KAMPUNG GAJAH: Agenda memperkasa ekonomi masyarakat luar bandar termasuk memastikan generasi kedua peneroka tanah rancangan seperti FELCRA terbela, terus menjadi keutamaan kerajaan Barisan Nasional (BN) walaupun terdapat tindakan pihak tertentu terutama pembangkang yang cuba menyalahtafsirkan usaha berkenaan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata usaha kerajaan sejak lebih 50 tahun lalu memperjuang nasib masyarakat luar bandar tidak akan dihentikan, sebaliknya terus diberi tumpuan istimewa kerana ia masih lagi sinonim dengan masalah kemiskinan.

“Kita katakan ini sebab niat baik kerajaan membantu masyarakat luar bandar disalahfahamkan pihak tertentu termasuk pemimpin pembangkang yang tidak mengingati dan mengenali sejarah.
“Ada pemimpin pembangkang masuk ke kawasan tanah rancangan dan berceramah kononnya FELCRA gagal dalam misinya, sama seperti tohmahan dilemparkan terhadap FELDA dengan mengatakan agensi itu sudah muflis.
“Mereka menyebarkan fitnah kononnya kerajaan tidak melakukan apa-apa untuk membantu rakyat luar bandar, sedangkan FELCRA sudah lama ditubuhkan dan kini memiliki lebih 220,000 hektar tanah untuk lebih 92,000 peneroka,” katanya berucap pada Majlis Hari Terbuka FELCRA yang dihadiri kira-kira 10,000 peneroka dari negeri ini di FELCRA Seberang Perak dekat sini, semalam.
Pada majlis itu, Muhyiddin turut merasmikan majlis pecah tanah Tapak Perumahan Generasi Kedua FELCRA Berhad Seberang Perak.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Pengerusi FELCRA yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman.
Muhyiddin berkata, setiap tahun agensi seperti FELCRA mencatatkan pendapatan beratus juta ringgit sehingga mampu memberi dividen kepada pesertanya dan turut memberi nilai tambah di kawasan yang dimajukannya.
Katanya, langkah terbaru FELCRA membangunkan kawasan perumahan untuk generasi kedua peneroka pula dapat memastikan berlaku kesinambungan pemilikan dan kekal bersama agensi berkenaan meneruskan tugasan yang belum selesai.
“Usaha meneruskan kesinambungan pembangunan luar bandar adalah selaras wawasan kerajaan untuk menjadi negara maju dan meningkatkan pendapatan perkapita rakyat daripada AS7,000 kepada AS15,000 setahun seiring dengan kemajuan negara,” katanya.
******************************************************
WaKdob says : Yong berbangga dapat hidup di muka bumi bertuah Malaysia ni. Hari ni Yong nak lari tajuk politik sket. Yong nak buat luahan perasaan. Bukan Yong tak bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi kat Yong tapi Yong rasa macam ketidakadilan apabila kerajaan lebih mengutamakan orang-orang FELDA dan FELCRA. Al-maklumlah, Yong pun orang kampung juga tapi bukan dari tanah rancangan la. Orang kampung yang biasa yang hanya mempunyai tanah sekangkang kera menjadi punca pendapat seharian. Bukan tidak menghargai apa yang kerajaan Malaysia sudah lakukan selama ini dan bukan juga hendak melebih seperti raja kerana Yong sedar Yong hanya orang kampung yang tidak berapa berpelajaran tinggi. Bagus kerajaan membantu rakyat memperkasakan ekonomi negara. Tapi sedarkah kerajaan betapa terseksanya orang kampung yang biasa kerana harga padi yang biasa, harga sawit yang biasa. Dahulu memang tinggi harga komoditi ini tapi semenjak beberapa tahun ini agak mengecewakan kerana semakin hari, harga setiap komoditi berharga ini semakin jatuh menjunam. Tidak prihatinkah kerajaan akan masalah kami sebagai orang kampung biasa?
~WaKd0b~
No comments:
Post a Comment
comment please.....