Monday, August 27, 2018

BR1M : BANTUAN RASUAH 1 MALAYSIA

Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional terdahulu perlu dihentikan kerana ia mempunyai unsur rasuah untuk mendapatkan sokongan rakyat, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Bagaimanapun kerajaan Pakatan Harapan (PH) sedang merangka inisiatif baharu yang meletakkan fokus untuk mensejahterakan rakyat bukan menyogok atau memperbodohkan rakyat, katanya.

“Melalui Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan kewangan kita pastinya akan memberikan pandangan dan membentangkan inisiatif baharu dalam hala tuju ekonomi negara di Parlimen dalam masa yang terdekat.

“Kalau fokus ini untuk daya rakyat, saya percaya rakyat akan mempunyai kuasa ekonomi yang lebih dalam membantu meringankan kos sara hidup masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tertinggi Cabang (MATC) 2018 negeri Perak hari ini.

Memetik sebuah portal berita dalam talian semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pentadbirannya berhasrat mengurangkan BR1M secara berperingkat sebelum dihentikan sepenuhnya.

Monday, August 20, 2018

PANDA DARI NEGARA CHINA AKAN DIPULANGKAN KEMBALI?

Mendapat perkhabaran kurang senang apabila menurut sumber yang boleh dipercayai, pasangan Panda yang dipinjamkan dari negara Republik China kepada Malaysia dikatakan akan dipulangkan kembali kepada China.

Ini ekoran krisis kewangan negara yang sudah tidak dapat menampung lagi pemeliharaan pasangan Panda Gergasi, Xing Xing dan Liang Liang, di Kompleks Konservasi Panda Gergasi Zoo Negara.

Sebelum ini pasangan panda ini telah melahirkan seekor anak panda yang diberi nama Nuan Nuan namun sudah dihantar pulang ke China sebagai mana perjanjian asalnya.

Pasangan panda berkenaan dikhabarkan akan melahirkan anak panda lagi tidak lama lagi dan kerajaan Malaysia khususnya Zoo Negara sudah tidak mampu menanggung pengurusan pasangan Panda tersebut yang menelan belanja hingga RM11.6 juta setakat tahun lalu.

Pihak kerajaan Malaysia menyatakan ini merupakan satu pembaziran yang nyata dan pasangan panda tersebut seharusnya dipulangkan segera kepada negara China.

Tuesday, August 7, 2018

MOT SINGAPURA NAFI BERJUMPA AZMIN BINCANG KERETAPI LAJU

Kementerian Pengangkutan Singapura (MOT) menafikan bahawa Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali telah bertemu dengan beberapa "pegawai kanan" di republik itu untuk membincangkan projek Rail Speed ​​(HSR).

Portal berita Today Online memetik seorang jurucakap MOT mengatakan bahawa tiada mesyuarat telah dijadualkan antara Azmin dan para pegawainya, tidak ada yang berlaku antara kedua-dua pihak.

"Sehingga 6 Ogos 2018, kerajaan Malaysia tidak memberikan penjelasan yang diminta oleh Singapura dan belum menyampaikan tarikh cadangan mereka untuk perbincangan sedemikian," kata jurucakap itu.

Semalam, Azmin memberitahu wartawan di Parlimen bahawa dia telah bertemu dengan beberapa pegawai kanan di Singapura untuk membincangkan HSR, ketika berada di negara itu untuk melawat Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin, dan pertemuan itu "sangat positif".

Menteri itu juga berkata mesyuarat rasmi mengenai perkara itu akan berlaku dalam bulan itu, dan menambah bahawa dia akan mengeluarkan kenyataan mengenai perkara tersebut tidak lama lagi.

Singapura telah mendapatkan keputusan rasmi Putrajaya mengenai HSR sejak Jun.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sebelum ini berkata bahawa Singapura sepatutnya mengetahui pendirian Putrajaya mengenai projek pengangkutan mega.

Antara perkara pertama yang dilakukan Mahathir sebagai perdana menteri ialah membatalkan HSR, memetik kos yang tinggi dan tidak mendapat keuntungan.

"Kami akan rugi dari pembinaan (HSR) ini," katanya.

HSR KL-Singapura sebelum ini dikatakan berharga RM110 bilion.

Sumber: MalaysiaKini
Terjemahan: Jawa Bernam

SULTAN PERAK BERI AMARAN KERAS TENTANG KONTRAK SOSIAL

KERAJAAN terima pakai ke titah KDYMM Sultan Perak/Timbalan YDP Agung ni?Rakyat mahu konsensus dari Majlis Raja2 demi mempertahankan Perjanjian Raja2 Melayu dgn rakyat dan perjanjian rakyat dgn Raja2 Melayu.

Ada rakyat yg bangga dgn apa yg kerajaan lakukan hari ini dan ramai juga rakyat yg semakin bimbang ttg usaha kerajaan utk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

Kita harap Titah Tuanku ini akan turut menjadi Titah Raja2 Melayu yg lain2 juga,bukan sekadar kenyataan semata2..

Apa pun,patik menjunjung kasih Tuanku atas ingatan dan penegasan ini. Harapan patik sekalian agar Raja Raja Melayu susuli titah ini dengan tindakan.

Patik masih ingat bagaimana semasa pentadbiran lalu apabila ada kalangan pimpinan BN tersalah bicara nescaya dititah mengadap dan pelbagai peringatan keluar dari istana

Kini cacing naik ke mata,patik ternanti nanti apakah titah sekalian baginda Raja2..?

Ampun Tuanku..!

- Rafi Awang Kechik

Monday, August 6, 2018

BEKAS TAHANAN SPRM KES SKANDAL KKLW SABAH DILANTIK PENGARAH JABATAN AIR SABAH

Apa sudah jadi?Konsultan dan Jurutera yang terlibat dengan skandal penyelewengan KKLW RM1.5b dilantik sebagai Pengarah JANS.Apakah ini pembayaran Shafie Apdal kerana menutup kes sebagai saksi SPRM?

Surat Pelantikan dari Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri

Apa sudah jadi dengan Kerajaan Warisan pimpinan Shafie Apdal ini? Dari Ketua Menteri haram hingga pegawai semua kaki songlap dan tidak berintegriti.

Amarjit Singh Setiausaha Warisan Putatan yang terlibat dengan skandal rasuah RM1.5 bilion KKLW dalam Projek Naik Taraf Loji Air Sungai Intan Semporna kos RM47 juta sebagai konsultan projek dilantik secara kontrak sebagai Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah, Jurutera Gred J54 berkuatkuasa 10 Ogos 2018 dengan gaji permulaan RM 7,779. Tidak pernah menjadi penjawat awam tetapi dilantik secara kontrak. Mahirkah beliau pekeliling, peraturan dan urusan penjawat awam?

Jabatan Air Negeri Sabah yang kontroversi disiasat SPRM tahun lalu apabila 170 projek bekalan air (BALB) peruntukan KKLW lesap berbilion kini dipimpin oleh salah seorang yang jurutera yang terlibat dalam kes rasuah itu. Apa akan jadi kepada Jabatan Air Negeri Sabah?


Baca lagi: 

AHLI PARLIMEN SELAYANG LETAK JAWATAN? BERI LALUAN KEPADA ANWAR UNTUK JADI PM

DESAS-desus yang mengatakan Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen bakal meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen atas desakan memberi laluan kepada Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang baharu.

Perkara ini sudah mula kedengaran apabila semalam Anwar telah menang tanpa bertanding jawatan Presiden Keadilan.

Seperti sedia maklum bahawa PM sekarang, Tun Dr. Mahathir sudah berjanji sebelum memenangi pilihanraya lalu bahawa beliau hanya akan menjadi Perdana Menteri sementara lebih kurang 2 atau 3 tahun sahaja dan seterusnya akan menyerahkan jawatan nombor satu itu kepada Anwar Ibrahim.

Pemilihan pimpinan pusat Parti Keadilan Rakyat bakal diadakan bulan Ogos dan September ini yang mana memperlihatkan pertandingan demokrasi antara semua calon yang bertanding.

Wan Azizah tidak mempertahankan jawatannya sebagai Presiden kerana memberi laluan kepada suaminya Anwar Ibrahim dan seterusnya akan mengangkat suaminya sebagai Perdana Menteri menggantikan Tun Dr. Mahathir.

Sementara itu, Wan Azizah akan kekal di Parlimen Pandan dan jawatannya sekarang dijangka akan dikekalkan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Khabar angin bertiup kencang mengatakan selepas pemilihan parti PKR yang bakal diadakan, dijangka mungkin ada sedikit rombakan kepada Menteri Kabinet yang dilantik oleh Perdana Menteri sekarang.

Semalam setelah penghantaran borang ditutup, pertandingan Timbalan Presiden dijangka sengit dengan calon Rafizi Ramli yang dikatakan menyokong Anwar Ibrahim akan berlawan dengan Azmin Ali yang dikatakan menyokong Mahathir Mohamad.

Jika benar seperti didakwa, kemungkinan besar jika Azmin Ali kalah pada pemilihan ini maka akan ada dua lagi Pilihanraya Kecil bagi memberi laluan kepada Rafizi Ramli memegang jawatan sebagai Menteri Kabinet menggantikan Azmin Ali.


Sunday, August 5, 2018

MENANG TANPA BERTANDING: ANWAR PRESIDEN KEADILAN YANG BAHARU

Dato' Seri Anwar Ibrahim SAH Presiden KEADILAN selepas menang tanpa bertanding posisi tersebut.

Awal pagi tadi, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sah bertanding bagi jawatan presiden parti itu setelah borang pencalonannya diterima oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) pagi tadi.

Pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha JPP, Ismail Yusof dengan menyatakan borang Anwar bertanding jawatan Presiden pada 11.15 pagi.


“Kita sahkan JPP terima borang pencalonan Anwar. Setakat ini hanya ada satu calon Presiden,” katanya di Ibu Pejabat PKR.

Borang pencalonan Anwar dihantar oleh Pengarah Strategi PKR, Sim Tze Zin yang hadir sebagai penyokong beliau

Manakala pencadang untuk Anwar bertanding bagi jawatan itu Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Anwar sebelum ini secara rasmi menamatkan spekulasi apabila mengumumkan bertanding merebut jawatan presiden PKR dalam pemilihan parti itu bulan depan.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan seluruh pucuk pimpinan PKR bagi merebut jawatan yang kini disandang Wan Azizah.

PKR dijangka akan mengadakan pemilihan kepimpinan parti bermula Ogos hingga September ini.

PRK SUNGAI KANDIS : PKR MENANG BERGAYA

PRK Dun Sungai Kandis dimenangi calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni dengan undian sebanyak 15,427. 

Mohd Zawawi mendapat majoriti sebanyak 5,842.

Manakala calon BN, Datuk Lokman Noor Adam, 9,585 undi

Calon Bebas, K. Murthy hanya mendapat 97 undi.


PKR berjaya mempertahankan kerusi Dun Sungai Kandis pada Pilihanraya kecil Kali ini.

Walaupun BN tidak berjaya merampas kerusi Dun ini, tetapi berjaya merampas beberapa PDM yang dulunya PRU14 milik PKR.

Untuk rekod pada PRU14 BN hanya menang di 2 PDM daripada 19 PDM keseluruhan.

Pilihanraya Kecil kali ini pada jam 20.00hrs BN menang di PDM :
1) PDM Sungai Kandis
2) PDM Kampung Pandan
3) PDM Seri Gambut
4) PDM Bukit Naga

Walaupun PKR berjaya mempertahankan kerusi yang ditandingi namun mereka hilang keyakinan pengundi dan inilah mesej bahawa Rakyat sudah mula bangkit dan akan terus bangkit lawan kerajaan penipu.

Friday, August 3, 2018

ADUN PKR SURUH PERLAHANKAN AZAN

TERCABAR?

Dikhabarkan ADUN PKR Tiram, YB Gupalan mengesa agar azan di masjid diperlahankan kerana ganggu ketenteraman awam?  Sejak 1999, DUN ini dikuasai BN (UMNO) hingga 2013 tak pun kedengaran YB UMNO halang aktiviti agama lain?

Bayangkanlah dlm keadaan dimana kaum Melayu menguasai peratusan undi di DUN ini pada PRU14 lepas  (Melayu - 58.14%, Cina, 29%, India 14% dan lainya1.0%) YB ini sanggup "memberanikan diri" utk mencabar hak umat Islam? 

Mana dia maruah  pengundi umat Islam  yg memberikan kemenangan kepadanya? Bangkitlah wahai umat Islam sebelum terlewat??


Thursday, August 2, 2018

ADUN PKR SERI SETIA MENINGGAL

PETALING JAYA: Adun Seri Setia, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin meninggal dunia di Hospital Putrajaya pada 6.28 petang ini.

Setiausaha Politik kepada menteri besar Selangor, Borhan Aman Shah berkata, jenazah Shaharuddin akan dibawa pulang ke rumah keluarganya di Desa Pinggiran Putra, Kajang, selepas solat Maghrib dan disembahyangkan di Masjid Kampung Limau Manis, pagi esok.

“Jenazah Allahyarham kemudian akan disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Limau Manis,” katanya dalam satu kenyataan.

“Ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham. Saya berdoa semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan golongan yang soleh. Al Fatihah.”

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil turut mewakili parti itu menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga naib presiden PKR itu.

Shaharuddin dilaporkan menghidap kanser kolon.

Kelmarin, keluarga Shaharuddin menafikan sekeras-kerasnya laporan media yang exco Selangor itu sedang kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital di ibu kota.

Setiausaha kanan Shaharuddin, Zafrullah Aris dilaporkan berkata, Shaharuddin bercuti sebulan selepas menjalani rawatan, sebelum kembali bertugas semula.


#PRKSUNGAIKANDIS : PERANG PEMILIHAN PKR SUDAH BERMULA

DALAM kehangatan PRK Sungai Kandis, calon PKR sudah mula memainkan peranannya untuk menghentam Menteri Besar Selangor sebelum ini, Azmin ali.

Dalam isu yang terbaru beliau menunjukkan longkang yang tersembut kononnya tidak diselia oleh kerajaan negeri namun hakikatnya bekas ADUN di situ adalah daripada PKR malah menteri besar juga dari PKR. 

Siapa agaknya yang calon ini hendak ditujukan kesalahan?

Gila...

Tuesday, July 31, 2018

UMNO SELANGOR BERGOLAK


Terbaca artikel dari Malaysiakini tentang pergolakan dalaman UMNO Selangor. "Ketua Bahagian UMNO Selangor Pertikai Perlantikan Ismail Sabri". Begitulah lebihkurang bunyinya.

UMNO ni bila agaknya nak bersatu? Gilakan sangat jawatan Pengerusi Perhubungan. Boleh bagi tahu sebab apa tergila-gilakan jawatan tu. Tak sedar ke Selangor Kalah teruk dalam PRU 14. Siapa ketua bahagian yang layak sangat tu?

Kalau isu orang luar, calon BN di Sg.Kandis (Datuk Lokman Noor Adam) pun orang luar. UMNO especially ketua-ketua bahagian kena faham ini bukan soal orang luar atau anak tempatan. Ini soal kepimpinan. Atau mungkin Datuk Ismail Sabri tidak layak memimpin jentera UMNO Selangor? Apakah standard kelayakan untuk jadi Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor ini?

Asyik sibuk bergaduh isu jawatan akhirnya UMNO Selangor masih tak bergerak. Jentera bersepah dan ahli-ahli yang kehilangan punca rezeki pun ramai yang tak terbela sekarang. Cuba tanya Tan Sri Noh Omar bertapa payahnya nak kemudikan Selangor. TSNO sudah buat yang terbaik di PRU14 namun masih banyak juga cakap-cakap belakang menghentam TSNO. Siapa pun calon yang diletakkan sebagai Pengerusi Perhubungan sudah pastinya tidak akan dapat 100% sokongan. Apa yang penting adalah perubahan. Rakyat mahukan perubahan dan bukannya muka-muka lama yang kalah tapi sibuk nak berebut jawatan.

Maaf bagi yang terasa, tapi sesekali makan cili apa salahnya.

Rujuk:
Ketua bahagian Umno Selangor pertikai pelantikan Ismail Sabri
https://www.malaysiakini.com/news/436689

#tawanselangor
#kembaligemilang
#suararakyat
#bycyberian


Monday, July 30, 2018

PERDANA MENTERI MALAYSIA LANTIK AHLI PARLIMEN LANGKAWI SEBAGAI PENGERUSI KHAZANAH

Satu kenyataan akhbar telah dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri bahawa Tun Mahathir, Ahli Parlimen Langkawi sebagai Pengerusi Khazanah yang baru.

GLC strategik pelaburan ini dikatakan akan dirombak 100% oleh Perdana Menteri Malaysia dengan tenaga baru.

Turut dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah ialah bekas Menteri Besar Selangor yang mana telah mendapat perkenan Menteri Ekonomi Malaysia, Azmin Ali.

Sekian melaporkan untuk Malaysia Baharu.


ULTRA KIASU TIDAK LAYAK MEMIMPIN KEMENTERIAN PENDIDIKAN

Tersangat sedih mendengar apabila pemimpin ultra kiasu yang bertanggungjawab dalam menentukan masa depan pendidikan negara berkata minggu lalu bahawa, syarat lulus mata pelajaran sejarah tidak akan dimasukkan dalam pengiktirafan UEC selaras dengan manifesto PH yang mewajibkan hanya mata pelajaran Bahasa Melayu perlu mendapat kredit (kepujian). Mana lebih penting antara manifesto PH dengan pembinaan negara bangsa? Naif sungguh apabila ada pemimpin lebih mementingkan manifesto daripada masa depan negara.

Lebih naif lagi jika keluar dalam kalangan mereka dilantik menjaga Kementerian Pendidikan. Subjek sejarah yang amat besar ertinya kepada rakyat Malaysia, mahu dilupakan begitu sahaja hanya kerana mahukan pengiktirafan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) yang lebih bersifat minoriti. Jika sejarah negara sudah dilupakan, apa lagi yang tinggal? Cuba tanya ultra kiasu terdiri, sejarah diri dia dan sejarah parti dia, penting atau tidak? Bila dilahirkan, di mana, masa bila dan macam-macam lagi.

Berulang kali PM telah katakan, manifestonya bukan kitab suci. Tidak semestinya dipatuhi. Ketika dirangka dahulu, tidak terjangkau atau tidak terfikir akan rasionalnya, kerana emosi menguasai. Justeru, jangan terlalu obsess. Banyak isu yang lebih besar lagi yang perlu difikirkan. Kenapa Menteri dan timbalan Menteri serta pemimpin NGO Cina, dalam kepala otak mereka hanya ada Cina, Cina dan Cina. Mereka selalu berkata, kita semua ini adalah Malaysian. Maka, berfikirlah secara Malaysian. Jika tidak, jangan salahkan orang Melayu jika mereka terlebih obsess pasal, Melayu, Melayu dan Melayu termasuk ketuanan Melayu. Sejarah membuktikan Melayu adalah tuan (penduduk asal) bumi bertuah ini. Justeru, saya tidak hairan, orang Melayu terlebih Melayu. Yang menjadi kebimbangan apabila orang Cina terlebih Cina dalam sebuah negara berasaskan sistem kenegaraan Melayu.

Apakah kita sengaja lupa bahawa negara ini asalnya  bernama Tanah Melayu, terletak di Kepulauan Melayu atau Malay Archipelago? Sejarah asal usul Melayu sudah termaktub dalam sejarah dunia sebagaimana sejarah Tanah Besar China dan India. Justeru, jangan diungkit lagi. Kejahilan ini berlaku disebabkan oleh buta sejarah. Sebab itu, suka atau tidak, mahu tidak mahu, subjek sejarah mesti diwajibkan dan wajib lulus (kredit) dalam semua sekolah beroperasi di negara ini, agar yang buta tidak terus buta. Jika tidak mahu patuh, sila cari sekolah di negara lain, yang mengecualikan subjek sejarah ini.

Berbalik kepada desakan ultra kiasu mahukan SPMC mahu setanding dengan sekolah arus perdana dan dikecualikan subjek sejarah, sejarawan negara Khoo Kay Kim berkata, subjek tersebut perlu ada dalam setiap peperiksaan ataupun sijil bagi memastikan rakyat tidak lupa sejarah penting yang pernah berlaku di negara ini. Pakar sejarah tersebut turut mengirim soalan sejarah untuk dijawab oleh timbalan Menteri ultra kiasu tersebut yang saya yakin beliau tidak akan dapat menjawabnya.  Soalan berkaitan kenapa gelaran Raja Selangor tidak digunakan sebaliknya Sultan Selangor. Melopong. Ultra kiasu tidak tahu semua ini. Mereka hanya hadam sejarah partinya sahaja yang bersifat ultra kiasu.

Sejak dulu lagi menjadi kebimbangan kepada saya apabila ultra kiasu memerintah. Mereka tidak mahu atau tidak pentingkan sejarah. Lebih malang lagi, jika mereka terdiri dalam kalangan ahli parlimen dan berjawatan Menteri atau timbalan. Ingin juga saya kirimkan soalan seperti Khoo Kay Kim, ultra kiasu itu tahu atau tidak sejarah parlimen dan sejarah di pilihan raya di Malaysia? Saya yakin, ultra kiasu ini tidak dapat menjawabnya kerana mereka hanya obsess sejarah China sahaja.

Saya fikir, mereka tidak layak bergelar ahli parlimen atau bergelar menteri jika mengatakan bahawa sejarah itu tidak penting, dan tidak perlu diwajibkan kepada sekolah, terutama SPMC. Setelah saya membuat sedikit kajian mengenai silibus sibjek sejarah di SPMC, ternyata dan terbukti, bahawa subjek sejarah di SPMC begitu menekankan sejarah negara China daripada negara Malaysia sendiri, tempat lahirnya nenek moyang mereka. Jika begitulah keadaan, saya cadangkan mereka ini baliklah ke negara China, untuk belajar sejarah China dan sejarah kenapa dan mengapa sistem beraja China pupus dan digantikan dengan sistem komunis. Lepas itu, bila dah hadam, baliklah semula di negara bertuah ini, untuk mengetahui betapa bertuahnya kita hidup di negara tercinta ini.

Menteri Pendidikan benar apabila berkata pada 26 Julai lalu, bahawa KPM tidak menyediakan peruntukan bagi sekolah dan murid yang belajar di Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) kerana SMPC tidak digolong di bawah mana-mana kategori institusi pendidikan dalam sistem pendidikan nasional. Saya sangat sanjung tinggi jawapan ini. Selaras dengan perlembagaan.

Malangnya, beberapa jam selepas itu, ultra kiasu bersatu hati, mengecam dan menyeroyok Menteri Pendidikan atas kenyataannya itu. Mereka turut menyarankan kepada PM agar menukar Menteri Pendidikan kerana sudah melencong daripada Manifesto PH yang mengiktiraf UEC (SPMC). 

Tidak lama selepas itu, Menteri Pendidikan serta merta menarik balik kenyataan dan terus berkata KPM akan membiayai SMPC seperti sekolah arus perdana yang lain. Ingin saya tegaskan, tidak ada dalam mana-mana peruntukan dan undang-undang negara ini mengatakan kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk membiayai sekolah persendirian (swasta).

Dalam kenyataan sama, ultra kiasu yang merupakan ADUN Bercham, berkata ramai ibu bapa daripada kaum Melayu dan India menghantar anak-anak mereka ke SMPC, manakala UEC diiktiraf secara meluas di peringkat antarabangsa. Saya cabar ultra kiasu ini, tunjukkan statistik kepada saya berapa ramai orang Melayu di SPMC? Seperti yang saya sebut minggu lalu, bilangan orang Melayu di SPMC teramat kecil. Mungkin dalam lingkungan 10 orang. SPMC tidak boleh disamakan sama sekali dengan SJKC. Hampir mustahil untuk pelajar Melayu di SJKC melanjutkan pelajaran ke SMPC. Jika adapun, mereka lebih memilih SMJKC. Tidak usahlah menipu wahai ultra kiasu.

Tanpa bantuan kerajaan selama ini, SPMC tetap gah dan mewah. Jutawan-jutawan Cina pakat-pakat membantu sekolah ini, sama seperti mereka membantu SJKC meskipun SJKC dibiayai oleh kerajaan sepenuhnya. Pergilah melihat prasana di SJKC dan SMJKC, bandingkan dengan sekolah aliran arus perdana.

Saya beri satu contoh yang sangat jelas betapa ketinggalannya sekolah aliran kebangsaan dengan  sekolah Cina. Misalnya, SJKC Pei Yu, sekolah bantuan penuh kerajaan. SJKC ini terletak sekitar kawasan Bertam, berhampiran Hotel Sri Malaysia, Kepala Batas.

Berdekatan SJKC Pei Yu, paling kurang terdapat tujuh buah sekolah iaitu, SK Hashim Awang, SMK Dato Haji Abdul Kadir, SJKT Palaniandy, SMK Dato Hj Ahmad Badawi, SK Sheikh Abdullah Fahim, SMK Bertam Perdana, dan SMK Bertam Indah. Kesemua sekolah ini tidak ada dewan yang begitu canggih dengan segala kelengkapan seperti dewan SJKC Pei Yu. SJKC ini mendapat peruntukan khas membina dewan tertutup serba canggih bernilai lebih RM3 juta. SJKC ini jauh lebih gah daripada sekolah bantuan penuh kerajaan di sekelilingnya, meskipun kawasan tersebut di bawah bekas PM sebelum ini, Pak Lah.  Hanya kerana ada nama SJKC, menjadikan ia sangat istimewa.

Sekolah lain bersebelahan yang  ingin menggunakan dewan tersebut akan dikenakan sewa. Begitulah hebatnya ultra kiasu bersatu hati dalam pembangunan pendidikan anak bangsanya. Bayangkan jika kerajaan terus menyalurkan dana dan memberikan bantuan sepenuhnya. Sudah tentu sekolah-sekolah Cina ini akan menjadi sekolah mewah, penuh segala kelengkapan, meninggalkan sekolah aliran kebangsaan, termasuk sekolah berasrama penuh.  Jangan ada yang membandingkan dengan sekolah agama. Pasti akan mengalir air mata.

Umum mengetahui bahawa ekonomi negara ini dikuasai oleh orang Cina. Kekayaan yang dimiliki turut memperkayakan NGO-NGO mereka. Jika tidak masakan NGO-NGO mereka boleh membina dan memiliki bangunan sendiri. Jika tidak pergilah menejeling akaun-akaun persatuan PIBG SJKC, SMJKC, SMPC, Hua Zong, Dong Zong, Dong Jiao Zong dan lain-lain.  

Jangan pergi jauh, cuba lihat bangunan Persatuan Cina, Hua Zong, Serdang, tepi lebuh raya Utara Selatan, 20 tingkat. Di situ juga menempatkan Kolej Persendirian Cina. Ini tidak termasuk Sekolah Persendirian Cina di bangunan Minlon terletak berdekatan. Sebelum PRU14, bekas PM, Najib Razak telah meluluskan hampir dua ekar tanah kepada SMPC Choong Hwa, Sentul bagi tujuan membina Kompleks Sukan sekolah tersebut. Tidak lama lagi kompleks sukan tersebut akan berdiri megah. Dari manakah mereka mendapat sumber kewangan yang begitu banyak untuk membina kompleks sukan tersebut? Sila baca artikel saya sebelum ini di sini,   https://www.ismaweb.net/2018/04/23/bagilah-lagi-apa-yang-cina-mahu/

Saya cadangkan Menteri Pendidikan, memberikan saya dana untuk membuat penyelidikan khusus mengenai sekolah Cina di Malaysia, terutama SPMC dalam pembinaan sebuah negara bangsa. Saya juga memohon dana untuk membuat kajian ke atas lima buah Sekolah Wawasan yang telah dibina di Pekan Baru, Parit Buntar, Taman Aman, Alor Setar, Tasik Permai, Pulau Pinang, USJ 15, Subang Jaya dan Pundut, Sri Manjung. Kenapa dan mengapa idea sekolah yang sangat baik konsep yang dibina ketika zaman PM Tun Mahathir, tidak menarik perhatian orang Cina. Kenapa orang Cina mahu menjadi secina-cinanya, langsung tidak boleh dicairkan walaupun sedikit.

Ingatlah kata-kata Pakar Perlembagaan, Prof Dr. Saleem Shad Faruqi, perlembagaan hanya membenarkan HAK BELAJAR BAHASA IBUNDA, BUKANNYA HAK BELAJAR DALAM BAHASA IBUNDA. Masih tidak faham? Rakyat Malaysia berhak menyaman kerajaan jika kerajaan bertindak di luar batasan undang-undang, termasuk menyalurkan wang rakyat untuk membantu Sekolah Persendirian yang tidak termaktub dalam Perlembagaan dan Akta Pendidikan. Saya tidak hanya merujuk kepada kerajaan hari ini, malahan kepada kerajaan sebelum ini yang sewenang-wenangnya menggunakan wang rakyat di luar rangka perlembagaan dan undang-undang.  

PH KALAH JIKA PAS-BN BERGABUNG - DR. KAMARUL YUSOFF

Di sebalik kecaman kerana PAS kononnya bekerjasama dengan BN untuk memenangkan BN dalam PRU 14 lalu, dan di sebalik sindiran supaya kerjasama PAS-BN ini dirasmikan melalui “ijab kabul” yang sah, PH sebenarnya terhutang budi dengan PAS kerana jika PAS-BN betul-betul bergabung maka PH tidak akan menang dalam PRU 14 lalu.

Ini kerana kemenangan PH di 113 kerusi Parlimen akan bertukar menjadi hanya kemenangan di 84 kerusi Parlimen sahaja manakala kemenangan BN di 79 kerusi Parlimen pula akan bertukar menjadi kemenangan gabungan BN-PAS di 126 kerusi Parlimen jika PAS-BN betul-betul bergabung dan bertanding satu lawan satu dalam PRU 14 lalu.

Perubahan ini berlaku melalui kekalahan PH dan kemenangan gabungan BN-PAS di 29 kerusi Parlimen berikut:
1. Kerusi P002 Kangar, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (15306) dan PAS (8465), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (20909) sebanyak 2862 undi.
2. Kerusi P005 Jerlun, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (12413) dan PAS (12829), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (18695) sebanyak 6547 undi.
3. Kerusi P006 Kubang Pasu, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (16975) dan PAS (13375), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (29984) sebanyak 366 undi.
4. Kerusi P008 Pokok Sena, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (18390) dan PAS (23401), mengatasi undi calon PH-AMANAH yang menang (28959) sebanyak 12832 undi.
5. Kerusi P010 Kuala Kedah, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (19400) dan PAS (23143), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (36624) sebanyak 5919 undi.
6. Kerusi P014 Merbok, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (20830) dan PAS (19618), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (30902) sebanyak 9546 undi.
7. Kerusi P015 Sungai Petani, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (23963) dan PAS (22760), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (45532) sebanyak 1191 undi.
8. Kerusi P017 Padang Serai, di mana gabungan undi calon BN-MCA (15449) dan PAS (22911), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (31724) sebanyak 6636 undi.
9. Kerusi P018 Kulim-Bandar Baharu, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (18299) dan PAS (12885), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (23159) sebanyak 8025 undi.
10. Kerusi P057 Parit Buntar, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (13655) dan PAS (12312), mengatasi undi calon PH-AMANAH yang menang (16753) sebanyak 9214 undi.
11. Kerusi P063 Tambun, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (33341) dan PAS (14948), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (38661) sebanyak 9628 undi.
12. Kerusi P074 Lumut, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (21555) dan PAS (10135), mengatasi undi calon PH-AMANAH yang menang (21955) sebanyak 9735 undi.
13. Kerusi P077 Tanjong Malim, di mana gabungan undi calon BN-MCA (19314) dan PAS (10311), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (24672) sebanyak 4953 undi.
14. Kerusi P080 Raub, di mana gabungan undi calon BN-MCA (17500) dan PAS (7866), mengatasi undi calon PH-DAP yang menang (20659) sebanyak 4707 undi.
15. Kerusi P082 Indera Mahkota, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (17628) dan PAS (17515), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (28578) sebanyak 6565 undi.
16. Kerusi P083 Kuantan, di mana gabungan undi calon BN-MCA (13667) dan PAS (14696), engatasi undi calon PH-PKR yang menang (22807) sebanyak 5556 undi.
17. Kerusi P088 Temerloh, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (22094) dan PAS (14734), mengatasi undi calon PH-AMANAH yang menang (23998) sebanyak 12830 undi.
18. Kerusi P089 Bentong, di mana gabungan undi calon BN-MCA (23684) dan PAS (5706), mengatasi undi calon PH-DAP yang menang (25716) sebanyak 3674 undi.
19. Kerusi P093 Sungai Besar, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (16636) dan PAS (7220), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (17350) sebanyak 6506 undi.
20. Kerusi P094 Hulu Selangor, di mana gabungan undi calon BN-MIC (27392) dan PAS (16620), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (40783) sebanyak 3229 undi.
21. Kerusi P096 Kuala Selangor, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (21344) dan PAS (8535), mengatasi undi calon PH-AMANAH yang menang (29842) sebanyak 37 undi.
22. Kerusi P109 Kapar, di mana gabungan undi calon BN-MIC (26412) dan PAS (31425), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (47731) sebanyak 10106 undi.
23. Kerusi P112 Kuala Langat, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (26127) dan PAS (18731), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (43239) sebanyak 1619 undi.
24. Kerusi P119 Titiwangsa, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (19701) dan PAS (6845), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (23840) sebanyak 2706 undi.
25. Kerusi P129 Kuala Pilah, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (17845) dan PAS (4347), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (18045) sebanyak 4147 undi.
26. Kerusi P133 Tampin, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (21433) dan PAS (4598), mengatasi undi calon PH-AMANAH yang menang (22435) sebanyak 3596 undi.
27. Kerusi P136 Tangga Batu, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (27761) dan PAS (8961), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (32420) sebanyak 4302 undi.
28. Kerusi P149 Sri Gading, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (18223) dan PAS (4548), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (21511) sebanyak 1260 undi.
29. Kerusi P165 Tanjung Piai, di mana gabungan undi calon BN-MCA (20731) dan PAS (2962), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (21255) sebanyak 2438 undi.

Perubahan ini juga berlaku melalui kemasukan 18 kerusi Parlimen yang dimenangi oleh PAS ke dalam gabungan BN-PAS membabitkan kerusi-kerusi P011 Pendang, P012 Jerai, P013 Sik, P019 Tumpat, P020 Pengkalan Chepa, P021 Kota Bharu, P022 Pasir Mas, P023 Rantau Panjang, P024 Kubang Kerian, P025 Bachok, P028 Pasir Puteh, P031 Kuala Krai, P034 Setiu, P035 Kuala Nerus, P036 Kuala Terengganu, P037 Marang, P039 Dungun dan P040 Kemaman.

PH patut bersyukur dan berterima kasih kepada PAS kerana tidak bergabung dengan BN dalam PRU 14 lalu kerana jika tidak maka pastilah PH masih kekal sebagai pembangkang.

ORANG MELAYU PENDATANG: MENTERI SUMBER MANUSIA MOHON MAAF

Menteri Sumber Manusia merangkap Naib Pengerusi DAP M Kula Segaran akhirnya memohon maaf susulan kontroversi dakwaan beliau menyifatkan orang Melayu sebagai pendatang, lapor Malaysiakini.

Permohonan maaf itu dibuat setelah beliau mendapat kecaman teruk oleh netizen di media sosial dan setelah transkrip terjemahan ucapan beliau menjadi tular.

Walau bagaimanapun, beliau tetap mempertahankan kenyataannya malah  mengatakan ia telah disalah tafsir.

“Saya sepenuhnya mohon maaf terhadap pihak yang terluka dan menarik ucapan ofensif dalam ucapan spontan itu. Apa yang saya jelaskan dalam majlis itu adalah orang India berada di Tanah Melayu sejak 2,500 tahun lalu. Agama Hindu dibawa oleh Orang India…(Ia) agama awal yang dianuti penduduk tempatan (ketika itu). Hasil penemuan arkeologi di kawasan Lembah Bujang, terutamanya penemuan Sungai Batu di Kedah telah membuktikan hal ini. Jadi tidak adil jika kaum India digelar pendatang, berdasarkan faktor sejarah ini,” – M Kula Segaran

Dalam kenyataan hari ini, Kulasegaran juga berkata kononnya beliau tidak pernah menjadi sosok kontrroversi dalam isu kaum dan agama dan berikrar mempertahankan perlembagaan.

Kulasegaran juga menjelaskan beliau meminta maaf bagi mengelakkan kontroversi sekitar dirinya itu makin parah.


Tambah beliau lagi,  perkataan boleh berubah-ubah maksud jika diterjemah ke bahasa lain kerana beliau bercakap dalam bahasa Tamil dalam ucapan kontroversinya di Nilai minggu lalu.

Walau bagaimanapun, tiada transkrip terjemahan disediakan oleh M. Kula Segaran.

Sunday, July 29, 2018

UMNO Kelate kehilangan Tiang Serinya



Hampir berhenti degupe  jantung ambo apabila dimaklumkan bahawa Mat Tere seorang tokoh anak muda Kelantan dikatakan kini keluar UMNO dan menjadi ahli seumur hidup PPBM.

Dato Seri Mukhriz Mahathir hari ini dalam lawatannya ke Kelantan telah mengakibatkan berlakunya Tsunami Kecil apabila lebih 500 ahli UMNO keluar parti.

Ini termasuklah Mat Tere, seorang tokoh anak muda kebanggaan Ketereh. Saya mengenali beliau secara peribadi dan turut merasakan bahawa UMNO Kelantan kini sukar bangkit dari kekalahan dalam PRU 14 apabila kehilangan seorang tokoh hebat ini.

Aura Mat Tere pernah menyebabkan seluruh Kelantan berendam air mata duka apabila Mat Tere ditahan reman di Johor Bahru.

Walau apa pun, kami doakan moga Mat Tere terus maju jaya bersama PPBM dan saya percaya kelibat Mat Tere di PWTC bakal dirindui oleh seluruh ahli UMNO.

Syabas dan tahniah kepada Herman Hassan kerana PPBM berjaya memiliki permata hitam ini.

#HaTepok
#TeamMatTere


Friday, July 27, 2018

DS ANWAR BERI AMARAN AWAL KEPADA KEPIMPINAN PH, KETUA JABATAN

Sistem Penyampaian Kerajaan 2 Bulan selepas PH mengambil alih kerajaan berada ditahap yang rendah ( 20% ) kecekapan takbir urus dan penyampaian serta perkhidmatan kepada rakyat.

Menurut Anwar, rakyat sedang menilai KPI dan juga kompetensi kepimpinan Ketua Jabatan, Ketua Pusat Tanggungjawab, Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri di Negara ini

" Saya telah banyak kali mengulangi pendirian dan penegasan yang sama berkaitan isu sistem penyampaian kerajaan khususnya kegagalan dan kelemahan Penjawat Awam, Pejabat Menteri dan juga Ketua Jabatan peringkat pelbagai Organisasi menjawab surat, aduan, cadangan serta permohonan pelbagai stakeholders hatta diakar umbi, sy bercakap ini berdasarkan pengalaman saya, hampir 60 surat dan email rasmi yang saya sendiri majukan hanya 3 sahaja yang diberikan respon oleh Kerajaan itupun, Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Negeri Johor, ujarnya.

Anwar berkata KSN sebagai ketua Kerajaan wajar memberikan PENEGASAN dan kata dua kepada Penjawat Awam khususnya kepada Pegawai PTD, KSU, KPSU dan SUK seluruh negeri di Malaysia agar memandang serius aduan ini.

" Saya lihat Tun Mahathir bermati matian bekerja melebihi 24 jam sehari namun apa masalah utama Ketua Jabatan, Ketua Pusat Tanggungjawab, Menteri, Kementerian, Pejabat Wakil Rakyat banyak surat cadangan, komen, aduan,saranan, permohonan langsung tidak dijawab mahupun diambil peduli, katanya

Anwar berkata semua email yang dihantar kepada Ketua Jabatan wajar dijawab 24 jam manakala surat rasmi mestilah dijawab 1 hingga 2 minggu, sukacita atau dukacita adalah cerita lain yang penting mereka wajib menjawab

"Saya tidak faham mengapa secara tiba tiba selepas PH mengambil tampuk kepimpinan Negara jentera dan kekitangan kerajaan agak sangat lemah dalam menjalankan tanggungjawab kepada kerajaan dan mengapa KSN juga membisu dan seakan akan tidak lagi wujud di negara ini, dahulu ketika BN memimpin KSN akan sering kali keluar dlm media dan berikan kata dua dan penegasan kepada penjawat awam kini KSN dilihat membisu dan menghilangkan diri, apa sudah jadi, ujarnya.

Beliau mahukan Tun Mahathir dan semua Menteri , Menteri Besar dan Ketua Menteri mengambil serius permasalahan sistem penyampaian kerajaan yang sangat lemah diperingkat Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Tempatan, jika isu ini dipandang enteng kelak pada PRU15 yang pasti rakyat akan tolak PH dan memberikan kembali mandat kepada BN dan UMNO, ujarnya.

Anwar juga kecewa surat yang dimajukan kepada satu Kementerian berkenaan pelajar cemerlang 10 A dan 1B+ dan berberapa permohonan lain masih gagal dijawab walaupun hampir 2 bulan surat dimajukan kepada Kementerian,

" Saya dah hubungi Setiausaha Menteri beliau suruh call Ketua Unit lain, saya call Ketua Unit then dimintanya saya majukan semula surat dan email, sy dah majukan selepas 2 minggu sy call semula akhirnya pegawai Kementerian menjawab surat berkenaan telah dipanjangkan kepada unit lain oleh YB Menteri namun dah 1 bulan lebih  tidak mendapat jawapan, apa sudah jadi, kami habiskan duit poslaju surat, karang surat untuk mengangkat suara dan permasalahan rakyat, kami ingin memastikan imej, reputasi dan identiti serta sokongan rakyat kepada Kerajaan PH berada ditahap tinggi, namun mengapa mereka sangat tidak efisen"katanya dengan nada kecewa

" Sepatutnya mereka menjawablah dengan hikmah dan profesional apa status diterima, ditimbangkan atau diluluskan ini tidak buat pekak dan tidak faham, apa perasaan ibubapa, anak anak belia dan pihak yang membantu membawa suara hati dan permasalahan akar umbi kepada Ketua Jabatan, Kementerian mahupun Kerajaan Negeri, katanya

Anwar juga melihat wujud kelemahan dari segi kecekapan pengurusan dan pentadbiran serta pemahaman berkaitan isu KPI, SOP dan Piagam Pelanggan

" Saya lihat ramai pemimpin dan Ketua Jabatan masih gagal memahami istilah istilah diatas, keadaan ini amat mencemaskan dan menakutkan, Tun wajar bertindak segera mahupun panggil kami untuk membantu mendidik pihak berkenaan, ujarnya.

Anwar juga memohon agar segala pandangan, cadangan serta suara hati beliau dan rakyat akar umbi jangan dibakul sampahkan mahupun diugut serta dipandang sinis, jika budaya ala " Little Napoleon" dan Birokrasi digunakan oleh kepimpinan PH yang pasti pada PRU15 kerajaan akan berubah semula, katanya.

Beliau juga memohon pemimpin PH memanggil individu dan tokoh serta sarjana mahupun golongan rakyat yang komited membantu utk berbincang segera dlm menangani isu berkenaan sebelum menjadi lebih parah, katanya.

Ini yang Tun maksudkan dengan KRITIKAN


Thursday, July 26, 2018

#PRKSGKANDIS : MASA UNTUK BERI ISYARAT JANJI 100 HARI

BARU berkesempatan untuk menulis. PRK Sungai Kandis hampir menuju ke penghujung untuk berkempen. Berbaki seminggu lagi untuk terus menabur janji dan harapan kepada pengundi di dalam DUN Sungai Kandis terutama dari pihak kerajaan PH dan pembangkang BN.

Calon PKR yang merupakan anak tempatan dilihat menjadi kekuatan utama dalam memenangi pertandingan 3 penjuru ini berbanding calon BN yang menampilkan orang luar iaitu Lokman Adam.

Menarik, Lokman Adam juga merupakan hasil didikan PKR zaman reformasi dan memulakan tapaknya di Shah Alam. Seorang yang lantang dan nescaya mempunyai sedikit kelebihan di kalangan orang Melayu di sana.

Namun semua itu hanyalah pertandingan memilih wakil mereka di Dewan Undangan Negeri Selangor. 

Dengan hanya 5 orang pembangkang (4 BN, 1 PAS) di Dewan Undangan Negeri Selangor dilihat kerajaan Selangor mempunyai kelebihan yang amat besar dalam mengawal negeri mereka.

Saranan supaya ahli PAS menyokong calon BN amat bersesuaian apabila Selangor perlukan pembangkang yang kuat demi untuk menegur kerajaan Selangor yang mungkin akan tergelincir dari matlamat asal untuk memakmurkan ekonomi rakyat Selangor.

Selamat berkempen dan selamat berjuang.

Thursday, July 12, 2018

MELAMPAU! PENGANJUR HIDANG BABI KEPADA ORANG ISLAM

Beberapa wartawan beragama Islam dan Hindu yang membuat liputan majlis makan malam Anugerah Pencapaian Kecemerlangan Agro Malaysia di Sekolah Pay Fong di sini, malam tadi berasa amat terkilan atas sikap tidak sensitif penganjur yang menghidangkan menu babi tanpa memaklumkan perkara tersebut.

Majlis yang dihadiri Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin; ahli-ahli dewan undangan negeri serta beberapa tetamu kehormat itu gagal dikelolakan dengan baik di mana pihak penganjur tidak menyediakan meja khas untuk makanan halal kepada wartawan beragama Islam.

Lebih teruk lagi, langsung tiada wakil daripada pihak penganjur yang mendekati wartawan untuk memaklumkan mengenai jenis hidangan sepanjang majlis tersebut hingga menyebabkan wartawan beragama Islam duduk semeja dan makan makanan yang tidak diyakini halal bersama wartawan bukan Islam.

Antara wartawan yang hadir termasuk daripada agensi berita Utusan Malaysia, MelakaKini, RTM Melaka, The Star dan Tamil Nesan Daily selain beberapa wartawan daripada akhbar Cina. - UTUSAN ONLINE

Wednesday, July 11, 2018

HAKIM YANG BENARKAN MURTAD LINA JOY JADI KETUA HAKIM NEGARA


Tan Sri Richard Malanjum malam ini mengangkat sumpah sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Malanjum, 65, menerima surat cara pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V dalam satu upacara di Bilik Singgahsana Kecil, Istana Negara, di sini.

Upacara pengurniaan watikah pelantikan dan angkat sumpah jawatan turut dihadiri Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa; Peguam Negara, Tommy Thomas dan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan. Datuk Seri Latifah Mohd Tahar.

Malanjum, bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak, menggantikan Tun Md Raus Sharif yang mengemukakan surat peletakan jawatan sebagai Ketua Hakim Negara pada 31 Julai. 


Tahukah anda? Ketua Hakim Negara yang baru ini merupakan Hakim yang membenarkan permohonan murtad Lina Joy pada 2007.

Sedang Ketua Hakim Negara ketika itu dan Hakim Mahkamah Persekutuan menolak permohonan murtad Lina Joy, boleh pulak si Richard Malanjum ini membernarkan. Gila ke???

Boleh rujuk sini: 

Tuesday, July 10, 2018

AKTIVIS PH CADANG HAPUS SISTEM BERAJA DI MALAYSIA

APAKAH gesaan ini bukn satu hasutan?Bknkah ini juga boleh diandaikan sebagai satu usaha yg boleh ditafsirkan sebagai mahu memerangi YDP Agung spt kandungan dalam Kanun Keseksaan?

Inilah hasilnya bila anak2 muda ini lahir tanpa mahu menginsafi sejarah.Mrk lahir dgn segala kemewahan yg sudah tersedia dihidang didepan mata.

Mrk tidak merasai zaman susah..dan inilah antara anak Melayu yg jd agen perosak bangsa..!Berapa pula upah atau habuan yg dia dapat utk keluarkan gesaan ini?

PUSAT TAHFIZ KAZIM ELIAS BAKAL DITUTUP

Ustaz Kasim Elias (UKE) sudah tidak mampu untuk menanggung kos pengurusan pusat tahfiz beliau sehingga terpaksa menutup dan menjual pusat tahfiz ini.

Difahamkan beliau tidak lagi mendapat jemputan ceramah akibat dari pihak yang tidak bertanggungjawab dari kerajaan harini yang cuba untuk menutup periuk nasi beliau yang mengakibatkan beliau tidak mampu lagi untuk menanggung pusat tahfiz ini.

Moga rakyat Malaysa yang pemurah mohon terus ke page UKE dan membuat sumbangan terus ke pusat tahfiz ini agar pendidikan tahfiz ini dapat diteruskan dan juga agar anak2 ini terus menjadi pembela bangsa & negara dalam memartabatkan agama Islam.

Monday, July 9, 2018

KP SPRM BAKAL DIDAKWA KERANA JALAN TUGAS SECARA HARAM

Pagi ini DS Najib dan para peguam akan hadir ke mahkamah tinggi Kuala Lumpur

"Mereka yang mengambil tindakan menangkap saya tempoh hari dan membuat undang-undang sendiri, kesemuanya juga akan saya dakwa tanpa kompromi," kata Najib.

Dibawah Seksyen 5 (7) Akta SPRM 2009 memperuntukkan bahawa seorang Ketua Pesuruhjaya SPRM hendaklah, sebelum mengambil alih tugas dan tanggungjawab jawatannya, mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong, sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri.

Untuk makluman, sebelum 4 Julai 2018, Shukri telah menjalankan tugas beliau secara HARAM atau TIDAK SAH. Beliau juga merupakan bekas pegawai pasukan petugas yang menyiasat skandal 1MDB.

HANIPA MAIDIN REBAH DI TEPI PENTAS

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Mohamed Hanipa Maidin, rebah dari pentas ketika perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri, di Dataran Putra, di sini, sebentar tadi.

Hadirin terkejut apabila beliau tiba-tiba jatuh dari pentas ketika Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sedang berucap.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa, terus meluru ke sisi Hanipa untuk memberikan bantuan.

Dr Wan Azizah memberikan rawatan awal dengan mengalih badan Hanipa ke kedudukan lebih baik.

Pasukan paramedik kemudian bergegas memberikan rawatan sebelum mengusung dan mengejarkan beliau ke Hospital Putrajaya.

Dr Mahathir yang terkejut dengan kejadian itu berhenti berucap buat seketika. - BH Online

Sunday, July 8, 2018

ZAM ARAH SEKOLAH TAHFIZ DITUTUP KERANA JUMUD

TAHNIAH kepada penyokong Pakatan Harapan. Zam mengutarakan pandangan beliau supaya Menteri menjaga agama di Pejabat Perdana Menteri menutup Sekolah Tahfiz di Malaysia ini kerana didakwa mengajar agama Islam yang jumud.

Umpama sedang menulis dalam keadaan khayal, Zam menulis di dalam blognya bahawa agama Islam di Malaysia ini merupakan ekstrimise agama yang memungkinkan bakal menjadi pengikut kepada ISIS dan DAESH.

Menulis di blog, bekas menteri Umno Tan Sri Zainuddin Maidin menyarankan Mujahid berbuat demikian selepas memuji Mujahid yang berkata parti yang menggunakan agama dan kaum sudah tidak lagi relevan.

"Pandangan agama yang progresif seumpama inilah yang menampakkan kepimpinan berharapan untuk membawa keluar umat Islam Malaysia daripada amalan agama jumud yang dipromo oleh PAS sekian lama dan dengan sokongan orang-orang agama yang tidak mendapat pendedahan.

"Saya harap Mujahid akan dapat memainkan peranan berani dan tegas untuk membawa umat Islam negara ini kepada realiti dan keperluan kepada sikap dinamik dan menolak kearaban sebagai keislaman.

"Pertama sekali langkah mesti diambil untuk menutup semua sekolah tahfiz di negara ini yang tidak memberikan harapan masa depan kepada generasi baru Islam," tulis beliau yang dikenali sebagai Zam dalam blognya.

Saturday, July 7, 2018

PENGANJUR 'IFTAR GAY', NUMAN AFIFI JADI PEGAWAI KHAS SADDIQ

Menteri Belia Dan Sukan Kerajaan Baru.

Daripada awak menipu rakyat, lebih baik meminta maaf dgn tindakan melantik kawan yg tidak bermoral dari segi Agama Islam. Perkara LGBT tiada “Discount” dalam soal Agama kita. Jelas awak menipu rakyat.

Walaupun depa dah delete senarai2 pegawai khas dari direktori KBS, tapi cache dapat kesan “tumbprint” di Google.

Nak nafi lagi tu..? Awak ingat kencing dlm pampers org tak tahu... Jangan ingat rakyat bodoh!



Rakyat boleh type NUMAN AFIFI KBS di handphone masing-masing. Kan nanti cakap kita “EDIT” pulak.

Baru 3 hari dah MENIPU Rakyat.

DERMA GELANG EMAS UNTUK SELAMATKAN NAJIB

Tabung Solidariti Bebaskan Najib yang diwujudkan oleh Pemuda Umno Wilayah Persekutuan sudah pun mengumpul kutipan berjumlah RM86,282 setakat petang Jumaat.

Atas inisiatif itu, Ketua Wanita Umno Bahagian Jasin, Datuk Zaleha Bujang turut mendapat inspirasi bagi membantu bekas perdana menteri itu.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook, Zaleha, 60, menyerahkan seutas gelang emas miliknya untuk didermakan kepada tabung itu.

"Saya fikir tiba masanya ahli Umno berkorban. Kita tahu Datuk Seri Najib Razak teraniaya, jadi ini merupakan usaha kita untuk membantu beliau.

"Ini merupakan cara untuk mengenang jasa Najib. Dia nak jamin diri pun tak boleh sebab akaun bank dibekukan, jadi apa salahnya kita tolong.

"Gelang ini saya beli sekitar tujuh atau lapan tahun lepas. Walaupun sayang, saya ikhlas membuat sumbangan," ujar Zaleha ketika dihubungi, Jumaat.

Friday, July 6, 2018

#1MDB : AKAUN BANK PESAKIT KANSER TAHAP 4 TURUT DIBEKUKAN

AKAUN bank peribadi Puteri Noorlisa bt. Mohd Najib yang merupakan pesakit kanser tahap 4 turut dibekukan oleh Kerajaan Malaysia kononnya nak menyiasat wang 1MDB.

Malah akaun cucu kepada bekas Perdana Menteri itu turut dibekukan yang mana jumlah duit dalam akaun bayi tersebut hanya ada RM100.

Kegilaan apakah ini. Mana sifat kemanusiaan. Zalim sangat kalau buat pada manusia seperti ini.

*************************************

Satu tabung untuk membantu kewangan Datuk Seri Najib bagi kemudahan Guaman dan Ikat Jamin telah dilancarkan.

Saya memohon jasa baik semua untuk memberi sumbangan semampu yang boleh untuk kita sama-sama membantu beliau.

Akaun Datuk Seri Najib beserta keluarga beliau telah dibekukan.

Harap kita dapat menunjukkan solidariti kita membantu mantan Presiden Parti UMNO yang juga Bekas Perdana Menteri Malaysia.

Sumbangan boleh dimasukan di dalam akaun NGO :

Kelab Belia Berkhidmat
CIMB Bank
akaun no: 8601952060

Minta whstapp slip bank-in kepada no +60193888553 untuk penyelarasan bantuan.

Tabung ini hanya akan dibuka sehingga Hari Isnin 9hb July Jam 12 Tengahari.

Penyerahan akan di buat kepada wakil beliau di Mahkamah.

Sekian Terima Kasih
Datuk Mohd Razlan Rafii
Pengerusi Secretariat Solidariti Ds Najib

INSAFLAH SAFIEY ILYAS

Safiey Ilias tayang bontot dalam video tanpa seurat benang kelmarin, semalam Safiey tayang video pre-wedding bersama bakal suaminya.

Bukan saya sorang je sakit hati dengan apa yang Safiey buat, ramai orang sakit hati. Sebab semua orang tahu Safiey adalah seorang lelaki, menggunakan agama untuk kepentingan peribadi dan sekarang Safiey pijak-pijak agama Islam atas kemahuan nafsunya nak jadi perempuan dan kononnya nak jadi isteri sempurna, sedangkan Safiey adalah seorang lelaki.

Si lelaki yang melamar jadi tunang dan nak jadi suami mithali kepada Safiey tu pun satu Malaysia sudah tahu kepelikannya. Safiey itu bukan perempuan, walau apa pun kaedah rawatan, pengubahsuaian dan transformasi yang dijalankan. Safiey boleh jadi suami, tak boleh jadi isteri. Safiey sendiri mengaku dia boleh sentuh lelaki tunangnya itu sebelum nikah tanpa lapik apa pun sebab dia dan tunangnya adalah dua orang lelaki.

Saya jadi nak marah melihat orang kita yang memuji-muji kecantikan Safiey, menulis komen positif memberi semangat supaya pernikahan itu diberi kebahagiaan daripada Allah dan menyokong-nyokong tindakannya nak keluarkan produk terbaru supaya lebih maju dalam dunia bisnes. Peminat-peminat perempuan panggil Sis Safiey. Whaaaaaat???

Adakah kita tak sedar segala apa yang dilakukan oleh Safiey dari segi dirinya sendiri menukar diri dari lelaki menjadi 'perempuan jadian' adalah salah?

Adakah kita tak sedar segala apa yang dilakukan oleh Safiey yang merupakan seorang lelaki menikahi seorang lelaki adalah salah?

Adakah kita tak sedar segala apa yang dilakukan oleh Safiey menunggang-terbalikkan hukum agama Islam untuk kepentingan wang keduniaan adalah salah?

Adakah kita tak sedar segala apa sokongan yang kita berikan supaya Safiey kekal dan terus-menerus melakukan dosa secara terang-terangan adalah salah?

Normalisasi sedang berlaku;

a) Lelaki berpakaian perempuan sudah dianggap biasa. Ramai watak penting seperti The Faiz Roslan, contohnya, yang mengaku lelaki tetapi berpakaian perempuan. Pakai mekap tak payah ceritalah, memang berlambak. Dulu-dulu mereka menyorok sahaja, sekarang ini menjadi public figures.

b) Proses pem-pondan-an semakin di-highlight sebagai perkara yang boleh dibuat, senang, murah, seronok. Lihat sahaja bagaimana mereka ini mempromosikan rawatan-rawatan untuk merubah lelaki menjadi pondan. Safiey pun pernah tunjuk video memilih silikon nak masukkan ke badannya supaya jadi buah dada, kan? Tengok Riz Ulala tonjolkan bentuk badan perempuan yang dimilikinya, berbangga punya bentuk badan menggiurkan melebihi perempuan asli?

Mereka kata dengan menjadi pondan, mereka berjaya jadi manusia yang kaya-raya - menggunakan duit untuk tarik orang jadi penyokong mereka. Kau rasa?

c) Pakai pakaian ala-ala perempuan dan muka bermekap bagai tayang video tunjuk badan tanpa pakaian - tengok bagaimana The Faiz Roslan tayang badan tanpa baju dengan alasan dia itu lelaki dan bukan aurat, tetapi gaya gediknya adalah gaya perempuan. Safiey pula menayangkan bahagian punggung tanpa tutup dengan kain sebab nak tunjuk bentuk badannya asli. Jangan kata tak apa, sebab bahagian bontot tu adalah aurat bagi lelaki dan aurat bagi perempuan.  This is sexual grooming, tahu?

Takkan nak tunggu Safiey tayang buah dada dia dalam video, bukan aurat kan? Dia kan lelaki, takkan nak tunggu dia beri alasan buah dada dia bukan aurat walaupun bentuk buah dada perempuan?

d) Buat video aksi mesra-mesra romantik bagai dalam pre-wedding photoshoot sedangkan si lelaki adalah lelaki dan si perempuan itu juga adalah lelaki. Nak tiru masyarakat Barat yang tak ikut landasan agama? Masyarakat kita pula memberi komen cantiknya Safiey, sadonya si lelaki bakal suami...

e) Hubungan seksual sejantina dan sejenis - serius nak nikah, pasangan nikah mana yang tak buat hubungan seks? Boleh bayangkan jika benar mereka nikah, apa hubungan seksual yang mereka buat? Nak tunggu nikah betul-betul dulu baru nak hentikan ke?

This is very sick, and sickening.

f) Dia heret muka mak ayah sekali... Yang ni saya tak mahu komen panjang, sebab isu melibatkan keluarga. Saya rasa malu mak ayah si lelaki ini support pernikahan lelaki ini dan Safiey.

g) Dosa dibiarkan berterusan... Tak apalah, itu dosa dia.. Tak apalah, nanti dia taubatlah... Tak apalah, luar je buat dosa mungkin dalam hati dia selalu berzikir ingat Allah... Tak apalah, tak apalah, biarlah.... Normalisasi, apabila dosa dianggap biasa. Semua ini merosakkan keharmonian masyarakat.

Dan banyak lagi.

Kita sebagai sebuah masyarakat yang sedar semua ini adalah SALAH dan bercelaru, kita patut buat sesuatu.

JAKIM? Tak perlu tuding jari kepada JAKIM atau institusi agama. KITA SEBAGAI MASYARAKAT boleh bertindak.

Apa yang KITA kena buat?

1) UNFOLLOW Safiey di media sosial seperti Instagram, Facebook dan seumpamanya secara beramai-ramai SEKARANG. Hentikan memberi komen atau like (termasuk 'angry' atau 'sad'). Stop doing anything to make HIM be seen. Berhenti follow, jangan like, jangan komen. Tak perlu komen nak beri nasihat dan sebagainya. Just stop.

2) BOIKOT BISNES Safiey. Jangan beli produknya, jangan promosikan. Rezeki itu daripada Allah, kita boikot supaya dia faham masyarakat tak suka dia buat perangai sebegini. Biar dia tahu masyarakat punya kuasa untuk jatuhkan dia. Biar dia rasa masyarakat boikot dia. Produknya termasuk Perlashine dan Perlaking.

3) BENCI DALAM HATI kita, sekurang-kurangnya kena letak kebencian pada perbuatannya. Perbuatan Safiey ini bukan sikap manusia yang kita boleh teruskan bersangka baik, tetapi sudah melampaui batas. Apa yang dia buat telah memijak-mijak agama kita, dia henyakkan sampai lunyai. Orang yang beri nasihat kepadanya pula yang dikecam-kecam.

4) PANTAU anak-anak muda kita supaya tidak terikut-ikut dengan cara golongan sebegini. Pastikan anak-anak muda tidak merasakan kepondanan dan pernikahan lelaki-lelaki ini normal dan biasa. Jangan bagi anak-anak muda kita support golongan sebegini.

Kita hormat dan sayang dia sebagai manusia dan muslim (muslim kategori apa, saya tak tahu) tetapi kita perlu buat sesuatu untuk menghentikan segala kemaksiatan, keburukan dan kepelikan yang dia sedang buat? Sebab dia bukan buat untuk diri dia sahaja, tetapi dia sedang AJAK ORANG LAIN buat perkara yang sama. Ini sangat salah!

Jangan kata 'dosa dia biarlah dia tanggung' - dosa yang mereka sedang buat adalah terang-terangan yang berjuta orang tahu, nampak dan tidak hentikan. Tak pelik kalau Allah turunkan bala, KITA SEMUA KENA BALA BELAKA. Na'uzubillah min zalik - moga Allah jauhkan bala kepada kita. Moga Allah jauhkan.

Telah banyak cara lembut dan nasihat yang dibuat, sekarang sudah tiba masa kita guna cara yang lebih tegas sebelum terlambat. Tegas, bukan kasar, iaitu UNFOLLOW DAN BOIKOT!!!

Kita tak mampu nak jumpa dia, nak nasihat dia lembut-lembut sampai dia dengar, jadi sekarang kita UNFOLLOW DAN BOIKOT!!!

Share, share dan share.

Kalau sampai tahap nak report supaya akaunnya suspended pun, silakan atas kapasiti masing-masing.

Satu benda kena highlight di sini, pernikahan hanya berlaku antara seorang lelaki dan seorang perempuan. Lelaki kahwin perempuan dan perempuan kahwin lelaki. Bukan selain daripada itu. Apa pun alasannya, lelaki tak boleh kahwin dengan lelaki. Kita orang Islam, kan? Biar jelas hal ini.

UNFOLLOW Safiey Illias DAN BOIKOT!!! #UnfollowSafieyIlias #BoikotSafieyIlias

Dr Syahr Musafir
Pn Rahimah AR
05/07/2018 #KisahMasyarakat #JihadDrSyahr


Thursday, July 5, 2018

JAMAL DITAHAN DI PENJARA SUNGAI BULOH

Mahkamah tolak ikat jamin Jamal, hantarnya ke penjara Sungai Buloh.

Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Mohd Yunos hari ini dihadapkan mahkamah majistret Ampang dan dituduh melarikan diri daripada tahanan sah.

Pada 25 Mei lalu, Jamal dihadapkan ke mahkamah atas dua tuduhan melakukan gangguan awam.

Dia bagaimanapun melarikan diri ketika proses ikat jamin berlangsung di Hospital Pakar Ampang Puteri, ketika sedang menjalani rawatan.

Selepas lebih sebulan bersembunyi, Jamal ditahan di Tebet, Jakarta Selatan, pada 2 Julai lalu oleh polis Indonesia dan dibawa pulang hari ini

Jamal tiba di mahkamah pada kira-kira jam 4 petang dan diberi minum petang ringan serta dihidangkan dengan cengkodok, sebelum polis merakamkan kenyataannya.

Sebaik selesai kenyataannya dirakamkan, pemimpin Umno itu dibawa ke mahkamah majistret dan didakwa mengikut Seksyen 224, Kanun Keseksaan.

Majistret Sadina Ali menolak permohonannya untuk diikat jamin dan memerintahkan supaya dia ditahan di penjara Sungai Buloh. Beliau juga menetapkan 30 Julai sebagai tarikh sebutan kes.

JAMAL YUNOS DITAHAN UNTUK SELESAIKAN SIASATAN

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang menghilangkan diri sejak sebulan lalu dikawal ketat pasukan polis sebaik beliau tiba di Mahkamah Majistret Ampang.

Jamal yang memakai baju lengan panjang berwarna hitam dan bertopi dibawa ke lokap Mahkamah Majistret Sesyen Ampang.

Beliau berkemungkinan menghadapi pertuduhan menceroboh dan melarikan diri dari tahanan polis.

Dakwaan kes bagi melarikan diri dilakukan mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun dan denda atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.

Selain itu, dia didakwa menceroboh dan akan didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan. - BH Online

BEKAS PEGAWAI MPKj TERLIBAT RASUAH JADI PEGAWAI KHAS SYED SADDIQ

Siapa yg dibulatkan gambarnya pada gambar yg pertama tu?

Itulah Amar Assuat, seorg bekas penolong penguatkuasa MPKj yg pernah dijatuhkan hukuman denda RM10k dan penjara sehari kerana menerima rasuah sebanyak RM2,000 dan sebuah handphone pada tahun 2012. Check di sini: Bekas Penguatkuasa MPKj Dipenjara Sehari, Rasuah

Sekarang dia sudah upgrade..dia dah geng dgn Syed Saddiq kat KBS. Wowwww...

Tapi bila kita tanya Syed Saddiq, dia x ngaku. Dia kata "lelaki itu dtg tanpa diundang".



Aikkk...xkan la "dtg tanpa diundang" tapi siap baca doa dalam bilik pejabat rasmi kot?? Siap dpt title ustaz lagi tewwwwww

Jeng jeng jenggg

Budak2 dah pandai menipu...