Thursday, July 5, 2018

JAMAL DITAHAN DI PENJARA SUNGAI BULOH

Mahkamah tolak ikat jamin Jamal, hantarnya ke penjara Sungai Buloh.

Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Mohd Yunos hari ini dihadapkan mahkamah majistret Ampang dan dituduh melarikan diri daripada tahanan sah.

Pada 25 Mei lalu, Jamal dihadapkan ke mahkamah atas dua tuduhan melakukan gangguan awam.

Dia bagaimanapun melarikan diri ketika proses ikat jamin berlangsung di Hospital Pakar Ampang Puteri, ketika sedang menjalani rawatan.

Selepas lebih sebulan bersembunyi, Jamal ditahan di Tebet, Jakarta Selatan, pada 2 Julai lalu oleh polis Indonesia dan dibawa pulang hari ini

Jamal tiba di mahkamah pada kira-kira jam 4 petang dan diberi minum petang ringan serta dihidangkan dengan cengkodok, sebelum polis merakamkan kenyataannya.

Sebaik selesai kenyataannya dirakamkan, pemimpin Umno itu dibawa ke mahkamah majistret dan didakwa mengikut Seksyen 224, Kanun Keseksaan.

Majistret Sadina Ali menolak permohonannya untuk diikat jamin dan memerintahkan supaya dia ditahan di penjara Sungai Buloh. Beliau juga menetapkan 30 Julai sebagai tarikh sebutan kes.

No comments:

Post a Comment

comment please.....