Konco-konco ku

Monday, August 27, 2012

PAKATAN SELANGOR PENIPU!! MANA ADA AIR PERCUMA DI RUMAH FLAT!!


Kenyataan akhbar

Kerajaan Selangor Hutang Rakyat Air Percuma

KUALA LUMPUR –  Kata pepatah Melayu ada mengatakan: jika lembu dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya.

Manusia yang tidak berpegang pada janji adalah manusia yang tidak amanah dan munafik seperti mana firman Allah SWT dalam Surah Al-Israk yang bermaksud: “Dan penuhilah janji sesungguhnya janji itu akan ditanya.”

Kalau cuma tahu berjanji tetapi tidak tahu untuk menepatinya, lebih baik jangan cuba untuk berjanji. Inilah yang berlaku pada kerajaan negeri Selangor pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang hanya bijak berjanji umpama ‘menanam tebu di bibir’.

Pada pilihan raya umum yang lalu, pakatan pembangkang yang diwakili PKR, Pas dan DAP melalui slogan Negeri Berkebajikan’ telah berjanji untuk memberi air percuma kepada seluruh rakyat di negeri Selangor sekiranya berjaya memegang tampuk pemerintahan negeri.

Malangnya  selepas diberi mandat oleh rakyat untuk mentadbir negeri ini, mereka lupa janji. Pelaksanaan pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu atau subsidi RM11.40 oleh kerajaan negeri Selangor hanya sekadar melepaskan ‘batuk di tangga’.

Ini kerana air percuma hanya dinikmati oleh pengguna yang menggunakan meter individu, itupun setelah desakan bertubi-tubi oleh pelbagai pihak agar kerajaan negeri Selangor menunaikan janji itu.

Pengguna meter pukal seperti di flat kos rendah, pangsapuri dan kondominium sehingga kini masih menggigit jari dan kempunan untuk menikmati air percuma itu, sedangkan orang kaya dan berkemampuan  menikmatinya. Adakah ini yang dikatakan adil?

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Kali, Datuk Isa Abu Kassim pernah mendedahkan bahawa terdapat 765 blok kondominium dan 643 blok pangsapuri masih belum menikmati subsidi air percuma kerana masih menggunakan meter air pukal.

Walaupun kerajaan negeri Selangor mengeluarkan kupon kepada penghuni pangsapuri yang masih menggunakan meter pukal hanyak 35,000 orang sahaja yang mendapat kupon bagi subsidi air percuma setakat ini.

Sebagai rakyat atau pengguna, kami berasa amat dukacita atas sikap kerajaan negeri Selangor yang tidak mempedulikan kepentingan dan nasib penghuni pangsapuri yang  kebanyakannya kurang berkemampuan.

Oleh itu, rakyat Selangor perlu bertindak agresif, bangkit menuntut agar kerajaan negeri Selangor menunaikan janji dengan apa juga cara sekalipun, sama ada menukar meter pukal kepada individu atau membayar kembali dalam bentuk rebat tunai.

Kerajaan negeri Selangor  sepatutnya membayar hutang bagi tempoh kira-kira 50 bulan sejak skim itu dilaksanakan, dianggarkan berkjumlah RM570 kepada setiap isi rumah yang menggunakan meter pukal.

Demonstrasi secara aman yang dilakukan oleh penduduk di Pangsapuri Mentari Court hari ini adalah manifestasi tidak puas hati terhadap sikap tidak prihatin kerajaan negeri Selangor dalam pelaksanaan pemberian air percuma.

Sebagai rakyat Selangor, tiada istilah pilih bulu atau pilih kasih dalam pemberian air percuma. Seluruh rakyat Selangor berhak merasai segala nikmat dari janji-janji yang ditabur oleh pakatan pembangkang semasa pilihan raya umum yang lalu.

DATO’ SOHAIMI SHAHADAN
Pengerusi
Gerakan Prihatin Rakyat Selangor
25 Ogos 2012

GADIS DIROGOL KETIKA BALIK KELAS TUISYEN!!


SERDANG: Dua remaja perempuan berusia 17 tahun terpaksa berlari minta pertolongan orang ramai dengan hanya memakai pakaian dalam ketika menyelamatkan diri daripada cubaan dirogol oleh seorang pemandu teksi.

Kejadian berlaku di Taman Serdang Raya, di sini, kira-kira jam 9 malam kelmarin ketika kedua- dua mangsa pulang dari kelas tuisyen dan menaiki teksi suspek di Taman Cheras untuk pulang ke rumah mereka di Taman Connaught.

Menurut sumber, sebelum kejadian, suspek yang berusia 40-an itu dikatakan membawa dua mangsa bersiar-siar hampir dua jam dengan memberi alasan mahu membeli susu kepada isterinya yang sedang sakit mahu bersalin.

"Apabila sampai di satu kawasan gelap, suspek tiba-tiba mengeluarkan pisau dan memaksa mangsa membuka pakaian. Mangsa kemudian dibawa masuk ke dalam sebuah rumah kosong di kawasan itu.

"Suspek kemudian cuba merogol mangsa, namun mangsa melawan dengan cuba memukul kepala suspek dengan besi sebelum berlari keluar dari rumah dan menjerit meminta tolong dengan hanya memakai pakaian dalam," katanya.

Sumber itu berkata, seorang lelaki yang tinggal berdekatan mendengar jeritan itu lantas datang membantu mangsa sebelum mereka membuat laporan di Balai Polis Seri Kembangan. - SUMBER

Sunday, August 26, 2012

AZIZAN TAK HADIR MAJLIS RUMAH TERBUKA SENDIRI SEBAB NAZAK??

Kesian JB tengok pemimpin pakatan ni terutama PAS yang kerja terlalu kuat untuk masuk duit poket sendiri dan kroni sampai masuk hospital. Hari tu Nik Aziz masuk hospital sebab dah terlalu tua nak buat kerja jadi disarankan masuk hospital untuk berehat. Kali ni Azizan Razak pulak dikhabarkan masuk hospital kerana sebab yang sama.

Sampaikan buat majlis rumah terbuka tapi orang rumah tak ada. Apa cerita ni? 


FATHUL BARI AJAK NIK AZIZ BERDEBAT ISU HUDUD!!

Kecoh pasal hukum hudud. Fathul Bari Mat Jahaya, Pengerusi ILMU berpendapat adalah wajar sekiranya para ilmuan Islam di Malaysia duduk berbincang tentang perlaksanaan hukum hudud yang menjadi kebimbangan kepada pemimpin parti bukan Islam. 

Justeru, Fathul Bari mempelawa Nik Aziz supaya berbincang terlebih dahulu dengan para ilmuan Islam yang lain supaya hukum hudud ini tidak akan menjadi satu isu yang boleh menjurus kearah Islamophobia di Malaysia.

Beliau turut menyelar supaya pemimpin PAS memberhentikan kenyataan hukum hudud versi UMNO dan versi PAS kerana dalam Islam tidak ada versi yang berlainan lebih-lebih lagi jika dipecahkan kepada parti politik.

Pemimpin utama pakatan juga terutama dari PAS sendiri telah menyatakan yang hudud tidak sesuai lagi dilaksanakan buat masa ini dan mereka juga menggesa supaya Nik Aziz tidak lagi menggunakan sentimen hudud sebagai modal politik dan boleh memecahbelahkan pakatan.

Manakala gesaan Nasharudin Mat Isa yang meminta PAS keluar dari pakatan merupakan pandangan peribadi beliau sendiri dan mantan Timb. Presiden PAS bersedia menerima apa sahaja hukuman yang akan dikenakan kepada beliau dalam Majlis Syura pada 9 September ini.

Karpal yang begitu lantang menolak hukum hudud masih lagi menunggu kenyataan balas dari Nasharudin Mat Isa malah telah memfailkan kes fitnah anti-Islam kepada beliau. Karpal sedang menunggu waktu untuk menentang perlaksanaan hukum Islam jika ada mana-mana pemimpin PAS yang bercakap soal itu. Ternyata Karpal dan DAP anti-Islam dan anti-Melayu.

GEMPAR!! LOKASI PERSEMBUNYIAN SUSPEK BAKAR KEKASIH ADA BENDERA PKR??

Akhirnya, suspek atau teman lelaki yang didakwa telah membakar teman wanitanya di Wangsa Maju sebelum ini telah ditemui lokasi persembunyiannya. Jika diamati video yang dirakam oleh lensa myMetroTV baru-baru ini kelihatan seperti ada bendera kebanggaan parti LGBT di sana.

JB tidak hairan jika suspek juga ahli PKR kerana memang ahli-ahli mereka terkenal dengan segala macam tindakan buruk yang boleh menghancurkan orang lain. JB tak menuduh PKR membantu budak ni bersembunyi cuma hairan apabila adanya bendera PKR dikawasan perumahan itu.

Kita ikuti pendedahan yang dibuat oleh MetroTV.


PELACUR @KHALID_IBRAHIM TAWAR PAKEJ KEPADA BUDAK BAWAH UMUR!!

Pentadbiran Khalid Gagap di Selangor semakin hebat dengan pulangan ekonomi utama sekarang pelacuran. Malah yang lebih memeranjatkan adalah pelacur peliharaan Khalid ini sudah berani memberi pakej kepada budak bawah umur yang melalui premis-premis urutan dan kecantikan di sekitar bandar di Selangor.

*******************

SUBANG JAYA –Terdesak mendapatkan pelanggan, wanita warga China yang bekerja sebagai tukang urut di sebuah pusat membeli-belah di USJ di sini bertindak berani menawarkan khidmat mereka kepada pengunjung bawah umur. 
Taktiknya mudah, menghalang mana-mana pengunjung lelaki yang melalui kaki lima unit kedai pusat urut dan kecantikan tersebut sebelum memujuk mereka mendapatkan khidmat urutan ditawarkan. 
Malah, wanita ini juga dilihat rakus dan sanggup bertindak agresif menarik tangan pengunjung lelaki masuk ke premis urut meskipun ada di antara mereka yang memberitahu masih di bawah umur. 
Bagaimanapun, aksi mereka tidak bertahan lama apabila ada kalangan ibu bapa mangsa membuat laporan kepada pihak polis berhubung gangguan diterima anak mereka. 
Susulan aduan itu, sepasukan polis ke tempat kejadian dan berjaya memberkas empat wanita warga China ketika sibuk menarik pelanggan untuk ke premis mereka. 
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Tan Ah Chua berkata, pihaknya menerima aduan daripada ibu bapa yang mendakwa anak mereka didekati tukang urut yang terdesak menawarkan khidmat urutan ketika melalui deretan kedai dalam pusat membeli-belah itu. 
Katanya, bertindak atas aduan, sepasukan anggota diketuai beliau sendiri menyerbu dua premis pusat kecantikan dan urutan yang masing-masing didapati tidak mempunyai lesen perniagaan sah. 
Jelasnya, ketika serbuan salah seorang daripada wanita warga China terbabit cuba melarikan diri dan berlaku sedikit pergelutan antara anggota dengan wanita terbabit. 
“Hasil pemeriksaan mendapati mereka hanya mempunyai pas lawatan sosial dan tidak mempunyai permit bekerja. 
“Kesemua ditahan akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutnya,” katanya yang memberitahu ketika serbuan ke atas premis, seorang pelanggan berada dalam kedai. 
Beliau dalam pada itu menggesa pengunjung yang mendapati kewujudan aktiviti negatif supaya memaklumkan perkara itu kepada pengurusan pusat membeli-belah dan pihak berkuasa supaya tindakan segera dapat diambil. - SinarHarian

Saturday, August 25, 2012

PATUNG GUAN ENG TARIKAN TERBARU DI PULAU PINANG!!

Blog gelagatanwar.wordpress.com dalam entri pada 16 Jun 2012 yang memetik Mansor Othman berkata: "Kamu tau dia (Guan Eng) angkuh...sombong dan angkuh. Bukan mudah. Sekarang ini lebih angkuh. Sebab dia (Guan Eng menang banyak. Mereka (DAP) dah pasti menang 19 dan mahu menang lebih lagi.Kerana dengan dua lagi (kerusi) mereka boleh membentuk kerajaan sendiri dan mereka boleh ambil (lompat parti) daripada kami (wakil PKR) menyebelahi mereka dan meninggalkan kami (PKR)"

Dalam PC baru ini, Mansor menafikan menggunakan perkataan 'sombong' dan 'angkuh' terhadap Guan Eng. Mansor mengakui menggunakan perkataan 'tokong' sebagai gelaran kepada Guan Eng... 

Nak tanya kepada rakyat Pulau Pinang,betul ke..!! Apa yang di maksudkan oleh Mansor Othman yang Lim Guan Eng sekarang ini adalah seperti 'Tokong'. Kepada rakyat Pulau Pinang. 'Tokong' bermakna Lim Guan Eng perlu disembah oleh masyarakat Cina Pulau Pinang dan mesti dihormati oleh orang Melayu dan India Pulau Pinang. 

"JB cadang kan kepada Mansor Othman,Pengerusi PKR Pulau Pinang,buat patong bermukakan Lim Guan Eng dan keluarkan arahan,agar tiap-tiap ahli DAP,PKR dan Pas membeli dan menyimpan patong Lim Guan Eng di rumah dan di pejabat-pejabat Kerajaan Negeri Pulau Pinang termasuk satu patung Lim Guan Eng yang tinggi dan besar diletakan diatas Bukit Bendera,Pulau Pinang.

APA KORANG MEREPEK PASAL #MERDEKA55 NI??


Apa Itu Tweet Merdeka?

Tweet Merdeka adalah satu program anjuran JASA di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sempena dengan Sambutan Hari Merdeka Ke-55 yang bakal dianjurkan pada 31 Ogos 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Apakah Matlamat Tweet Merdeka?

Tweet Merdeka bertujuan untuk memecahkan rekod dunia dan menempa rekod baru di dalam Malaysia Book of Records berdasarkan kepada 2 kategori yang berikut:
A. Perhimpunan Pengguna Twitter Terbesar di Dunia
B. Jumlah Tweet Terbanyak dalam Tempoh 1 Jam Dengan Menggunakan Hashtag #Merdeka55

Apakah Sasaran Tweet Merdeka Untuk Memecahkan Rekod Tersebut?

Untuk melayakkan Tweet Merdeka untuk menempa rekod baru di Malaysia Book of Records, Tweet Merdeka perlu mendapatkan sekurang-kurangnya:

A. 10,000 pengguna Twitter
B. 20,000 tweets dalam masa 1 jam menggunakan hashtag #Merdeka55

Siapa Boleh Sertai?

Sesiapa sahaja yang mempunyai akaun Twitter. Sekiranya anda belum lagi mempunyai akaun Twitter, masih sempat lagi untuk anda mendaftar di Twitter.com

Bagaimana Untuk Sertai?

Untuk kategori A:
1. Daftarkan diri anda di www.twtupmerdeka.blogspot.com
2. Hadir pada hari kejadian dan sahkan pendaftaran anda di kaunter pendaftaran. (Seperti rajah A)

RAJAH A

3. Pastikan anda menerima tag peserta beserta nombor siri, t-shirt Tweet Merdeka (selagi stok masih ada), topi Tweet Merdeka (selagi stok masih ada) dan lain-lain yang ada di dalam beg goodies.
4. Masuk ke dalam Stadium dan duduk di kawasan yang telah ditetapkan untuk program Tweet Merdeka. (Seperti rajah A)
5. Pengiraan peserta akan dibuat berdasarkan pengesahan yang dibuat di kaunter pendaftaran sehingga jam 8.00 malam.
6. Peserta akan turut serta menulis tweet untuk kategori B.
Nota tambahan: Peserta dinasihatkan hadir sebelum jam 6.00 ptg bagi mengelakkan kesesakan di pendaftaran.

Untuk kategori B:
1. Pada hari kejadian, tepat jam 8.15 malam, kesemua pengguna Twitter tidak kira di stadium ataupun di mana sahaja akan memulakan Tweet Merdeka dengan menulis tweet.
2. Perkara yang perlu ada di dalam tweet anda untuk melayakkan kiraan untuk kategori B adalah #Merdeka55 dan @NajibRazak. cth:

"Bersama kita jayakan #Merdeka55 bersama @NajibRazak"

3. Tweet Merdeka akan berlangsung selama 1 jam sehingga jam 9.15 malam.
4. Pengumuman akan dibuat setelah 1 jam.

Apakah Tarikan Lain Yang Ada Semasa Program Tweet Merdeka?

1. Selebriti tempatan seperti Fizo Omar, Lisa Surihani, Elfira Loy, Mia Sara Nasuha, Remy Ishak, Iqram Dinzly, Kamal Adli, Intan Ladyana, Adi Putra, Scha Al Yahya, Awal Ashaari, Kenchana Devi, Yana Samsudin, Amber Chia, Shaheizy Sam, Johan Asari dan ramai lagi akan turut serta bersama peserta di Stadium dan juga menulis tweet pada hari kejadian.
2. Cabutan bertuah yang sangat lumayan seperti Iphone 4s, New Ipad, Macbook, Blackberry Curve, dan banyak lagi termasuk sebuah kereta Proton Preve.
3. Sijil Pencapaian sebagai Penempa Rekod Dunia bagi kategori A.
4. Pada masa yang sama, terdapat juga sambutan hari raya peringkat kebangsaan yang diadakan di perkarangan stadium itu sendiri!
5. PM DS Najib Razak akan memilih 3 tweet bertuah pada hari tersebut untuk diberikan hadiah istimewa. (Mungkin makan malam bersama PM) 

Bagaimana Untuk Mendapatkan Maklumat Terkini?

Pastikan anda follow @TwtUpMerdeka di Twitter dan Like FanPage 55 Merdeka, Janji Ditepati di Facebook.
Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan, bolehlah e-mail kepada twtupmerdeka@gmail.com ataupun terus bertanyakan di twitter ataupun Facebook seperti link di atas.

HIDUP @NIKABDULAZIZ !! KELAB TIADA DARA PERTAMA DI MALAYSIA!!


KOTA BHARU: Mereka menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT), malangnya akhlak masing-masing amat rendah apabila aktif mengamalkan seks bebas, malah bergabung mewujudkan seolah-olah satu kelab bagi merancang kegiatan.

Tanpa mempedulikan dosa dan masa depan, kumpulan siswi berusia 19 hingga 21 tahun itu tidak mahu melihat ada ahli kumpulan mereka yang masih dara.

Malah, sesiapa yang masih dara dipecat ‘keahliannya’ atau tidak layak menyertai kelab itu dan dianggap sebagai kolot atau kekampungan.

Akibatnya, seorang daripada siswi yang pernah menjadi ahli ‘kelab tiada dara’ itu kini menanggung derita kerana disahkan doktor dijangkiti virus HIV berikutan terbabit kegiatan seks bebas.

Sumber: Harian Metro

Friday, August 24, 2012

TERKINI!! NURUL IZZAH LARI KE TITIWANGSA


Sebelum ini kita pernah dikhabarkan yang Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim telah berura-ura untuk lari dari kampung halaman untuk mencuba nasib di Parlimen Nibong Tebal bagi menyelamatkan karier politik peribadi setelah mengetahui cengkaman pengaruhnya di Permatang Pauh saban waktu semakin merosot.

Pun demikian apabila menyedari hasratnya itu sudah terdedah pada umum, mahu tidak mahu untuk mengelak malu dan polemik yang berpanjangan, terpaksa digagahkan jua kakinya untuk terus bertahan di Permatang Pauh sekalipun tahu hujung hayat politiknya dalam PRU 13 mungkin bakal ternoktah di sana.

Rupanya bukan Anwar sahaja yang mengalami sindrom ketakutan untuk menerima penolakan rakyat kerana ia turut menjangkiti anak sulungnya, Nurul Izzah yang sekarang ini adalah Ahli Parlimen Lembah Pantai merangkap Naib Presiden PKR.

Perkembangan terbaru yang diperolehi dari sumber-sumber PKR menyebut, Nurul Izzah sudah pasti akan lari meninggalkan Parlimen Lembah Pantai setelah tidak tahan menerima asakan dari Menteri Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang kian melebarkan pengaruhnya di sana.

Nurul Izzah sedar kehadirannya di Lembah Pantai langsung tidak memberi impak positif kepada penduduk dan pengundi di sana, apatah lagi selepas beberapa kajian yang dilakukan oleh jentera PKR turut mengesahkan senario semasa tidak lagi memihak kepada PKR.

Hasil kajian-kajian itu turut menjangkakan peluang PKR di Lembah Pantai bukan sahaja terlampau malap malah kemenangan pastinya condong kepada BN dengan kelebihan sekitar 2,000 undi.

Sementelah lagi sudah sekian ramai hulubalang dan orang kanannya di kawasan parlimen itu telah beramai-ramai terjun dari kapal mencari perlindungan di bahtera BN, nampak gayanya terpaksa juga Nurul Izzah mengorak langkah mencari kawasan baru yang difikirkannya masih putih untuk menerimanya.

Mengikut maklumat tersebut lagi, kawasan parlimen baru yang bakal ditandingi oleh Nurul Izzah ialah Titiwangsa yang sebelum ini dikuasai oleh calon PAS, Allahyarham Dr. Lo'Lo yang memenangi parlimen tersebut dengan majoriti 1,972 undi.

Sebagai ganti peralihan kerusi tersebut, PKR akan menyerahkan kerusinya di Parlimen Wangsa Maju untuk ditandingi oleh calon PAS.

Pada PRU 2008, Parlimen Wangsa Maju dimenangi calon PKR, Wee Choo Keong selepas menewaskan penyandang asal dari BN dengan majoriti 150 undi. Wee, bagaimanapun meninggalkan PKR pada Mei 2010 dan kekal sebagai wakil rakyat Bebas sehingga sekarang.

Nurul Izzah mungkin berasa lega kerana merasakan sudah ketemu kawasan yang dikiranya selamat, tapi dengan senario hari ini yang makin memihak kepada BN dan gelombang penolakan rakyat terhadap pembangkang semakin kuat melanda negara, angan-angan Nurul Izzah untuk sekali lagi menjadi 'yang berhormat' nampaknya masih terlalu jauh dari jangkauan.

posted from Bloggeroid

GEMPAR!! @NIKABDULAZIZ MULA BACA UTUSAN DALAM HOSPITAL!!


Berita gempar yang baru adalah Mursyidul Am PAS telah direhatkan di hospital kerana sakit tua. Kita sebagai umat Islam doakanlah semoga ularmak PAS ni cepat sembuh. Tak baik doakan kematian orang lain. Tapi kalau mati bulan Syawal ni pun ok sebab besar pahalanya. Confirm direct masuk syurga PAS.

Tapi yang lebih gempar adalah NIK AZIZ BACA UTUSAN!!! Jangan tak percaya, mungkin hati Nik Aziz dah terbuka untuk menerima UMNO sebagai sahabat dan akan membuang DAP yang terus menidakkan usaha PAS mendaulahkan ISLAM di Malaysia.

Kita berdoalah yang PAS keluar dari pakatan pembangang. Islam tak kan subur bersama DAP. Percayalah.

posted from Bloggeroid

Thursday, August 23, 2012

PANAS!! PKR PENANG LETAK CALON CINA GANTI DAP!!

Panas semakin terik apabila parti komponen dalam pakatan haram sudah semakin keliru dengan tindakan dan strategi masing-masing yang mula memakan diri. Tidak mendoakan kehancuran seperti Nik Aziz, cuma berharap yang PAS kembali sedar dengan asal usul perjuangan setiap rakan partinya dalam pakatan.

DAP tidak pernah hendak mengalah atas sikap anti-Islamnya. PKR tidak mahu kalah kepada dua rakan sekutunya dan hendak terus berkuasa menjadi parti dominan dalam pakatan. Manakala PAS pula dilihat semakin hilang arah tujuan dalam slogan "membangun bersama Islam".

PKR Pulau Pinang telah meletakkan calon dari kaum Cina untuk bertanding pada pilihanraya 13 akan datang memandangkan mereka melihat yang DAP menerusi Ketua Menteri Pulau Pinang, Guan Eng sudah melampau dan terlalu angkuh dalam merebut harta dan kuasa di Pulau Mutiara tersebut.

Akibat dari rasa tidak puas hati, Datuk Mansor Othman, Ketua PKR Penang dalam minit mesyuarat telah merancang untuk meletakkan calon-calon dari kaum Cina sebagai langkah berjaga-jaga jika DAP cuba membolot kesemua kerusi di Pulau Pinang.

Dalam kes ini, PAS juga yang terhimpit antara dua parti ini kerana sudah nampak di Pulau Pinang yang PAS sendiri telah disingkirkan dari pakatan. Dan yang lebih mustahak adalah calon PAS dinafikan haknya untuk bertanding di Pulau Pinang kerana Guan Eng hendak menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri Kristian pertama di Malaysia. 

@FUHAS_TWEET - KP JASA, BAKAR LINE PEMBANGKANG!!



Wednesday, August 22, 2012

@NIKABDULAZIZ PENYUMBANG TERBESAR DANA PATUNG DI KELANTAN

Berilah undi kepada PAS dan Pakatan nescaya segala keperluan ugama Buddha akan ditunaikan. Cakaplah apa sahaja waima patung berhala sekalipun tetap Menteri Besar Kelantan akan beri yang penting beri undi kalian kepada PAS.

Jadi inilah hasilnya. Buat apa bina masjid jika orang Islam tak pergi masjid. Lebih baik bina patung berhala, penganut Buddha suka, undi pun dapat.






APABILA DAP CUBA BERLAGAK JADI HERO!!

Lagi seorang pemimpin tertinggi DAP sudah bersuara dan cuba untuk menjadi hero dalam menyelesaikan kemelut persengketaan hukum hudud antara Karpal dan Ust. Nasha. Tan Seng Giaw, Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan berkata di dalam Sinar Harian malam tadi bahawa setiap pemimpin parti perlu menghormati antara satu sama lain terutama berkenaan dengan agama di Malaysia yang mempunyai masyarakat berbilang bangsa dan agama.

Beliau menambah, Karpal sepatutnya tidak lagi mengeluarkan kenyataan-kenyataan menghalang hukum hudud dan cuba campur tangan dalam urusan agama parti komponen pakatan yang lain. Namun bagaimanapun, Karpal telah mengumumkan kepada media yang beliau tetap berkeras akan membawa Ustaz Nasharudin Mat Isa ke mahkamah kerana memfitnah beliau sebagai anti-Islam.

Seng Giaw cuba untuk menjadi orang tengah dalam meredakan krisis dalaman pakatan kerana tidak mahu pihak lawan mendapat peluang untuk merobohkan pakatan. Tapi, kita tidak pernah lupa yang Seng Giaw juga pernah mengeluarkan satu kenyataan akhbar yang menyebut undang-undang hudud mustahil untuk dilaksanakan jika pakatan berjaya memerintah Malaysia. Klik SINI.

Bagi menutup malu atas persengketaan antara dua parti yang terlalu jelas berbeza ideologi, Ahli Parlimen Kepong ini terpaksa menjadi penenang antara mereka dan juga wakil bagi DAP atau bukan Islam supaya sengketa ini tidak melarat hingga boleh memusnahkan pakatan. 

Sedarlah wahai umat Islam terutama yang masih di dalam PAS supaya lihat dengan mata hati yang sebenarnya DAP sedang menyusun sandiwara supaya Malaysia jatuh ke tangan mereka. Jika PAS keluar dari pakatan, maka akan hancur berkecailah harapan mereka kerana hanya PAS sahaja yang mampu memecahkan undi dari kaum Melayu dan Islam. DAP sedang mencipta satu ruang untuk mereka sendiri supaya mereka boleh didendangkan sebagai hero dalam penyelesaian isu agama. Fikirkan.

SELAMAT HARI RAYA DARI DR. KHIR TOYO


Selamat Hari Raya aidilfitri. Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada semua pembaca laman ini jika ada tersalah bahasa, tersilap tulis dan terkasar komen sepanjang kewujudan blog ini. Maaf zahir dan batin.

Di kesempatan ini juga saya ingin menjemput saudara/i, termasuk rakan-rakan yang bukan beragama Islam, ke Rumah Terbuka saya mengikut butiran berikut:

Tarikh: 25 Ogos 2012 (Sabtu)
Tempat: Anjung Seri Atin, Simpang Lima, Sungai Besar, Selangor
Jam: 10 pagi - 4 petang.

Ikhlas,

Dr. Mohamad Khir bin Toyo
ADUN Sungai Panjang

WOO!!! WARGA ASING 'BERAYA' BERSAMA PELACUR!!


Cuti Hari Raya ‘dimanfaatkan’ sepenuhnya segelintir warga asing dengan menjadikan rumah pelacuran di Lorong Pudu, Jalan Changkat Tong Shin dan Jalan Thambipillay, Brickfields, di sini sebagai lokasi tumpuan.

Tinjauan dua jam Harian Metro bermula jam 12 tengah hari mendapati hampir semua lorong hanyir itu dipenuhi warga asing, kebanyakannya dipercayai buruh kontrak terdiri daripada warga Indonesia, Bangladesh, Nepal dan Vietnam.

Kebanyakan mereka yang datang secara individu atau berkumpulan dilihat terlebih dulu membeli ubat kuat yang dijual di kaki lima sebelum masuk ke rumah tumpangan untuk melampias nafsu.

Malah, wartawan Harian Metro yang menyamar sebagai pelanggan di Lorong Pudu tergamam seolah-olah ada pesta di situ berikutan kesesakan luar biasa membabitkan kehadiran begitu ramai lelaki warga asing itu.

Memang aku dah agak dah , KL akan jadi tempat tumpuan warga asing di mana , semua warga KL pulang beraya , senang lah mereka nak buat kerja .

TQ ArauBlogger.com

Tuesday, August 21, 2012

SEBAK DAN HIBA SEORANG IBU MENANTI MIN PULANG!!!


Kalau lah boleh disumpah si azmin ni dah lama jadi kereta ferrari merah. Kesian tengok Mak Tom yang menangis teresak menanti kepulangan anak lelakinya. Tiadakah lagi sifat simpati dan sayang kepada ibunya? Hingga sanggup mengabaikan tanggungjawab nya sebagai seorang anak?

Taubatlah azmin. Pulanglah kepangkuan ibu. Tinggalkanlah anwar yang telah membawa kamu jauh tersesat.

posted from Bloggeroid

NASRUDIN @TANTAWI100 MULA SERGAH KARPAL KERANA SUDAH MELAMPAU!!

Ketika angin perbalahan semakin kencang di antara Nasharudin Mat Isa dan Karpal Singh berkenaan hukum hudud yang diperjuangkan PAS, tiba-tiba Nasrudin Hassan, Ketua Pemuda PAS pula sudah mula naik angin dengan pertikaian Karpal yang menentang hukum hudud.

Dalam akaun twitternya malam tadi Nasrudin Hassan Tantawi berkata yang Karpal tidak sepatutnya telalu melampau dalam menentang hukum hudud yang disaran PAS. Malah, beliau juga meminta pemimpin DAP yang lain menasihati Karpal berkenaan pertikaian hukum hudud ini sebelum timbul api kemarahan umat Islam.


JB lihat fenomena anti-Islam yang digarap oleh Karpal dalam DAP telah menjadi dan ribuan ahli DAP yang totally anti-Islam dan anti-Melayu telah bersetuju kerana tiada sebarang kenyataan balas atau menghalang Karpal dari terusan mengeluarkan kenyataan terbabit.

JB harap semua ahli dan penyokong PAS sedar. Fikirkan.

Monday, August 20, 2012

PANAS!! KECEWA DENGAN PAS, BENDERA GERGASI DITURUNKAN!!

Akibat kecewa dan mula benci kepimpinan PAS yang seolah-olah mendiamkan diri bila mana Ustaz Nasha dihina dan di fitnah dengan bermacam tohmahan, ada segelintir ahli-ahli PAS yang tidak berpuashati telah menurunkan bendera PAS seperti dalam gambar di atas.

Gambar ini diambil di salah sebuah taman perumah di Selangor atau lebih tepat lagi di Puncak Alam, Kuala Selangor. Rentetan isu-isu luaran dan dalaman parti yang semakin jauh terpesong, ada ahli PAS yang semakin berang dengan permainan dan angan-angan PAS yang terkubur sejak menjerumuskan diri dalam kancah Pakatan Haram.

"Langkah mayat saya dulu." itulah ungkapan yang sering digunapakai oleh Presiden DAP, Karpal Singh setiap kali PAS melaungkan ungkapan hudud di Malaysia. Adakah ini yang dinamakan demokrasi bila umat Islam ingin menegakkan hukumnya maka dilarang dengan keras oleh individu OKU ini?

Berhentilah bermain permainan politik yang bakal menghancurkan gelaran parti Islam ini. Janganlah dibiarkan Islam itu dipijak oleh golongan kafir harbi yang terus terusan ingin menghancurkan dan menenggelamkan Islam di Malaysia. 

Tiada larangan dalam menegakkan Islam dalam UMNO, jangan menuduh UMNO bukan Islam kerana 100% ahli UMNO adalah Islam dan Melayu tiada terkecuali. Jika kita tidak kuatkan bangsa bagaimana hendak kuatkan syiar Islam. Bersatu dahulu sebelum terfikir tegakkan agama Islam. Fikirkan.