Konco-konco ku

Wednesday, January 9, 2013

HARGA SEORANG PENULIS BEBAS HANYA BERNILAI RM1,000.00 BAGI DAP!!

NGA KOR MING berbulu betul dengan blogger Pisau.net yang telah menyebabkan beliau serta sepupunya Ngeh Koo Ham disabitkan dengan pemilikan beberapa ekar tanah balak di Kelantan yang dikatakan dihadiahkan oleh Nik Aziz kepada mereka sebagai timbal balas Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar Perak awal 2008 dahulu.

Sebagai langkah terakhir dan terdesak, DAP terpaksa bermain dengan mahkamah untuk menyorokkan segala kegiatan yang mereka lakukan dari rakyat. Kerana mahu menunjukkan yang parti mereka adalah bersih, mereka terpaksa melakukan apa sahaja untuk survival politik mereka di Malaysia.

Tetapi kenapa harga untuk mencari siapa pengendali blog pisau.net ni hanya berjumlah RM1,000? Tu yang aku tak puashati. Rendahnya nilai penulis blog pembongkar fitnah pakatan ni. Naik kan lah sikit duit ganjaran tu baru lah ramai pencacai pakatan yang menyorok dalam UMNO keluar beri maklumat. Serius dan aku yakin akan ramai pengkhianat dalaman UMNO akan keluar beritahu siapa itu pisau.net.

Hanya cadangan bukan saranan.

4 comments:

  1. Pisau net mesti berani macam papagomo, ini masa dan peluang dedahkan dap. cepat sahut cabaran ini jangan menyorok lagi, berani karana benar.

    ReplyDelete
  2. ye.. ye.. cepat la keluar en pisau.. keluar bukti yang lain.. biar en nga lebih panas lagi.. untung nasib dia naikkan lg bounty ke 100000.. mcm cerita komik pula cari org bayar duit.. james bond tak nak upah ker?

    ReplyDelete
  3. hahaha.... akaulah blogger pisau tu.... tak percaya?

    ReplyDelete
  4. RM1000 ? kos untuk dedahkan indentiti pisau.net pun tak cukup !!! muahaaaaaaa

    ReplyDelete

comment please.....