Sistem Penyampaian Kerajaan 2 Bulan selepas PH mengambil alih kerajaan berada ditahap yang rendah ( 20% ) kecekapan takbir urus dan penyampaian serta perkhidmatan kepada rakyat.
Menurut Anwar, rakyat sedang menilai KPI dan juga kompetensi kepimpinan Ketua Jabatan, Ketua Pusat Tanggungjawab, Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri di Negara ini
" Saya telah banyak kali mengulangi pendirian dan penegasan yang sama berkaitan isu sistem penyampaian kerajaan khususnya kegagalan dan kelemahan Penjawat Awam, Pejabat Menteri dan juga Ketua Jabatan peringkat pelbagai Organisasi menjawab surat, aduan, cadangan serta permohonan pelbagai stakeholders hatta diakar umbi, sy bercakap ini berdasarkan pengalaman saya, hampir 60 surat dan email rasmi yang saya sendiri majukan hanya 3 sahaja yang diberikan respon oleh Kerajaan itupun, Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Negeri Johor, ujarnya.
Anwar berkata KSN sebagai ketua Kerajaan wajar memberikan PENEGASAN dan kata dua kepada Penjawat Awam khususnya kepada Pegawai PTD, KSU, KPSU dan SUK seluruh negeri di Malaysia agar memandang serius aduan ini.
" Saya lihat Tun Mahathir bermati matian bekerja melebihi 24 jam sehari namun apa masalah utama Ketua Jabatan, Ketua Pusat Tanggungjawab, Menteri, Kementerian, Pejabat Wakil Rakyat banyak surat cadangan, komen, aduan,saranan, permohonan langsung tidak dijawab mahupun diambil peduli, katanya
Anwar berkata semua email yang dihantar kepada Ketua Jabatan wajar dijawab 24 jam manakala surat rasmi mestilah dijawab 1 hingga 2 minggu, sukacita atau dukacita adalah cerita lain yang penting mereka wajib menjawab
"Saya tidak faham mengapa secara tiba tiba selepas PH mengambil tampuk kepimpinan Negara jentera dan kekitangan kerajaan agak sangat lemah dalam menjalankan tanggungjawab kepada kerajaan dan mengapa KSN juga membisu dan seakan akan tidak lagi wujud di negara ini, dahulu ketika BN memimpin KSN akan sering kali keluar dlm media dan berikan kata dua dan penegasan kepada penjawat awam kini KSN dilihat membisu dan menghilangkan diri, apa sudah jadi, ujarnya.
Beliau mahukan Tun Mahathir dan semua Menteri , Menteri Besar dan Ketua Menteri mengambil serius permasalahan sistem penyampaian kerajaan yang sangat lemah diperingkat Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Tempatan, jika isu ini dipandang enteng kelak pada PRU15 yang pasti rakyat akan tolak PH dan memberikan kembali mandat kepada BN dan UMNO, ujarnya.
Anwar juga kecewa surat yang dimajukan kepada satu Kementerian berkenaan pelajar cemerlang 10 A dan 1B+ dan berberapa permohonan lain masih gagal dijawab walaupun hampir 2 bulan surat dimajukan kepada Kementerian,
" Saya dah hubungi Setiausaha Menteri beliau suruh call Ketua Unit lain, saya call Ketua Unit then dimintanya saya majukan semula surat dan email, sy dah majukan selepas 2 minggu sy call semula akhirnya pegawai Kementerian menjawab surat berkenaan telah dipanjangkan kepada unit lain oleh YB Menteri namun dah 1 bulan lebih tidak mendapat jawapan, apa sudah jadi, kami habiskan duit poslaju surat, karang surat untuk mengangkat suara dan permasalahan rakyat, kami ingin memastikan imej, reputasi dan identiti serta sokongan rakyat kepada Kerajaan PH berada ditahap tinggi, namun mengapa mereka sangat tidak efisen"katanya dengan nada kecewa
" Sepatutnya mereka menjawablah dengan hikmah dan profesional apa status diterima, ditimbangkan atau diluluskan ini tidak buat pekak dan tidak faham, apa perasaan ibubapa, anak anak belia dan pihak yang membantu membawa suara hati dan permasalahan akar umbi kepada Ketua Jabatan, Kementerian mahupun Kerajaan Negeri, katanya
Anwar juga melihat wujud kelemahan dari segi kecekapan pengurusan dan pentadbiran serta pemahaman berkaitan isu KPI, SOP dan Piagam Pelanggan
" Saya lihat ramai pemimpin dan Ketua Jabatan masih gagal memahami istilah istilah diatas, keadaan ini amat mencemaskan dan menakutkan, Tun wajar bertindak segera mahupun panggil kami untuk membantu mendidik pihak berkenaan, ujarnya.
Anwar juga memohon agar segala pandangan, cadangan serta suara hati beliau dan rakyat akar umbi jangan dibakul sampahkan mahupun diugut serta dipandang sinis, jika budaya ala " Little Napoleon" dan Birokrasi digunakan oleh kepimpinan PH yang pasti pada PRU15 kerajaan akan berubah semula, katanya.
Beliau juga memohon pemimpin PH memanggil individu dan tokoh serta sarjana mahupun golongan rakyat yang komited membantu utk berbincang segera dlm menangani isu berkenaan sebelum menjadi lebih parah, katanya.
Ini yang Tun maksudkan dengan KRITIKAN
Kalaulah aku jadi pegawai kerajaan jangan haraplah aku nak bagi idea2 bernas kepada barisan menteri2 penipu yang makan gaji buta ni!!!!!
ReplyDeleteSokong 150 % idea idea yg ada simpan utk kerajaan baru 5 tahun lagi. PH hampeh tak de pengalaman langsung nak merintah. menteri menteri pun takde idea langsung mcm org bodoh je gelagat nye. Silap haribulan terjebak Malaysia dlm krisis kewangan . Nilai matawang ringgit makin jatuh barangan makin mahal.. camne nak hadap 4 tahun lebih lagi ni......
DeleteItu sebb Ko tak boleh jadi peg kerajaan sebb ko bodoh
DeleteWell said DSAI,
ReplyDeleteWE WANT DS TO HELP TM ON THIS ISU
sementara menunggu lima thn dri sekarang....rakyat kurus kering....padan muka kpd yg memangkah pakatun haprak....yang meranamerana....semuaa..
ReplyDeleteRamai yg menyesal pangkah PH. Sokong Tun M je. Yang lain haprak
ReplyDeletesabotage....
ReplyDeleteKera jaan PH sedang melingkup
ReplyDelete