Dakwaan Pertama: RM6 bilion hilang. Rasuah.
-Sehingga hari ini, dari laporan PAC sehingga la siasatan SPRM. Tiada bukti RM6 bilion itu hilang. Malah PAC melaporkan RM6 bilion itu digunakan bagi membina kapal LCS cuma lewat kerana masalah perolehan. Ini isu lewat bukan isu songlap. Kapal pun dah lebih 55% siap sebelum dibekukan oleh PH.
Dakwaan ke-2: Dato’ Seri Zahid terlibat kerana beri surat anugerah
-Surat anugerah perkara biasa dalam memulakan projek. Ia masih tertakluk kepada kontrak yang ditandatangani. Surat anugerah 2011. Kontrak ditandatangani 2014. DSZH berhenti jadi Menteri Pertahanan 2013.
Dakwaan ke-3: Jadi ini salah DS Hisham sebagai Menteri Pertahanan
Kontrak ditandatangani 2014. Pembinaan bermula Disember 2015. Isu kelewatan berlaku selepas itu. Punca itu yang perlu dikaji. Bukan siapa jadi Menteri bila kontrak ditandatangani. Sudah tukar 5 Menteri Pertahanan sejak 2011 termasuk Menteri elephant fight elephant Mat Sabu. Kalau semua nak salahkan Menteri kenapa tak salahkan yang itu sekali?
Dakwaan ke-4: Dato' Seri Najib terbabit tukar rekabentuk dan pilih kontraktor DCNS Perancis
Belum ada apa-apa bukti campurtangan sesiapa dalam apa-apa pertukaran rekabentuk atau memilih subkontraktor
Dakwaan ke-5: Boustead diberi surat penganugerahan tahun 2011 untuk membina LCS. Dah 11 tahun, kenapa tidak ada kapal yang siap?
-Surat Anugerah atau ‘letter of award’ perkara biasa dalam memulakan projek. Ia tertakluk kepada perbincangan selanjutnya untuk memeterai kontrak. Kontrak dimeterai pada Julai 2014 dan pembinaan bermula Disember 2014.
Dakwaan ke-6: Kapal dirasmikan tahun 2017 depan Sultan Perak. Ada dakwaan yang kata ini kapal palsu
-Gambar yang viral itu adalah Majlis Penamaan dan Pelancaran Kapal. Kapal pertama LCS diberikan nama ‘LCS1 Maharaja Lela’ perkara ini perkara biasa. Isteri Mat Sabu pun pernah sempurnakan Majlis Penamaan dan Pelancaran Kapal Littoral Mission Ship (LMS) pada tahun 2019. Selepas pelancaran, kapal akan kembali ke ‘dockyard’ bagi meneruskan pembinaan.
Dakwaan ke-7: 2014-2017 kenapa kemajuan projek hanya 44%? Sepatutnya tahun 2017 dah siap satu.
-Apabila kontrak dimeterai, antara persetujuan adalah untuk kapal pertama diterima tahun 2019 bukan 2017. Memang patut pun siap tahun 2019. Tetapi ingat balik tahun 2018. Selepas PH ambil alih. Mat Sabu kata ‘gagal siap reka bentuk punca 6 kapal TLDM lewat diterima’.
-Selepas itu mereka bekukan dan lewatkan lagi projek ini tahun 2019. Macam projek lain yang mereka lewatkan. Hujungnya, Salah BN juga.
Dakwaan ke-8: Ada yang kata Kapal ini tak wujud seperti kapal selam dan helicopter
-Cuba tengok dan tanya TLDM, betul ke kapal ini tak wujud? Gambar yang viral itu bukti bahawa kapal itu wujud. Dia bukan macam terowong Pulau Pinang. Itu betul betul tak wujud. Mat Sabu dan Liew Chin Tong pun meninjau proses pembinaan. Waktu itu tak ada bunyi pula..
Dakwaan ke-9: Surat teguran Panglima TLDM
-Dalam hal ini, ia adalah perbezaan pandangan. Pengerusi Boustead Naval Shipyard mantan Panglima TLDM dan Panglima TLDM pada ketika itu ada perbezaan pendapat dalam memilih antara kapal gowind dan sigma.
Dakwaan ke-10: Kenapa rundingan secara terus dan bukan Open Tender?
-Boustead Naval Shipyard adalah syarikat milik LTAT. Sebuah GLC. Mereka ada kepakaran membina kapal seperti kapal LMS yang sudah siap dan diberikan kepada TLDM.
-Bila berikan kepada Boustead, yang dapat kelebihan adalah LTAT yang boleh berikan dividen tinggi kepada ahlinya.
-Segala untung dari projek ini akhirnya pergi ke Tentera kita.
-Kalau bukan BNS nak bagi ke siapa? Ke nak jadi macam projek NGPV era Tun Mahathir? Menjadi projek gagal.