Konco-konco ku

Friday, January 4, 2013

PAS SEKINCHAN DAN NG SUEE LIM BERTELAGAH REBUT KERUSI!!!

TERKINI dari Pekan Sekinchan!!! Ng Suee Lim atau lebih dikenali dengan panggilan Celeng Sekinchan dikhabarkan sedang bergaduh dengan kepimpinan PAS kawasan Sekinchan kerana berebut kerusi panas DUN Sekinchan.

Perkara ini telah disahkan sendiri oleh beberapa orang kanan kepimpinan PAS kawasan Sekinchan yang baru-baru ini telah berjumpa dengan salah seorang kepimpinan UMNO Bahagian untuk menawarkan kepada beliau kerusi DUN Sekinchan sekaligus meninggalkan UMNO dan menyertai PAS.

Dikhabarkan juga yang kepimpinan DAP pusat sudah tidak sebulu dengan Celeng Sekinchan ini akibat dari pendedahan YB Sekinchan ini berkenaan penyelewangan dan politik wang yang disiarkan di media. Kemungkinan besar pemimpin DAP ini tidak lagi bertanding di Sekinchan dan mungkin akan bertanding di kerusi Parlimen Sungai Besar.

Orang tempatan terutama penyokong PAS sudah menyirap dengan perangai Ng Suee Lim yang lebih mementingkan kaum Cina berbanding kaum-kaum lain di Sekinchan. Segala macam peruntukan sudah habis dibelanjakan kepada persatuan-persatuan kaum Cina di sana, manakal bagi kaum lain hanya diberikan program-program kecil yang tidak ada faedah kepada mereka.

Apa sudah jadi? Adakah Ng Suee Lim bakal tersungkur tanpa sokongan PAS kawasan?

No comments:

Post a Comment

comment please.....