS Kelantan yang gila kuasa dan mensabotaj semua calon-calon PKR yang bertanding sebelum ini semasa PRU13. PAS Kelantan juga ujarnya lagi tidak turun membantu calon-calon dari PKR kerana sifat ego dan sombong walaupun pimpinan atasan sudah mempersetujui kerjasama antara parti dalam Pakatan Pembangkang.

Kekecewaan ini dizahirkan dengan berkata, ahli-ahli PKR Kelantan tidak akan turun membantu dalam PRK Pengkalan Kubor kali ini kerana kerusi tersebut bukan lagi milik mereka, jadi terserahlah kepada PAS untuk merangka strategi bagi memenangi kerusi tersebut tanpa bantuan daripada PKR Kelantan.

Tuesday, September 9, 2014

RAJA ADIL RAJA DISEMBAH, RAJA ZALIM RAJA DISANGGAH

PERUMPAMAAN yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. 'Raja adil Raja disembah, Raja zalim Raja disanggah'. 

Jika mengikut situasi semasa ternyata Sultan Selangor adalah Raja yang adil apabila menggunakan kebijaksanaan baginda bagi menyelesaikan kemelut yang sedang melanda negeri Selangor.

Layakkah rakyat yang bernaung dibawah kuasa baginda terus bermastautin di negeri berdaulat ini?

Sejak kebelakangan ini memang ramai para pemimpin terutama pemimpin pakatan pembangkang yang semakin kurang ajar dan biadap dengan institusi Sultan.

Adakah mereka fikir mereka sudah punyai kuasa mutlak terhadap negeri? 

Adakah mereka fikir mereka penakluk negeri Selangor Darul Ehsan?

Bertepatan dengan EHSAN yang ada pada nama negeri Selangor. Sultan Selangor begitu bermurah hati dan baik terhadap rakyat negeri lain yang mencari rezeki di Selangor. Mujur tidak dihalaunya rakyat penumpang ini.

Mahu apakah lagi?

Tidak perlu mengheret Sultan dalam kancah politik kotor puak penderhaka. Tidak perlu berkata sombong konon rakyat memilih jadi hak untuk diangkat sebagai Menteri Besar berada dalam tangannya.

Sedarlah. Walau negeri Selangor ini ditadbir oleh sesiapa pun, waima dari parti mana pun. Ingatlah Sultan Selangor masih punya budi bicara dalam melantik pembesar negeri baginda. Sultan Selangor masih ada kuasa mutlak dalam memilih siapakah yang benar-benar layak mengetuai pentadbiran negeri maju ini.

Kami rakyat negeri Selangor masih berpegang teguh kepada Sultan.

Kami rakyat negeri Selangor tidak akan menjadi penderhaka kepada Sultan.

Kami rakyat negeri Selangor akan terus berdiri dan mempertahankan institusi beraja dan Sultan Selangor kerana kami sedar tanpa Sultan sebagai Ketua Negeri Selangor, maka punahlah segalanya.

Kepada PENDERHAKA dan golongan BIADAP!

Bertaubatlah! Insaflah! Sedarlah!

Tanpa kalian sebagai pentadbir walau mendapat mandat rakyat. Kalian bukan sesiapa!

Jangan cuba mencurah minyak ke dalam api yang sedang marak!

Kami rakyat Selangor berpegang teguh kepada kedaulatan Sultan Melayu.

DAULAT TUANKU!!

DAULAT TUANKU!!

DAULAT TUANKU!!

Monday, September 8, 2014

ANAK JATI SELANGOR MENJUNJUNG TITAH SULTAN SELANGOR!!!

Seramai 500 orang anak jati Selangor berkumpul di Dataran Tonggak 10, Sungai Besar bagi menunjukkan sokongan mereka kepada D.Y.M.M Sultan Selangor dengan titah baginda berikutan kemelut perebutan kerusi Menteri Besar Selangor antara parti dalam Pakatan Rakyat.

Himpunan yang dianjurkan oleh Kelab Komuniti, Sukan dan Rekreasi Parlimen Sungai Besar (SRCC) ini mendapat sambutan yang menggalakkan terutama dengan kehadiran ahli PAS dan PKR Sungai Besar serta Sabak Bernam yang senada tidak bersetuju dengan pemilihan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah sebagai Menteri Besar.

Program hanya mengambil masa selama 1 jam sebelum beredar dengan pengisian ceramah disampaikan oleh Ustaz Norman Toha, bekas Setiausaha Pemuda PAS Selangor.

Turut hadir lapan buah kereta yang tertulis dengan kata-kata menolak Wan Azizah sebagai Menteri Besar.

Baru-baru ini, Pejabat Sultan Selangor telah memberikan tempoh masa tambahan selama 48 jam kepada PKR dan DAP untuk menghantar dua lagi nama calon Menteri Besar namun tiada apa-apa tindakan daripada pihak parti.

Hanya PAS sahaja yang patuh dengan arahan Istana Sultan Selangor untuk menghantar tiga nama calon yang terdiri daripada Exco PAS Selangor. - SelangorPress.com

SULTAN SELANGOR MURKA!! KERUSI MB BUKAN MILIK PKR & DAP!!


KENYATAAN media yang dikeluarkan oleh Pejabat Istana Selangor menunjukkan yang Sultan Selangor benar-benar dukacita dengan tindakan PKR & DAP yang hanya menghantar nama Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar.

Walaupun telah memberi tempoh tambahan 48jam untuk menghantar nama lain sebagai calon MB yang sesuai, namun mereka masih lagi ingkar dengan arahan Sultan.

Namun tidak bagi PAS yang telah menghantar nama calon dari barisan Exco PAS sendiri yang terdiri daripada Iskandar Samad, Yunus Hairi, dan Sallehen Mukhyi.

Dalam kenyataan media Sultan juga ada menyebut yang baginda boleh juga melantik MB daripada bukan parti pakatan pembangkang. 

JENG...JENG...JENG...

Nampaknya pakatan memang betul-betul dah tak berpakat.

Apa yang aku nampak sekarang, untuk menjadi MB perlu mendapat sokongan majoriti dewan. PAS menghantar 3 nama calon yang memenuhi syarat untuk menjadi MB.

Aku juga percaya, yang Sultan pasti akan memilih calon daripada PAS sebagai pengganti Khalid Gagap.

Sayonara Wan Azizah!

Friday, September 5, 2014

BELIA DISEKAT DARI BERAKTIVITI OLEH KERAJAAN ZALIM SELANGOR!!

PUNYALAH anti puak negeri Selangor dengan belia kat Selangor ni sampaikan nak buat event car boot sale pun tak diluluskannya. Apa teruk sangatlah!

Kalau ada conflict sekalipun dengan korang punya MB pergi mamposlah. Ini orang nak buat program untuk belia Selangor kenapa perlu nak disekat? Rasa tergugat ke?

Hairan punya kerajaan negeri. 

Sepatutnya bila ada anak-anak Muda yg menjalankan aktiviti sihat seperti berniaga... Kerajaan Negeri bagi lah sokongan! Ini aktiviti PEMBANGUNAN Ekonomi Belia.. Kenapa nak campur aduk dengan masalah politik?? 

Anak-anak MUDA ini bukannya tak buat permohonan lesen! Sudah lah masalah sosial kerajaan NEGERI tak ambil peduli bila Ada NGO membantu sepatutnya beri lah galakkan! 

Bukannya mintak duit kerajaan NEGERI pun...!

Thursday, September 4, 2014

PANAS!! PENDEDAHAN SKANDAL PETRONAS RAFIZI RAMLI!!

KEHADAPAN YB RAFIZI RAMLI,

Buatmu YB Rafizi yg dipuja oleh penyokong Pakatan Rakyat sebagai Pakar Strategik & Pakar Ekonomi.YB ni sebenarnya Pakar Ekonomi atau Pakar Dedah?YB kenapa suka sangat dedah sana sini ye?kalu ada mana2 pemimpin yg ada salah laku kenapa x report SPRM je,knapa perlu dedah?YB nak kerja dgn SPRM ke?YB,semenjak Dec 2013 YB dedah hal pemimpin Negeri Terengganu,sejak tulah sy research camne plak nak persoalkan YB ni.Sebabnya pemimpin umno Terengganu pemimpin sy YB.Mari datang marah la sy YB.So,alhamdulillah jumpa jugak apa yang bleh sy persoalkan YB..Soalan nye simple je YB.Begini soalannya,

a) YB letak jawatan di Petronas April 2009 dan YB nyatakan tak berniat pun nak sertai politik selepas letak jawatan di Petronas ( rujuk kepada kenyataan YB yang dilampirkan dibawah) tetapi kenapa YB sertai jugak PKR dan masuk sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor?

b) Seperti difahamkan YB pernah join PKR pada tahun 1999 namun YB keluar pada tahun 2004,Adakah benar YB?Jika benar kenapa 2009 YB join balik PKR?Adakah habuan gaji lebih tinggi ditawarkan oleh pimpinan PKR daripada gaji YB di Petronas dan Pharmaniaga yang YB berkerja selepas resign di Petronas?

c) Seperti apa yang difahamkan,selepas resign daripada Petronas pada April 2009,YB bekerja di Pharmaniaga x sampai 3 bulan dan YB meletak jawatan di Pharmaniaga selepas YB ditawarkan jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Persoalannya,berapakah gaji yang ditawarkan kepada YB sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor? Adakah benar dakwaan yang mengatakan gaji YB sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor sebanyak 30 ribu sebulan?Jika benar mahal pd gaji MB Selangor YB ni...

d) Merujuk kepada kenyataan YB dimana YB telah menjelaskan kesemua byaran tunggakan pinjaman YB dengan Petronas selepas 3 bulan YB letak jawatan di Petronas(rujuk kepada salinan personal cheque YB dibawah). Persoalannya, adakah duit tersebut datangnya daripada habuan YB menerima jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor?Jika nak dikatakan ianya duit simpanan YB,kenapa perlu tunggu selama 3 bulan YB meletak jawatan di Petronas untuk byr semua baki pinjaman YB?kenapa x dibayar pada tarikh YB ketak jawatan atau sebulan selepas YB letak jawatan di Petronas jika ianya duit simpanan YB?

e) Jika YB dibayar gaji sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor sebanyak 30 ribu ataun25 ribu atau berbelas ribu,adakah ianya tidak dikira sebagai pembaziran wang rakyat?Ini kerana,apa yang YB nasihat MB Selangor untuk pembangunan ekonomi?Kenapa YB x nasihat MB Selangor untuk menyelesaikan masalah air Selangor pada thn 2009 itu?Isu air Selangor ni dah lama brlaku YB semenjak BN perintah Selangor lagi.Sebagai Pakar Ekonomi,tak kan YB x tau Air merupakan infrastruktur & kemudahan awam yang utama dimana mengikut istilah ekonomi pembangunan infrastruktur ni dipanggil MARGINAL PRODUCT PRIVATE CAPITAL yang menjadi RODA PENGGERAK PERTUMBUHAN EKONOMI.Kenapa YB x utamakan isu Air terlebih dahulu daripada YB dedahkan salahlaku pemimpin UMNO?

f) Soalan seterusnya,adakah benar dakwaan yang mengatakan sepanjang YB menjadi Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor,setiap cadangan projek daripada mana-mana syarikat mesti disemak oleh YB terlebih dahulu dan salah satu syarat untuk kelulusan cadangan projek,syarikat tersebut mesti memberi 10% kepada PKR sebagai sumbangan sebelum ianya dibawa cadangan tersebut kepada Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor? Benar atau tidak YB?

g) Soalan kedua terakhir,sebagai Ketua Penasihat Pejabat Ekonomi Negeri Selangor,apakah projek yang memberi impak tinggi kepada negeri Selangor yang dicetuskan idea Oleh YB?Adakah projek yang memberi kesan LIMPAHAN EKONOMI dengan Wujudnya INDUSTRI HILIRAN dilaksanakan di Selangor?

h) Soalan terakhir,YB pernah mengejutkan negara dengan cadangan memberikan PENDIDIKAN PERCUMA di Negara jika PR memerintah Malaysia,kenapakah YB x laksanakan di UNISEL (Universiti Selangor) terlebih dahulu dengan menjadikan UNISEL sebagai universiti Pendidikan Percuma Negara?UNISEL kan dibawah bidang Kerajaan Negeri Selangor.Ini sampai rugi UNISEL mujur x bangkrap dapat ke PR....

So,saya harap YB dapat jawab soalan ni.saya bertanya ikut FB ni dgn taggedkan kpd kakitangan YB di Pejabat Parlimen Pandan. Ini sebab soalan saya hantar pd email YB rafizi.ramli@gmail.com YB x jawab.Surat pun 3 kali YB x jawab jugak. Kakitangan YB no hp 019-2625025 daripada Pusat Khidmat Parlimen Pandan hubungi saya memaklumkan YB mohon maaf kerana sedang sibuk..saya faham YB memang sedang sibuk..sedang sibuk mencari info nk dedah apa lagi salahlaku pemimpin umno kan YB.x jumpa salah laku pemimpin umno,YB dedah pemimpin PKR TAN SRI KHALID IBRAHIM plak ye....Terbaek YB punya dedah.YB x cuba nk dedah Anwar Ibrahim ke??mana tau kot2 ada salahlaku juga.

So,harap YB dapat jawab ye....INI BUKAN FITNAH YB,seperti YB KATALAH SETIAP PERSOALAN YANG JADI KEMUSYKILAN RAKYAT PEMIMPIN PERLU JAWAB.YB AHLI PARLIMEN JADINYA YB PUN SALAH SEORANG PEMIMPIN...X SALAH KAN SAYA TANYA....SAYA TANYA SEBAB MUSYKIL LAH YB...KALU TAK MUSYKIL SAYA TAK TANYE LA PULAK YB....HUHUHUHU

ANAK JATI SELANGOR MENOLAK JIJAH KIPAS JADI MB!!

HUJUNG minggu lepas sempat pulang ke kampung halaman di Sabak Bernam. Suasana seperti biasa, walaupun orang KL sibuk sambut Hari Merdeka, kat kampung macam tak ada sambutan pulak. Mungkin dah sambut malam.

Tak kisahlah nak sambut ke tak nak sambut.

Yang aku kisah ada juga orang kampung aku ni yang sambut penolakan Jijah sebagai MB. Ini dah kira bagus dah ni......

Nampaknya anak jati Selangor memang menolak Jijah sebab dia bukan orang Selangor.

Ada asasnya aku nampak kat sini. Dah la tak lahir kat Selangor, tak ada jasa kat rakyat Selangor, entah datang dari ceruk mana tak tahu, tiba-tiba bertanding kat Kajang lepas tu terus nak jadi MB.

GILAAAAA!!!!!

Orang Selangor sendiri pun tak ada nak berebut kerusi MB, ni orang luar pulak yang lebih-lebih.

Yang pelik bila sokongan pulak daripada Adun PR yang memang bukan anak Selangor.

Korang ingat Selangor ni negeri mak bapak korang ke??

BERAMBUS ANWAR DAN AZIZAH DARI SELANGOR!!!

Friday, August 29, 2014

POLIS DI MAHARAJA GUAN ENG: PENANG JADI SINGAPURA II DI MALAYSIA!!!

PERKARA ini memang dah lama bermain sejak DAP menang di Penang 2008. Penang akan dijadikan negara sendiri seperti mana abang besar mereka di Singapura. 

Jadi, tak hairan atau keterlaluan kalau dikatakan Guan Eng bercita-cita nak jadi Presiden Penang pertama selepas negeri itu keluar secara rasmi daripada Malaysia.

Ye laa...nak perintah Malaysia dan menang besar di Malaysia memang tak akan menjadi kenyataan sebab orang Melayu ramai yang sokong BN lagi. Untuk merealisasikan hasrat menjadi pentadbir sebuah negara walaupun kecil, Guan Eng akan berusaha untuk mengeluarakn Penang dari Malaysia.

Itu sebablah ada pasukan polis sendiri. 

Nampak logik dan dapat tertunai hasrat DAP keparat ni. Yang bodoh Anwar jugak sebabkan tamak kuasa sanggup buat apa sahaja asalkan Malaysia jatuh ke tangan dia.

Mula-mula dia serang Selangor dengan lantik bini jadi MB. Lepas ni serang Kelantan pulak lah sebab nak berebut kerusi Pengkalan Kubor. Mungkin nak buat strategi Langkah Kubor pulak kot kat sana.

Wallahualam.....

#AnwarIbrahimHarusBertaubat

Wednesday, August 27, 2014

GEMPAR!! RAKAMAN SULIT PEMIMPIN PAS KELANTAN TERBONGKAR!!

PANAS! PANAS! PANAS!

Pendedahan yang sudah lama kita tak bongkar! 

Ini bukan lagi rahsia apabila ramai juga ahli PAS terutama pemuda yang sudah tidak berapa berkenan dengan pakatan yang tercipta hari ini apabila PAS saban hari dihina oleh PKR.

Kali ini kita dedahkan suara hati akar umbi.

Pendedahan panas oleh Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan sudah pasti sudah ramai ahli dan penyokong PAS buka mata,ini kerana PAS sudah beberapa kali dikhianati oleh PKR terutamanya Anwar Ibrahim.

Dakwa PAS,PKR bukan saja mengkhianati PAS malah PKR dan Anwar turut mengkhianati DAP.
  
Audio rakaman suara Ustaz Azariza Alawi, Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kelantan mengenai konflik dalaman Hj Hadi vs Anwar Ibrahim.

Terima kasih www.pisau.net atas pendedahan ini.


PAS PERTAHAN LETAK CALON LELAKI JADI MENTERI BESAR SELANGOR!!

EPISOD perebutan kerusi Menteri Besar antara PKR, DAP dan PAS telah masuk ke fasa terbaru lepas Khalid mengadap Sultan semalam. Semalam, Sultan menitahkan supaya Khalid meneruskan tugas beliau sebagai MB Selangor sehingga sidang Dun bulan November akan datang jika dewan ada buat usul undi tidak percaya kepada Khalid.

Menarik apabila PKR dan DAP tetap mempertahankan Wan Azizah sebagai Menteri Besar menggantikan Khalid walaupun Sultan tidak memperkenankan cadangan itu. Manakala PAS pula mula buat U-Turn semula apabila mereka akan menamakan calon selain Wan Azizah sebagai MB.

PAS dengar-dengarnya nak letakkan Azmin atau Iskandar Samad sebagai MB. Sebab utama adalah LELAKI.

Tapi sayangnya mungkin hasrat PAS akan berkubur apabila mereka sudah tidak punyai majoriti dalam Dun bila 2 Adun nya rela dipecat dari parti sebab tak ikut arahan pemimipin Pas pusat.

Makin parahlah Selangor. Dengan MB yang tak dapat sokongan majoriti. Dengan Adun PAS yang berpaling tadah. 

Hadi Awang juga katanya sudah mempelawa Azmin untuk menyertai PAS dan turut membawa masuk beberapa lagi Adun PKR yang tidak setuju supaya Azizah menjadi MB dan seterusnya mengangkat Azmin sebagai MB Selangor yang baru dengan gabungan Adun UMNO.

Konflik mungkin juga akan berterusan.

Jangkaan aku, Sultan akan tetap tidak akan setuju Wan Azizah jadi MB Selangor. 

PAS terpaksa ambil alih dengan sokongan dari Adun UMNO.

Tuesday, August 26, 2014

KJ DEDAHKAN PENJAWAT AWAM RAMAI AHLI PARTI PEMBANGKANG??

SEHINGGA ke hari ini tidak ada satu pun kenyataan ataupun pandangan daripada ahli-ahli kabinet terhadap kenyataan Khairy Jamaludin,Menteri Belia Dan Sukan dan juga Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang menegaskan bahawa beliau bersedia untuk menerima sesiapa sahaja termasuk yang menyokong pembangkang untuk berkerja bersama dengan beliau asalkan penyokong pembangkang tersebut tidak membocorkan rahsia kerajaan.

Kenyataan beliau disiarkan secara meluas oleh media massa dan mengundang reaksi yang bukan sedikit daripada penyokong-penyokong kerajaan terutama sekali cybertroopers UMNO yang selama ini berkerja keras mempertahankan kerajaan dan UMNO dari serangan serta kejian dan makian pembangkang.Namun KJ bersikap sebalik itu malah membuka seluas-luasnya peluang,ata beliau,yang menyokong pembangkang tidak boleh dipaksa untuk menyokong kerajaan.Itu hak mereka..!

Sebenarnya apa yang KJ sebut hari ini adalah mengiyakan segala yang pemimpin-pemimpin UMNO termasuklah Perdana Menteri lakukan hari ini dan benarlah apa yang Tun M melenting selama ini malah pendedahan KJ ini sekaligus membuka reban untuk musang berbulu ayam terus membiak di dalam kerajaan,juga secara tidak langsung mendedahkan juga bahawa kerajaan hari ini sememangnya menyusukan kera di hutan.

Kita lihat sahaja perlantikan Ezam Mohd Noor yang dilantik Senator dan kini Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan bertaraf Jusa C, Zaharain,Duta Besar di Indonesia,Zaini Ujang  serta ramai lagi dan lebih parah lagi sekarang ini apabila agensi-agensi penting serta jabatan turut diketuai oleh mereka yang pernah bersama ABIM dan juga Anwar Ibrahim

Malah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,Tan Sri Zabidi merupakan orang kuat ABIM dan pernah berkerja di Yayasan Anda,lubuk yang melahirkan penyokong-penyokong tegar Anwar Ibrahim.Agensi-agensi gerak saraf,perang saraf diketuai oleh kumpulan yang menyokong pembangkang dan tidak hairanlah seperti yang selalu saya sebut,dengan bantuan serta nasihat Shahlan Ismail,Raja Arif,Ketua Pengarah BTN yang juga merupakan penyokong tegar dilantik mengetuai agensi tersebut dan siapa yang boleh menafikan bahawa Sahlan jugalah yang mengarahkan seluruh anggota BTN untuk turun berdemonstrasi sesaat Anwar di tangkap tidak lama dulu.

Jadi kenyataan KJ ini tidaklah mengejutkan sangat kerana bukan hari ini apa yang didedahkan KJ itu berlaku malah semakin berakar umbi dalam kerajaan yang dipimpin oleh PM Najib ini dan inilah antara yang mengundang kemarahan bekas Perdana Menreri Tun M dan penyokong-penyokong kerajaan di luas sana.

Bila Tun M menyerang dalam tulisannya tentang....baca lagi di SINI.

PENSWASTAAN MAS, WAJAR ATAU TIDAK? SAMPAI BILA NAK TOLONG MAS?


Insiden demi insiden yang menimpa MAS pada tahun ini. Tahun yang gelap bagi MAS. Hinggakan ada mulut-mulut yang mencadangkan supaya MAS diswastakan. Wajar atau tak?

Kalau ikutkan, memanglah tak wajar sebab nak bazirkan lagi wang rakyat, dah RM5 billion digunakan untuk ‘ubat’kan MAS tapi masih dalam ICU. Tapi ada wajarnya juga sebab MAS ni kebanggaan negara.. jadi kenalah dipulihkan!!

Tapi semua yang kat dalam MAS tu perlu ingat, tabung Khazanah pun ada hadlah!!! Asyik nak korek tabung selamatkan korang, sampai bila???? Kenalah tolong diri sendiri sebelum orang lain tolong!!

Nak mintak diselamatkan tapi dalaman MAS bercakaran!!

Insiden yang berlaku ke atas MAS seperti kehilangan MH370 dan tragedi MH17 masih lagi berluka. Sekarang ni dalam usaha Khazanah nak keluarkan MAS daripada krisis kewangannya, timbullah pula kesatuan-kesatuan dalam MAS ini dengan pelbagai syarat dan permintaan. Apa sebenarnya yang korang nak? Nak jadi boss???

Jika dahulu kita kerap mendengar MASEU iaitu MAS Employees Union kerap mempersoalkan tentang kerugian yang dialami oleh MAS dan nakkan pihak pengurusan dipecat, kini satu lagi union iaitu Kesatuan Kebangsaan Anak-anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM) nak jadi hero.

Benarlah kata orang, bila nak rosakkan satu-satu organisasi tu biarlah ianya rosak dari dalam.

MASEU yang makin lama makin lantang mengutuk pengurusan MAS akhirnya bersetuju supaya MAS diswastakan. Tapi demand bentangkan kepada mereka pelan pemulihan dan siap letakkan syarat. Apa dah besar sangat ke kesatuan pekerja ni? Korang ni jadi pekerja ke jadi boss?

Pelik. Apa kata MASEU amek tempat Khazanah dan ambilalih MAS terus? Khazanah taklah nak pening kepala cari duit nak selamatkan MAS.

Tambah pening kepala bila NUFAM pula nak ada orang perantaraan untuk bincang dengan pengurusan. NUFAM dulu pulak pernah kata penswastaan bukan langkah terbaik. Habis apa yang terbaik?

Ni memang signal yang dalaman MAS pun tak sehaluan!! Makin parahlah MAS bila dua kesatuan pekerja ni banyak songeh. Yang ini nak, yang itu pulak tak nak.

Sampai bila benda ni nak selesai?

Dalam keadaan MAS yang dilihat semakin nazak, percakaran dalaman berterusan hingga buatkan pengurusan MAS tak dapat nak buat keputusan yang terbaik untuk selamatkan syarikat ini.

Kalau ditengok kepada bantahan dan teori pemulihan yang diketengahkan oleh orang yang ‘berpengalaman dalam penerbangan’ setakat ini, rasanya mesti ada bantahan kepada rancangan pemulihan sebelum ni kan? Dah beberapa pelan di bawah 5 CEO tapi MAS di tahap lama? Takkan semuanya salah pengurusan?

Dari dulu hingga sekarang masih juga masalah yang sama. Tak dapat persetujuan dari kesatuan pekerja. Makin peninglah CEO MAS macam ni. Semua kena ikut cakap pekerja. Rasanya adakah CEO baru nak ‘bunuh diri’ masuk MAS? Dah lah rugi, staf tak sehaluan, mintak itu dan ini, adui…

Beb! Korang tau ke tak benda asas apa dalam MAS yang sebab kan benda ni semua jadi? Bukan nak cakap apa tapi bila pekerja nak berlagak jadi boss ini lah jadinya. Haram jadah!

Dulu MASEU nak mengadap PM konon nak bentangkan pelan pemulihan MAS tapi sampai sekarang tak ada bunyi. Apa yang jadi? Dah jumpa PM ke belum? Pelan pemulihan dah siap ke belum?

Krikk... Krikk... Krikk...

Senyap lagi................... PM tak jemput kot!!

Bila management ajak berbincang pasal Khazanah nak takeover MAS, MASEU boleh cakap tak dapat jemputan!! Biar betul!! Bila MAS nafi, apasal tak jawab balik?

Konon dalam union dia orang kuat sebab ade experience staff yang tahu semua pasal selok belok MAS. Tapi mana pergi suara experience staff tu? Tak kan tak ada idea nak bantu MAS? Tiap masa nak tuding jari salahkan pengurusan MAS tapi solution tak ade. Macam bela tin kosong je.

Union sepatutnya bersatu dan senada dengan pengurusan. Jangan sebabkan bodoh sombong korang buatkan syarikat milik Malaysia ni tanggung rugi.

Kalau percakaran ni tak bernoktah, rasanya tak mustahil Khazanah yang noktahkan talian hayatnya kepada MAS. Masa tu siaplah MAS ditalkinkan.

Amacam? Korang nak tak? Tak dengar lagi ada company ataupun pihak ketiga yang offer nak beli MAS? Siapa yang rugi? Siapa yang akan hilang kerja? Jangan jadi bodoh!

Monday, August 25, 2014

PENDUDUK KAMPUNG SUNGAI KARANG MENGAMUK!!

PAGI tadi jam 9.00 pagi lebih kurang datang segerombolan penguatkuasa daripada Kerajaan Negeri Selangor datang ke kawasan kampung Parit 15 yang mana kes tanah hutan simpan belum selesai lagi untuk merobohkan rumah penduduk kampung.

Lebih kurang 20 buah kereta 4x4 terpaksa memberhentikan niat mereka kerana dihalang oleh penduduk kampung yang telah berkumpul sejak pagi tadi di laluan masuk utama ke kampung tersebut.

Dengan membawa tukul besar dan peralatan meroboh rumah dan struktur di dalam kampung itu, penguatkuasa yang diketuai wakil SUK Selangor dan Jabatan Perhutanan Selangor masuk dengan niat untuk merobohkan rumah.

Keadaan cukup tegang apabila sebahagian penduduk kampung mula bertekak bila wakil kerajaan negeri itu mula meninggikan suara. Hampir pergaduhan tercetus, mujur polis dan rela ada untuk mententeramkan keadaan.

Nasib baik Adun Sungai Panjang, YB Budiman hadir tepat pada masanya. Selesai masalah apabila beliau sendiri mengarahkan rombongan kerajaan negeri ini balik. 

Semakin dahsyat permainan kerajaan negeri ni. Tanah yang sudah diduduki lebih 30 tahun, baru hari ini nak dihalau keluar!

Saturday, August 23, 2014

CALON PKR PENGKALAN KUBOR SALAHKAN PAS PUNCA KALAH PRU-13

BERITA paling tragis hari ini selepas MH17. PKR dan Pas tak selesai lagi bergaduh rupanya. Selepas isu di Selangor yang dilihat pakatan songsang itu umpama retak menanti belah, kini seorang lagi bekas calon PKR yang kalah membuka mulut tentang keburukan Pas di Kelantan.

Saharun Ibrahim, calon Pengkalan Kubor PRU13 yang lepas hari ini membuka pekung Pas Kelantan tentang sebab utama beliau kalah di Pengkalan Kubor. Ini berikutan pemergian Adun Pengkalan Kubor, Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar yang telah meninggal dunia semasa mendapat rawatan di China beberapa hari lepas.

Kata Saharun sebagai wakil PKR Kelantan dalam membahas usul menyokong ucapan Presiden parti pagi tadi turut menyebut punca kekalahan PKR di Pengkalan Kubor kerana sikap Pas yang dikatakan mencuri wang kempen.

Ntah mana yang betul tak tahu lah. Sebab dua-dua parti ni pun bukan betul sangat. Sembang je lebat.

PKR salahkan Pas. Pas salahkan PKR.

Begitulah sampai menjelang PRU akan datang. Tak habis-habis menyalahkan orang lain, diri sendiri silap tak pernah nak tengok.

Sementara Pas Pengkalan Kubor sudah pun menyenaraikan calon dari Pas untuk PRK kali ini. PKR pula pagi tadi menyatakan bahawa PKR harus mempertahankan kerusi Pengkalan Kubor sebagai kerusi parti itu walaupun pernah kalah banyak kali kepada calon BN.

Kuasa punya pasal. Kawan sendiri pun boleh maki.

Friday, August 22, 2014

FORUM SOKONG KHALID MERIAH!!

MANA tak meriahnya kalau forum yang dianjurkan oleh puak PKR yang telah dipecat seperti Khalid dihadiri oleh penyokong UMNO. 

Kah... Kah... Kah...

Mana puak pakatan semua pergi? Nampak sangat yang PKR ni tak ada penyokong... Hanya nak harapkan PAS je yang datang meramaikan program-program macam ni...

Sebab apa aku cakap macam ni? Sebab malam tadi aku pun datang juga...

Dari 70 orang yang hadir forum yang melibatkan YB Budiman, Norman Toha, Presiden PASSMEB dan Presiden GRABS, 90% yang hadir adalah ahli UMNO Bahagian Sungai Besar. 

Lawaklah program korang ni....

Jadi kalau ada yang bertanya soalan maut a.k.a soalan membunuh janganlah disalahkan UMNO yang nak sabotaj. Dah penyokong korang sendiri yang tak datang.

Dengar-dengar roadshow sokong Khalid ni nak diteruskan lagi... 

WAHAI ORANG UMNO! JOM LA KITA TURUN! KESIAN PASSMEB TAKDA AUDIEN......

HAHAHA

Thursday, August 21, 2014

PAS SEDIA JADI MB SELANGOR, JIKA WAN AZIZAH DITOLAK SULTAN

DETIK-detik kehancuran kerajaan campuran Selangor semakin kritikal apabila PAS Selangor sudah membuka mulut bahawa mereka sedia menjadi MB Selangor jika nama Azizah tidak diperkenankan oleh Sultan Selangor.

Setiausaha PAS Selangor kata KALAU Azizah ditolak menjadi MB oleh Sultan, maka mereka dari PAS Selangor rela salah seorang dari Adun PAS Selangor dijadikan Menteri Besar.

Perkara ini juga telah diakui sendiri oleh pemikir-pemikir politik negara. 

PAS adalah calon yang paling sesuai jika tiada calon lain yang akan dicalonkan sebagai MB selain Azizah memandangkan Azmin telah diarahkan untuk tarik diri sejurus selepas pengumuman 2 calon dari PAS.

Makin berbalahlah puak pakatan kat Selangor.

Rupanya PAS pun ada hati nak jadi MB. 

Rakyat nampaknya semakin membuka mata terhadap krisis MB ini. Selepas Khalid dipecat, bertempiklah puak-puak mereka mempertahankan Khalid. Dan ada juga yang terus mengkritik Khalid, kononnya tahaluf siyasi. Phuiiii!

Wednesday, August 20, 2014

AL-FATIHAH. ADUN PENGKALAN KUBOR KEMBALI KE RAHMATULLAH.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor, Datuk Noor Zahidi Omar, meninggal dunia pagi ini kerana kanser.

Allahyarham meninggal dunia jam 5.45 pagi tadi di China ketika mendapatkan rawatan di negara berkenaan.

Allahyarham juga adalah Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan.

Tuesday, August 19, 2014

GEMPAR!! KERANA KRISIS SELANGOR, HADI AWANG & NIK AZIZ LETAK JAWATAN??

Tok Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi meletakan jawatan dan keluar PAS. Mereka kecewa dengan tren terkini ahli PAS yang sudah pandai melanggar pendapat dan arahan Majlis Syura Ulama dan Mursyidul Am PAS.

Kelihatan ramai penyokong PAS membanjiri rumah Tok Guru dan Tuan Guru meminta membatalkan keputusan keluar parti. Namum mereka berkata kepada pengikut dan penyokong PAS,

"Kami tidak mahu menganggong dosa jika kami terus menerajui PAS. Kami tidak mahu terlibat dengan dosa dan akibat daripada keputusan yang dibuat oleh PAS."

Mujur itu semua hanyalah MIMPI seorang sahabat aku yang merupakan ahli PAS seumur hidup namun tidak lagi menyokong perjuangan PAS yang sekarang.

Jika benar ianya berlaku. Maka bergembiralah puak-puak Anwar di dalam PAS.

APABILA PAS SUDAH HILANG KETAYAP, JUBAH DAN LEBAI

KRISIS perlantikan MB Selangor yang baru iaitu Wan Azizah merungkai siapa sebenarnya PAS yang sekarang. Jika dahulu kita dapat melihat wajah-wajah jernih dan masih boleh dibanggakan di Malaysia masih lagi punyai parti yang agak Islamik, namun bukan lagi PAS sekarang.

Biar gambar berbicara.

Kepimpinan PAS dahulu dan sekarang memang sudah jauh berbeda. Tiada lagi kelibat Fadzil Nor, Harun Taib, Harun Din, Hadi Awang malah Nik Aziz pada setiap kali press conference yang diadakan.

Tiada lagi kelihatan golongan pemimpin yang berpakaian jubah dan berserban.

Tiada lagi ucapan atau kenyataan yang berlandaskan Al-Quran dan Hadis.

Maka zaman ini kita dapat lihat yang sebuah parti yang dikatakan ditubuhkan untuk menjaga bangsa Melayu dan agama Islam sudah terkubur. Sudah tiada lagi kata-kata garang mempertahankan Melayu dan Islam semenjak menjadi balaci kepada Anwar dalam PR.

Jadi memang tidak mustahil apabila Wan Azizah menjadi pilihan PAS. Sedangkan dalam hadis nabi memang ada berpesan bahawa wanita tidak boleh menjadi ketua negeri/negara.

Malah melalui ceramah-ceramah PAS yang aku sendiri pernah hadir sebelum ini turut menyatakan bahawa jika kerajaan (BN) melantik wanita sebagai ketua negeri/negara maka akan hancurlah Malaysia.

Sekarang segalanya dah terbalik. Terpalit atas muka sendiri.

Fikirkan. Renungkan.

Monday, August 18, 2014

U-TURN. MAJLIS SYURA ULAMA TERDIAM DISERGAH MAT SABU!!!

KEMELUT krisis MB Selangor semakin hampir dihujung penamatnya apabila PAS semalam membuat keputusan bersetuju untuk mengangkat Azizah sebagai Menteri Besar yang baru bersama satu lagi calon LELAKI, Azmin Ali.

Seperti yang dijangka juga, Azmin Ali terus menarik diri daripada dicalonkan sebagai MB kerana menghormati keputusan Anwar agar impian Anwar supaya Azizah sebagai MB tercapai.

Kalau sebelum ini PAS berkeras melalui Majlis Syura Ulama mahukan Khalid Ibrahim kekal sebagai MB, namun semalam dalam Mesyuarat AJK PAS Pusat mereka terpaksa berdiam diri kerana puak anwarisme sudah meresap dalam Pas yang menyarankan agar Majlis Syura Ulama ikut keputusan majoriti Pas.

Apa nak dihairankan apabila Pas tiba-tiba boleh buat pusingan 'U-Turn' dalam keputusan MSU.

Dari dulu sejak bergabung dengan Pkr dan Dap keputusan yang dibuat tidak lagi mengikut acuan MSU.

MSU hanyalah sebagai penumpang. MSU terpaksa akur dengan keputusan pimpinan PAS yang sudah hilang serban dan jubahnya. PAS kini ditadbir oleh golongan liberal.

Tidak menghairankan kalau selepas ini akan ada banyak lagi pusingan U yang berlaku.


Friday, August 15, 2014

GERAKAN MENOLAK WAN AZIZAH SEBAGAI MB SEMAKIN HEBAT!!


MENDAPAT maklumat dari rakan-rakan yang berada di sekitar Selangor, satu flyers pelbagai design dikesan diedarkan di beberapa masjid terutama sekitar Kuala Langat, Kuala Selangor dan Sabak Bernam yang tertulis 'Daulat Tuanku! Kami sokong Tan Sri Khalid Ibrahim'.

Gelombang sokongan rakyat Selangor kepada Khalid nampaknya semakin kuat. Mungkin ini salah satu strategi penyokong Khalid terutama PASMEB (Pakatan Anak Selangor Menyokong MB) yang tidak mahu kedudukan Khalid sebagai MB tergugat ekoran siri jelajah ceramah fitnah yang dianjurkan oleh geng Anwar untuk menjatuhkan Khalid.

Politik kotor! Itulah pakatan!

Satu team buat jelajah fitnah Khalid. Satu lagi buat flyers edar di masjid-masjid menyokong Khalid dengan turut mengheret nama Tuanku Sultan Selangor.

Inilah yang dinamakan bila masing-masing dah rasa diri tu hebat. Masing-masing sayang dengan kuasa.

Semakin lama pakatan memerintah Selangor, semakin parah nampaknya pentadbiran Selangor.

PANAS!! 2 ADUN PAS SELANGOR DI RASUAH RM 2 JUTA SETIAP SEORANG!!

EKORAN sokongan penuh daripada Adun PKR dan DAP kepada Wan Azizah untuk diangkat menjadi Menteri Besar menggantikan Khalid, maka bermula drama berbabak-babak daripada pakatan.

Yang lebih memanaskan cuaca di Selangor walau sedang hujan setiap hari apabila 2 Adun dari PAS yang tiba-tiba beralih arah dan mengingkari arahan dari pimpinan PAS pusat supaya menyokong Khalid, namun 2 mangkuk ayun ni menyokong Wan Azizah.

Apakah sebenarnya yang berlaku?

Jeng... Jeng... Jeng...

Rupa-rupanya...... Anwar sudah memberi wang saguhati berjumlah 2 JUTA ringgit Malaysia setiap seorang kepada 2 Adun PAS yang menongkah arus membelakangi keputusan Majlis Syura Ulama' PAS Pusat.

RINGGIT MALAYSIA DUA JUTA SAHAJA

Itulah nilai seorang Adun Pas yang sanggup melihat negeri kucar-kacir hanya kerana digelapkan oleh wang yang 'sedikit'.

Selidik punya selidik, rupanya si Hasnol, Adun Morib ni dulunya ahli PKR tapi bertanding di Morib atas tiket PAS. Jadi tak mustahil lah kalau Hasnol sokong Wan Azizah, ikut arahan Anwar yang bagi peluang dia bertanding PRU13 lepas. 

Si Hasnol juga dikatakan cenderung kepada gerakan Pas moden yang dipelopori oleh Mat Sabu.

Tak hairan kalau dia flip flop dan sanggup mengingkari arahan PAS. Memang dia tak berbaiah.

Saari Sungip, Adun Hulu Kelang pulak memang terang-terang mengugut PAS yang dia tak akan U-Turn atas keputusannya sokong Azizah dan sanggup dipecat daripada parti.

Gila PAS ni!!!

MB BARU SELANGOR DISAMBUT DENGAN RIBUAN KERUSI!!!

MALAM tadi sepatutnya Wan Azizah hadir bagi menyampaikan ceramah yang menghentam Khalid dan sebab-sebab kenapa Khalid perlu melepaskan jawatannya sebagai MB yang sah.

Ceramah yang sepatutnya bermula pada pukul 9.00 terpaksa ditunda hingga ke jam 10.00 malam kerana menunggu kehadiran penyokong Wan Azizah di Dewan Seri Bernam, Sungai Besar.

Selepas menunggu agak lama, penyokong yang hadir hanya sekitar 30 orang sahaja seperti yang dapat kalian lihat dalam gambar di atas. Apa sudah jadi?

Last-last, Wan Azizah tak datang mungkin sebab kehadiran yang amat mengecewakan sehingga jam 11.30 malam. Terpaksalah Rafizi dan Tian Chua menabur fitnah kaw-kaw pada Khalid bagi penyokong mereka percaya.

Yang hairan apabila tiada ahli PAS yang hadir, malah AMK Sungai Besar juga tak datang.

Nasib baik Timb. YDP PAS hadir konon menyokong Azizah, sedangkan YDP PAS Sungai Besar senada dengan YB Budiman menyokong Khalid sebagai MB.

GAGAL!

Nampaknya pakatan mula berpecah! Malah malam tadi, Ng Suee Lim mengutuk keras PAS yang menyokong Khalid. Seperti biasa, PAS yang berwakilkan Salleh Hussin menebalkan muka, memekakkan telinga mendengan makian dan kejian berbakul-bakul YB DAP Sekinchan ke atas PAS.

Mana ma

Thursday, August 14, 2014

WAN AZIZAH BAKAL ANGKAT SUMPAH MENTERI BESAR

SEPERTI yang dijangka. PAS akhirnya buat U-turn dengan tiba-tiba sejak semalam apabila dua orang Adun dari Pas (Morib & Hulu Kelang) berpaling arah dan mengingkari keputusan Majlis Syura Ulama' PAS dengan menyokong Jijah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

Perkara ini dah dapat  diagak apabila elemen Anwarinas sudah meresap masuk ke dalam parti konon Islam itu.

Dengan sokongan 30 Adun Selangor, maka majoriti mudah diperolehi oleh Jijah untuk mengangkat beliau sebagai MB menggantikan Khalid Gagap.

Apa nak kata lagi Khalid...... Surat angkat sumpah sokong Jijah dah siap sign..... 

Bubar Dun??? SPR dah buat kenyataan KALAU BOLEH jangan lah bubar Dun sebab kerajaan negeri hanya baru berusia 15bulan dan tidak sepatutnya diadakan PRN... Buang duit rakyat....

Khalid terpaksa lah mengalah... Jangan lah degil sangat sebab Khalid dah tak ada sokongan majoriti...

Bermula minggu depan rakyat Selangor bakal dapat MB yang baru.....

*Suami yang baik adalah yang angkat ISTERInya jadi MB

Wednesday, August 13, 2014

ADUN UMNO TAK KEBULUR JADI EXCO SELANGOR

KELAKAR apabila Adun Sabak, Sallehin Mukhyi mengugut Khalid Gagap untuk keluar dari jawatankuasa kerajaan negeri jika ada Adun Umno yang dilantik sebagai exco yang baru bagi menggantikan exco dari PKR dan DAP yang telah dipecat.

Nak kecoh apa pun aku tak paham sebab dah terang-terang Adun Umno ikut kata boss agar tolak sebarang jawatan yang ditawarkan untuk jadi exco.

Tak payah nak melalak sangat lah Pas oi.....

Ko buat keje ko, Umno buat keje Umno.... Jangan risau, Umno tak gila kuasa macam Anwar nak bolot semua jawatan yang ada...

Umno pun tak kebulur nak rembat kuasa macam Ketua Umum #50janwary ko tu!

Hahahahahahahaha

Tuesday, August 12, 2014

KHALID DIPECAT, FAEKAH KELUAR PARTI

SEHATI sejiwa. Itulah yang berlaku kepada Khalid dan Faekah. Apabila Khalid dipecat daripada PKR, maka Faekah juga menghantar surat untuk keluar dari parti berkuatkuasa serta merta.

Kata Faekah, PKR sudah semakin rosak sejak Anwar keluar dari penjara. Beliau sudah hilang kepercayaan kepada parti itu lebih-lebih lagi apabila Anwar meletakkan Azizah sebagai calon Kajang.

Tapi itu semua dah tak hairan. Memang perangai Anwar sejak dulu macam tu.

Mujur Tun Mahathir perasaan lama sebelum Anwar diangkat menjadi PM menggantikan Tun. 1998 menjadi tahun fenomena kepada Anwar apabila ramai rakyat yang tidak berpuashati kepada Tun atas pemecatan Anwar sebagai TPM kerana kes LIWAT pembantu peribadinya sendiri.

Tak melampau kalau aku katakan yang Anwar memang punyai masalah moral sejak dulu lagi. Inilah hasil didikan ABIM. Gila kuasa, gila pangkat, gila lubang, gila segala-galanya.

Apa nak kata...nasi dah jadi bubur.... PKR sekarang dah berpecah belah.... Ada yang menyokong Khalid dan lebih parah masih ada lagi yang percaya pada Anwar!!!!

Friday, August 8, 2014

PKR MULAKAN JELAJAH CERAMAH JATUHKAN KHALID

GENG PKR sudah mula mengadakan edisi ceramah jelajah Selangor untuk menjatuhkan MB Selangor, Khalid Gagap. Malam tadi bertempat di Ampang, ceramah yang diadakan disebalik majlis makan malam bersama Jijah telah diadakan.

Antara yang disentuh adalah berkenaan kebobrokan Khalid Gagap dalam mentadbir kerajaan negeri Selangor.

Pasal skandal, pasal hutang serta pasal elaun yang diterima oleh Khalid Gagap semua dibongkarkan kepada umum.

Yang lagi best, Jijah dedahkan semua ni kat hadapan pengundi Cina Ampang supaya terus membenci kepimpinan Khalid Gagap.

Makin gagaplah Khalid sebab nak menjawab. PKR nampaknya serius mahu Jijah jadi MB Selangor.



Thursday, August 7, 2014

KEPUTUSAN MUKTAMAD: MAJLIS SYURA ULAMAK PAS SOKONG KHALID MB SELANGOR

SEKALI lagi terduduk terdiam pilu si Anwar ni. Selepas sidang media yang diadakan semalam bagi mendesak Khalid letak jawatan supaya MB Selangor boleh diserahkan kepada Wan Azizah, hari ini Majlis Syura Ulamak menyokong sepenuhnya Khalid Gagap.

Apa boleh kata kalau orang kuat PAS sendiri memberikan sokongan.

Dan sudah pasti kepimpinan PAS Selangor juga harus akur dengan keputusan parti bagi mengekalkan Khalid Gagap sebagai MB Selangor tanpa dakwa dakwi. Sudah tentunya Mat Sabu hilang kredibiliti kerana hanya beliau yang menyokong Wan Azizah dari kem PAS.

Sekarang kita boleh nampak siapa sebenarnya parasit dalam PAS yang cuba menjadi hero dalam PR.

**********************************
Kenyataan Rasmi Majlis Syura Ulamak

Merujuk kepada Fasal 3 Perlembagaan PAS, bahawa dasar PAS ialah Islam dan Fasal 6(2) bahawa antara usaha PAS adalah 'memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syariat serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara."

Maka, Majlis Syura Ulamak PAS yang telah bersidang pada 9 Syawal 1435 bersamaan 6 Ogos 2014 di Kota Bharu telah membuat keputusan berasaskan hukum syarak dan melihat kepentingan rakyat yang mesti mendahului kepentingan individu dan parti seperti berikut:

"Bahawa jawatan Menteri Besar Selangor adalah hak bersama yang telah dipersetujui oleh ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat untuk meneruskan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar di Selangor bagi penggal kedua selepas Pilihanraya Umum ke-13. Maka selagi tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amandah yang mewajarkan Menteri Besar itu digugurkan, Majlis Syura Ulamak PAS memutuskan untuk mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Jika sekiranya ada pertuduhan yang disabitkan bersalah kemudiannya oleh pihak yang berautoriti seperti SPRM atau Mahkamah maka Majlis Syura Ulamak bersedia untuk menilai kembali kedudukan beliau.

Majlis Syura Ulamak menegaskan sekali lagi bahawa PAS akan tetap istiqamah dengan dasar dan prinsip perjuangan Islam sebagaimana yang termaktub di dalam perlembagaannya dan terus memberi komitmen bersama Pakatan Rakyat.

Wednesday, August 6, 2014

WAN AZIZAH TAK LAYAK GANTI TEMPAT SAYA - KHALID GAGAP

MAKIN panas nampaknya pertempuran di Selangor. Masing-masing nak rebut kuasa. Yang si laki nak bagi bini jadi MB. Yang si MB tak nak lepas jawatan. Yang si hijau sokong MB. Yang si sepet diam sunyi.

Yang nak tukar MB geng PR. Yang nak londeh skandal geng PR. Yang nak rebut kuasa pun geng PR.

Last sekali masih jugak salahkan UMNO.

Ini LAWAK!! hahahahahaha

Hei! Celaka PR... Korang ni tak ada kerja lain ke? Rakyat yang pilih korang ni ingat buta tuli ke asik nak tengok korang bergaduh je...

Penyokong korang ni memang sah jadi MACAI (Mempercayai Apa Cakap Anwar Ibrahim).

Bila Anwar kata Jijah jadi Adun Kajang. Semua sokong!

Bila Anwar kata tukar MB Jijah. Lagi bersorak menyokong!

Korang ni ada otak ke tak ade? Ingat dengan tukar Jijah jadi MB Selangor, korang dapat perintah Malaysia ke?????

Lawak antarabangsat betul korang ni......

Monday, August 4, 2014

DAP TAK MAMPU BAYAR IKAT JAMIN PEMANDU KARPAL SINGH

BEKAS pemandu mendiang Karpal Singh, C. Selvam seorang warganegara India yang telah berkhidmat dengan setia bertahun-tahun kini terpaksa meringkuk di dalam penjara kerana tidak mampu membayar wang jaminan sebanyak RM5,000 seperti yang diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen Kampar pada 9 Julai lalu setelah dituduh kerana didakwa memandu secara cuai dan berbahaya.

Anak ketiga Karpal, Ramkarpal Singh Deo, 38 tahun yang juga merupakan Ahli Parlimen Bukit Gelugor setelah dipilih pada 25 Mei lalu menggantikan kerusi tersebut yang kosong ekoran kematian bapanya pada 17 April lalu serta turut berada di dalam kenderaan yang sama ketika kemalangan di Kilometer 306.1, Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Gua Tempurung di Kampar, Perak itu berlaku memberi alasan beliau tidak dapat membayar wang jaminan memandangkan beliau juga adalah saksi kejadian.

Sejak itu Selvam telah direman dan terpaksa meringkuk dalam penjara dengan tiada siapa yang sanggup tampil membantu.

Akibat gagal menyediakan wang jaminan, tempoh penahanannya dipanjangkan sehingga tarikh perbicaraan.

Adalah mengelirukan bila peguam dalam DAP pantas menawarkan khidmat guaman mereka dalam kes lain antaranya membabitkan pemandu wanita, Siti Fairrah Ashykin Kamaruddin atau Kiki yang terlibat dalam kes buli jalan raya baru-baru ini.

Ini menimbulkan persoalan sama ada peguam-peguam dalam DAP hanya berminat mewakili kes-kes yang dilihat memberi kelebihan politik kepada mereka berbanding mahu membela nasib individu yang benar-benar memerlukan serta sudah berkhidmat dengan setia kepada keluarga Karpal dan secara tidak langsung kepada parti DAP itu.

Bukankah DAP selalu bermegah mempunyai peguam yang hebat-hebat belaka, kononnya bersedia untuk membantu masyarakat mendapatkan keadilan.

Renung-renungkanlah.