Sunday, August 5, 2018

PRK SUNGAI KANDIS : PKR MENANG BERGAYA

PRK Dun Sungai Kandis dimenangi calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni dengan undian sebanyak 15,427. 

Mohd Zawawi mendapat majoriti sebanyak 5,842.

Manakala calon BN, Datuk Lokman Noor Adam, 9,585 undi

Calon Bebas, K. Murthy hanya mendapat 97 undi.


PKR berjaya mempertahankan kerusi Dun Sungai Kandis pada Pilihanraya kecil Kali ini.

Walaupun BN tidak berjaya merampas kerusi Dun ini, tetapi berjaya merampas beberapa PDM yang dulunya PRU14 milik PKR.

Untuk rekod pada PRU14 BN hanya menang di 2 PDM daripada 19 PDM keseluruhan.

Pilihanraya Kecil kali ini pada jam 20.00hrs BN menang di PDM :
1) PDM Sungai Kandis
2) PDM Kampung Pandan
3) PDM Seri Gambut
4) PDM Bukit Naga

Walaupun PKR berjaya mempertahankan kerusi yang ditandingi namun mereka hilang keyakinan pengundi dan inilah mesej bahawa Rakyat sudah mula bangkit dan akan terus bangkit lawan kerajaan penipu.

3 comments:

  1. Satu keputusan yg memalukan walaupun dgn sokongan RTM/TV3/ASTRO AWANI/Pemimpin tertinggi PH.Hanya kurang 100 hari pengundi sudah mula "menyampah/meluat" kpd PH/PKR. BN jgn putus harapan. Syabas, teruskan perjuangan.

    ReplyDelete
  2. Kami cadangkan UMNO TURUN MEMBANTU PAS untuk prk SERI SETIA....

    ReplyDelete
  3. Seri Setia Khalid Ibrahim calon seri setia... Perpaduan ummah sudah sampai kemuncak di Seri Setia...


    #bangkitlawanfitnah

    ReplyDelete

comment please.....