Konco-konco ku

Tuesday, August 18, 2009

KRONOLOGI RAMPASAN ARAK DI SELANGOR.

Kronologi lengkap isu rampasan arak di selangor. dalam butiran tarikh dan masa yang akan dipaparkan, akan kedapatan watak-watak hero,pailang, hipokrit maha gila menjustifikasikan agenda tersembunyi IFC .

1) dalam kawasan pentadbiran MBSA terdapat 42 premis perniagaan 7eleven, 24 daripada premis ini menjual minuman keras jenis beer yang mengandungi kadar alkhohol hingga 8.8%.

2) dalam mengatasi permaslahan ini, pihak MBSA telah melakukan inisiatif dengan mengadakan 4 mesyuarat khas mengatasi isu ini. mesyuarat ini berlangsung sejurus perlantikan ahli majlis baru MBSA dilangsungkan. iaitu untuk sesi 2008/2009. aku harus tegaskan disini bahawa ahli majlis baru ini adalah dikalangan penyokong pakatan haram pas,pkr,dap dan kumpulan ngo-k daripada hindraf.

3) pakatan haram di selangor adalah hipokrit.menjanjika n bulan dan bintang sebelum menang pilihanraya, sayang tatkala kuasa berada dalam genggaman perjuangan hilang dan iman pun boleh melayang.

4) 4 mesyuarat perlaksanaan mengharamkan penjualan arak di kawasan melayu berlangsung selama beberapa bulan, iaitu pada tarikh yang dinyatakan dibawah :-

(4a) mesyuarat jawatankuasa perlesenan dan perkhidmatan bandar MBSA kali ke 2 bertarikh 19 ogos 08 dan mesyuarat majlis pada 29 ogos 08.

(4b)mesyuarat jawatankuasa perlesenan dan perkhidmatan bandar MBSA kali ke 3/2008 bertarikh 15 september 08 dan mesyuarat majlis pada 25 september 08 (cabutan kertas)

(4c)mesyuarat jawatan kuasa perlesenan dan perkhidmatan bandar kali ke 4/2009 pada 22 april 2009 (turut dihadiri oleh wakil 7 eleven)

(4d) INI KLIMAKS NYA.KEPUTUSAN TELAH DITETAPKAN. mesyuarat majlis kali ke4 pada 28 mei 09. mesyuarat ini dihadiri oleh kesemua ahli majlis MBSA daripada pakatan haram.antaranya adalah 1)tan ah kow-pkr kota raja 2)tuan mazalan 3)mokhtar hani 4)adnan jambori-pkr shah alam 5)ang leng kiat 6)norhalim sirome -pas kota raja 7)mariam abdul rashid 8)sivarajan 9) haris bin abu bakar -ketua bahagian pkr shah alam 10) adzhar maludin -pkr 11)zukefli bin mohd nani 12) datin norini bt md top 13)ahmad suyuti bin bashiron.

5)pada mesyuarat terakhir ini (mesy ahli majlis 28mei 09) ketetapan penguatkuasaan ke atas penjualan arak dan minuman keras di kedai 7 eleven akan berkuatkuasa pada 1jun 2009.

6)pihak jabatan perlesenan MBSA telah memberikan notis bertarikh 13 julai 2009 kepada pegurusan 7 eleven untuk tidak menjual arak di shah alam bermula daripada seksyen 1 hingga 24.

7)29 hb julai 09, pihak penguatkuasa MBSA telah mengadakan pemeriksaan terhadap sebuah kedai 7 eleven di jalan liku seksyen 8 shah alam. didapati kedai tersebut masih lagi menjual arak dan minuman keras walaupun arahan MELARANG PENJUALAN telah pun berkuatkuasa pada 1 jun 2009.

8)rampasan telah dilakukan pada hari yang sama (28 julai 08 hari rabu) jam 4.30 petang.barang rampasan telah disimpan ditingkat 12 MBSA. asas penguatkuasaan MBSA berdasarkan keputusan mesyuarat seperti di atas.

9)PERJUMPAAN DENGAN RONNIE LIU.
telah berlangsung sehari selepas rampasan iaitu pada 30 julai 09 jam 12.45 tengahari. MBSA telah dipanggil mengadap ke bilik timbalan datuk bandar untuk memberikan penjelasan isu rampasan arak. selain MBSA di dalam bilik tersebut ada 3 orang ahli DAP dan tan ah kow (pkr).

10) selepas perjumpaan jam 12.45 tengahari, sekali lagi MBSA dipanggil mengadap oleh ronie liu pada jam 2 petang.kali ini suasana lebih tegang. didapati 4 orang dap kelihatan di bilik tersebut.MBSA TELAH DIMARAHI DENGAN CUKUP KASAR DAN KERAS OLEH RONNIE LIU !

11) dua kali mesyuarat pada hari yang sama (30julai) iaitu pada jam 12.45 tengahari dan 2 petang...pada jam 4.30 petang MBSA tela diarahkan oleh ronnie liu untuk memulangkan semula arak yang dirampas.

No comments:

Post a Comment

comment please.....