Wednesday, April 29, 2015

#PRKPERMATANGPAUH | PEMUDA PAS PULAU PINANG HANYA BERMUKA-MUKA DEPAN MEDIA - PASMA

SELEPAS Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang mengadakan sidang media pagi tadi berkenaan kenyataan U-Turn dalam sokongan mereka kepada Nek Jah, barisan Pemuda Pas Pulau Pinang terus dihentam dari pelbagai pihak.

Jika yang menghentam daripada pihak BN boleh terima lagi namun yang agak pelik apabila hentaman dan kutukan datangnya daripada parti Pas sendiri.

Badan Bukan Kerajaan (NGO) Pas, PasMa baru sahaja mengeluarkan satu kenyataan berhubung tindakan Pemuda Pas Pulau Pinang yang dikatakan hanya bermuka-muka dihadapan media.

Perkara sebenarnya adalah, Pemuda Pas Pulau Pinang tidak turun pun berkempen untuk Nek Jah di Permatang Pauh dan lebih teruk tidak akan membuka markas atau bilik gerakan mereka di Permatang Pauh kerana memang mereka BOIKOT Nek Jah sebagai calon ReCycle.

Perbalahan lebih besar bakal tercetus akan datang kerana pertembungan pendapat antara golongan ulamak dalam Pemuda Pas dan golongan liberal dalam Pemuda Pas sendiri.

#PRKROMPIN : CUKAI GST HARAM, CUKAI CGT HALAL - TUAN IBRAHIM

SENANG jadi pembangkang. Agak tak puas hati dengan satu-satu perkara yang dibuat kerajaan, maka dihentamnya cukup-cukup. Tetapi apabila mereka nak buat perkara yang lebih kurang sama maka terus dihalalkan.

Tuan Ibrahim Tuan Man, calon Timbalan Presiden Pas baru-baru ini berceramah di Rompin memberitahu kepada ahli Pas Rompin bahawa jika Pas memerintah Malaysia maka GST akan dihapuskan kerana HARAM.

Pas akan memperkenalkan Cukai CGT yang halal kerana pendapatan negara bakal dijangka lebih tinggi iaitu RM3 bilion berbanding GST hanya RM2.3 bilion sahaja.

Jadinya apa beza Pas dengan Umno sekarang yang masih juga akan mengenakan cukai kepada rakyat malah dengan kutipan yang tinggi yang juga bermakna kutipan cukai daripada rakyat juga akan lebih tinggi. Mungkin bukan 6% cukai yang dikenakan kepada rakyat malah 20% cukai bakal dikenakan kepada rakyat jika Cukai CGT diguna pakai.

Jadi seperti HarakahDaily.net 'Pengutip cukai berada di dalam neraka'.

Pemimpin Pas dahulu akan kena masuk dalam neraka. Bukan begitu?

#PRKPERMATANGPAUH | PAS KEMBALI BUAT U TURN SOKONG NEK WAN

PERKARA yang sudah dijangka sejak dari azali. Namun tidak sangka akan secepat ini Pas akan buat U-Turn semata-mata mahu mengekalkan calon penentang hudud di Permatang Pauh.

Sudah berbakul-bakul cacian yang dilemparkan oleh puak ulamak Pas kepada PKR namun akhirnya Pas Permatang Pauh sebulat suara membuat pusingan U dengan menyokong calon PKR, Nek Wan.

Tahniah kepada Pas kerana telah berjaya membentuk jati diri ahli mereka yang sedia munafik dan tidak berpendirian tetap. 

Benarlah kata orang-orang lama, Pas menggunakan Hudud hanya sebagai modal kempen bagi meraih undi dan sokongan orang Melayu.

Namun apabila tiada kepentingan demi meraih undi menggunakan modal Hudud, maka ditinggalkan hudud tersebut dengan mencapai hasrat dan nafsu mereka sendiri.

Perjuangan Pas, perjuangan sia-sia.

Tuesday, April 28, 2015

#PRKROMPIN : HUDUD TIDAK PENTING BERBANDING GST - PEMUDA PAS

SUHAIZAN Kayat, Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia baru-baru ini mengatakan bahawa isu GST lebih penting berbanding Hudud. Dalam ceramah-ceramah kempen PRK Rompin pemimpin Pas kerap membangkitkan isu semasa seperti GST dan kurang pemahaman tentang hudud.

Umpamanya Suhaizan bersetuju bahawa Hudud tidak penting dalam kempen di Rompin. Malah Mat Sabu juga berceramah di atas pentas baru-baru ini mengatakan bahawa Hudud biarlah pihak pimpinan tertinggi laksanakan.

Hudud tidak memberi impak kepada rakyat Malaysia tetapi GST amat menyusahkan rakyat kata Mat Sabu dalam ceramahnya. Kini penolakan Hudud turut dipelopori oleh pemimpin tertinggi Pas yang liberal.

Apa kata Dewan Ulamak Pas Pusat?

#PRKROMPIN : KETUA DEWAN ULAMAK PAS PAHANG TOLAK CALON PASMA

PAGI-pagi dihidangkan dengan topik hangat yang dikeluarkan oleh Ketua Dewan Ulamak Pas Pahang, Mokhtar Senik yang menghentam beberapa individu dalam Pas yang lebih liberal dan tidak menghormati golongan ulamak sebagai pemimpin.

Mokhtar Senik dalam laman facebooknya berkata, 'Jika orang Pas mat, adakah Pkr akan mandikan dan Dap akan kebumikan?'

Scroll down ke bawah lagi terbaca status-status yang dimuat naik oleh beliau yang secara konsisten menghentam puak liberal dalam Pas.

Turut menjadi mangsa hentaman beliau adalah Saari Sungib (Adun Hulu Kelang) dan Khalid Samad (MP Shah Alam).

Tulisannya juga agak kasar dan penuh perlian tajam kepada puak liberal dan Pasma yang sudah hilang hormat (wala') kepada kepimpinan ulamak dalam Pas.

Patut lah Mokhtar ni tak nampak masa penamaan calon tempohari. Rupanya BENCI dengan Broker & Barua dalam Pas yang hadir.

Malah, sudah pasti beliau juga tahu bahawa calon Pas di Rompin hanyalah boneka kepada Pasma.

Monday, April 27, 2015

#PRKROMPIN : CALON PAS ROMPIN RELA JADI KAMBING HITAM PASMA

Semalam, Datuk Phahrolrazi Zawawi Presiden PASMA mengumumkan PASMA bakal diumumkan sebagai PARTI politik seraya itu mengesahkan dakwaan TG Hadi Awang wujudnya "Jemaah Buat Onar" (JEBON) didalam Parti Islam SeMalaysia (PAS).

Oleh disebabkan itu PAS terperangkap dengan JEBON dari ahli partinya sendiri dengan pengumuman Datuk Phahrolrazi Zawawi itu yang dilihat oleh segelintir pemerhati politik dimana ini sebagai "counter attack" apabila Naib Presiden PAS atau Mat Sabu dihalang oleh Pemuda PAS Pahang dari memasuki beberapa kawasan berkempen di sekitar #PRKRompin untuk menghalang JEBON (PASMA dan ANUARINAS) terus meracuni para pewakilan PAS yang bakal mengundi pada Muktamar Agung PAS ke-61 pada Jun 2015 nanti.

DSR sempat berbual bual di sebuah warung di sekitar Bandar Tun Razak pagi tadi dan bersembang orang orang diwarung tersebut.

"Calon PAS antara calon yang terbaik untuk diketengahkan akan tetapi kini hanya sebagai 'kambing hitam' oleh ramai ahli PAS sendiri kerana mereka terpaksa berhempas pulas oleh sebab percayakan dengan pucuk pimpinan tetapi tidak disangka golongan PASMA jelas mengsabotaj PRK kali ini" Kata Rahim seorang Ahli PAS dari Kelantan yang menjadi jentera di PRK disini. Baca lagi di SINI.

#PRKROMPIN : TEAM PASMA HADIR KE ROMPIN HANYA UNTUK KEMPEN PEMILIHAN PAS

SELEPAS 6 hari dari penamaan calon PRK Rompin, jentera Pas masih lagi agak kurang agresif di Rompin berbanding di Permatang Pauh sekarang ini.

Ketiadaan kepala jentera daripada Pas pusat membuatkan kempen Pas di Rompin hambar dan tiada 'kick'. Nampaknya tumpuan Pas lebih terarah kepada kemenangan Nek Wan di Permatang Pauh.

Namun, ada beberapa agent PasMa yang kerap mengikuti calon Pas Rompin dalam siri kempennya menemui pengundi-pengundi sekitar Felda Keratong dan Bandar Rompin.

Hakikat yang sebenarnya adalah agent lantikan PasMa ini hanyalah untuk menemui perwakilan Pas di Rompin supaya mengundi wakil atau calon PasMa bagi pemilihan Pas yang akan datang.

Nampaknya team PasMa ini serius mahu menumbangkan Hadi Awang dan team UG dalam pemilihan akan datang kerana Hadi Awang dilihat sudah tidak kisah dengan gabungan pakatan antara PKR dan DAP.

Saturday, April 25, 2015

#PRKPERMATANGPAUH | TERBUKTI KERUSI PERMATANG PAUH HANYA UNTUK KELUARGA ANWAR!!

SEBELUM mengomel dengan lebih panjang. TAHINIAH kepada Nenek Jijah dari Kajang kerana berjaya sekali lagi membonekakan ahli PKR untuk bertanding sekali lagi di Permatang Pauh menggantikan suaminya.

Terbuktilah yang kerusi Parlimen Permatang Pauh adalah kerusi milik kekal bagi keluarga Anwar Ibrahim.

Jika bukan Anwar sudah pasti Wan Jijah. Jika Anwar dah dilepaskan, maka Wan Jijah akan letak jawatan mengosongkan kerusi Permatang Pauh untuk suaminya.

Begitulah nasib pengundi Permatang Pauh. Tak pernah serik pulak tu terus tertipu dengan permainan politik kroni dan nepotisme dalam PKR.

Ternyata PKR hanyalah untuk anak beranak Anwar sahaja.

Cuma nak tanya Wan Jijah, apa cerita Kajang?

Friday, April 24, 2015

#PRKROMPIN : CUKUPLAH PAS MEMFITNAH ARWAH TAN SRI JAMALUDDIN JARIJIS!!

CUKUP-cukuplah Pas memfitnah dan mengadu-domba tentang perkara yang pernah dilakukan oleh Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarijis dalam ceramah politik di Rompin. Itu antara amaran yang diberikan oleh Dato' Hasan Arifin, calon BN Parlimen Rompin ketika ditemui.

Mengulas tentang satu artikel sebuah portal yang mengatakan Pas akan menggunakan pentas ceramah mereka untuk mendedahkan skandal arwah Tan Sri JJ dalam kempen mereka kali ini untuk merampas kerusi Parlimen Rompin daripada BN.

Nampaknya Pas tiada isu untuk difitnah di dalam kempen Rompin kerana beberapa isu besar atau nasional tidak terasa kehangatannya di sini.

Penduduk Rompin lebih memerlukan BN dan mengharapkan Dato' Hasan yang juga pernah menjadi Adun Bukit Ibam dan Timbalan Menteri Besar Pahang supaya dapat menyelesaikan beberapa masalah penduduk Felda dan kawasan kampung serta beberapa isu berkaitan Orang Asal.

Dato' Hasan seorang yang low profile dan gemar membantu menjadi sandaran pengundi di sini, malah Orang Asal juga amat mengenali calon BN ini kerana kerap mengunjungi dan bertanya khabar mereka walaupun bukan sebagai wakil rakyat.

InsyaAllah. Barisan Nasional akan menang dengan tambahan majoriti yang diharapkan.

Thursday, April 23, 2015

#PRKROMPIN : MB KELANTAN DIPINGGIRKAN PASMA

ZALIM betul team PasMa! Melihat pada hari penamaan calon PRK Parlimen Rompin nampaknya mereka sudah menunjukkan belangnya apabila secara terang terus meminggirkan salah seorang daripada team ulamak, Ustaz Ahmad Yaakob, MB Kelantan.

Kenapa dibiarkan seorang diri dan di bawah seorang yang mempunyai kedudukan utama di Kelantan. Antara MB Kelantan dan Adun Sungai Limau mana lagi besar?

Tapi seperti biasalah, geng PasMa terus membisu apabila dilontarkan isu ini.

Cuma nak tanya pada ahli Pas, beginikah layanan ahli PasMa kepada seorang Menteri Besar Pas Kelantan?


#PRKROMPIN : PAS UMPAMA CENDAWAN SELEPAS HUJAN. - TAN SRI ISA SAMAD

"PAS umpama cendawan selepas hujan. Hadir hanya apabila ada pilihanraya namun apabila diperlukan menyorok hingga lupa tanggungjawab." kata Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dalam ucapan Majlis Pecah Tanah Dewan Semai Bakti, Felda Keratong 10 petang tadi.

Benar lah apa yang dikatakan oleh Pengerusi Felda tersebut. Bukti telah banyak dan terlalu ramai wakil rakyat daripada Pas hanya pandai cakap namun apabila ada rakyat yang meminta pertolongan terus ditujunya kepada Pusat Khidmat UMNO Bahagian.

Situasi yang sama dimana juga. Tidak dinafikan yang Pas hanya popular dengan fitnah yang direka sedangkan untuk berkhidmat kepada rakyat setempat sunyi sepi.

Namun apabila datangnya pilihanraya kecil atau pilihanraya umum, mulalah mereka berbondong-bondong hadir konon hendak membantu. Dengan ceramah-ceramah fitnah yang dilemparkan hampir setiap malam tetapi pada akhirnya tidak kemana.

Begitu juga di Rompin sekarang ini, pelbagai ragam manusia dilihat. Jika sebelum PRK Rompin, tiada pun ceramah yang dibuat jika ada pun hanya sekitar 20 orang yang hadir mendengar ceramah namun kali ini atas bantuan kerajaan negeri Kelantan, diimportnya jentera Pas menggunakan berpuluh-puluh buah bas.

Hakikat yang sebenar, BN masih lagi mendapat tempat dihati penduduk Rompin.

Wednesday, April 22, 2015

#PRKROMPIN : PAS MULAKAN KEMPEN DENGAN FITNAH!

TIDAK menghairankan jika Pas memulakan kempen PRK Rompin dengan fitnah. Belum pun 24 jam penamaan calon, mereka sudah mula menabur fitnah di kawasan Rompin ini.

Ratu fitnah utama sudah tentu Nurul Izzah yang belajar ilmu fitnah daripada bapanya, raja segala fitnah.

Ini belum lagi tempoh 14 hari masa yang diperuntukkan untuk berkempen.

Nak tau fitnah apa yang Pas dan parti sekutunya mainkan? Moh datang Rompin....


#PRKROMPIN : PAS ROMPIN MINTA AHMAD AWANG GANTI HADI AWANG!!

DALAM kemeriahan semasa majlis penamaan calon pagi tadi di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Rompin, rupanya ada cerita belakang yang kedengaran.

Beberapa orang ahli Pas Rompin telah menemui calon Presiden Pas, Ahmad Awang selepas proses pengumuman penamaan calon diumumkan oleh Pengarah Pilihanraya PRK Rompin.

Ahmad Awang yang lewat tiba ke dewan penamaan calon telah didatangi oleh lebih kurang 5 orang ahli Pas Rompin semasa dalam perjalanan ke dewan tersebut. Kumpulan ahli Pas Rompin ini meminta supaya Ahmad Awang menerima pencalonan beliau sebagai Presiden Pas bagi menggantikan Hadi Awang.

Mereka mengadu kepada Ahmad Awang bahawa Hadi Awang sudah jauh terpesong dalam matlamat utama Pas untuk memerintah Malaysia dan merapatkan hubungan sesama rakan dalam pakatan. Mereka juga menambah, Hadi Awang juga kelihatan semakin mesra dengan UMNO atas beberapa isu khususnya Hudud dan tidak pernah menghentam UMNO dalam siri ceramah beliau.

Ahmad Awang yang juga bekas Naib Presiden Pas diminta untuk mengeratkan kembali hubungan antara Pas dengan PKR, DAP. Memandangkan Hadi Awang sudah ditolak oleh akar umbi dan Husam Musa lebih ditolak kerana antara pengasas PasMa.

PRK Rompin bakal menyaksikan pertandingan antara calon Pas, Nazri Ahmad dan calon BN, Datuk Hasan Arifin.

#PRKROMPIN : GENG PASMA TIDAK HADIR SEMASA PENAMAAN CALON!!

MAT SABU, Hatta Ramli, Khalid Samad, Husam Musa, Hanipa Maidin, Mujahid Yusof dan beberapa pemimpin Pas Pusat tidak kelihatan di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Rompin sejak pagi tadi. Mereka dikatakan memboikot calon Pas bagi PRK Rompin kerana calon yang dipilih bukan daripada calon pilihan mereka sendiri.

Calon Pas Rompin adalah salah seorang penyokong kuat Hadi Awang dan golongan Ulama' manakala calon pilihan Mat Sabu adalah salah seorang ahli PasMa Pahang namun tidak dipersetujui oleh Presiden Pas dan Dewan Ulama' Pas Pusat (DUPP).

Dikatakan Mat Sabu tidak akan menyokong calon Pas Rompin kerana kecil hati dengan tindakan Pas dari golongan Ulama' yang tidak akan turun membantu gerak kerja pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Manakala Hatta Ramli masih berdendam dengan calon Pas Rompin kerana beliau adalah suspek dalam kes bakar kereta beliau semasa krisis antara golongan Ulama' dan golongan Anwarinas dalam Pas baru-baru ini.

Walaubagaimanapun, Hadi Awang dan team Ulama' Pas Pusat hadir bagi memberi sokongan moral kepada calon yang bertanding dan mengharap akan dapat mengurangkan undi walaupun KALAH.

Tuesday, April 21, 2015

PAS ROMPIN SEDIA TERIMA CALON BN SEBAGAI AHLI PARLIMEN ROMPIN!! #PRKROMPIN

PERKHABARAN yang amat mengejutkan daripada Rompin yang dikhabarkan oleh seorang sahabat anak jati Rompin bahawa Pas Rompin juga merestui dan bersetuju jika Datuk Hasan Arifin, calon BN diangkat menjadi Ahli Parlimen Rompin.

Mengikut perkhabaran beliau lagi, Pas Rompin terpaksa meletakkan Ketua Pemuda Pas Pahang sebagai calon hanya kerana ingin mencukupkan syarat sahaja atas desakan daripada Pas Pusat yang tetap mahukan Pas Rompin bertanding walau sudah diketahui akan kalah teruk.

Rupanya perlantikan Ketua Pemuda Pas Pahang sebagai calon mendapat tentangan hebat daripada akar umbi Pas Rompin sendiri kerana dikatakan beliau terlalu muda untuk bertanding.

Sebaliknya ada suara daripada beberapa AJK Pas Pahang yang mahukan Ketua Pemuda Pas Pahang ini kalah teruk dan akan tercalar imejnya kerana mahu menukar Ketua Pemuda Pas Pahang dengan orang lain.

Lain macam politik Pas Pahang ni rupanya. Hebat dalam bab cantas mencantas ni.

Rakyat Rompin juga tahu tentang perkara ini kerana mereka semua tidak kenal pun calon Pas dan tiba-tiba hendak bertanding dan langsung tidak pernah melawat dan menziarahi mereka.

Ternyata, calon Pas Rompin ini hanyalah menjadi boneka yang boleh dikawal oleh Pas Pusat. Malah DAP Pahang juga masih tidak kelihatan di Rompin kerana dikatakan memboikot Pas akibat tidak menarik balik RUU Hudud di Parlimen.

Untuk rekod, Datuk Hasan Arifin adalah bekas Adun Bukit Ibam semasa Rompin masih dalam Parlimen Pekan dahulu, jadi tidak menjadi masalah untuk beliau kembali berkhidmat kerana rata-rata penduduk setempat sudah kenal sangat dengan calon BN ini.

InsyaAllah, Datuk Hasan Arifin akan menang dengan majoriti yang bertambah.

Monday, April 20, 2015

DATO' HASAN ARIFIN PENERUS LEGASI KEMAJUAN ROMPIN!! #P091

MENYELINGKARI sejarah dalam Parlimen Rompin tidak akan habis bercerita sehari. Bermula dari pekan kecil atau pekan koboi yang dikelilingi tanaman pertanian seperti kelapa sawit di bawah Felda dan beberapa ekar pokok getah yang ditinggalkan, sehinggalah ke Pulau Tioman antara lokasi percutian menarik dalam Malaysia.

Parlimen Rompin yang dibahagikan kepada 3 Dun; Dun Muadzam Shah, Dun Bukit Ibam dan Dun Tioman memberikan seribu pengalaman sepanjang menyelusuri jalan beratus kilometer.

Khidmat dan bakti arwah Dato' Seri Jamaluddin Jarijis yang terlibat dalam nahas helikopter di Semenyih baru-baru ini mengejutkan rakyat Malaysia khususnya bagi rakyat di Parlimen Rompin.

DATO' HASAN ARIFIN, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rompin yang juga mantan Timbalan Menteri Besar Pahang menggalas tugas Allahyarham Dato' Seri JJ telah diumumkan sebagai calon BN bagi PRK Rompin.

Anak jati Kuala Rompin ini begitu dikenali oleh penduduk sekitar Rompin atas jasa bakti beliau selama menjadi Adun Rompin (1982-1990) dan Adun Bukit Ibam (1990-2004).

Antara jasa terbesar Dato' Hasan Arifin adalah pembangunan Bandar Baru Kuala Rompin yang kini telah menjadi pusat bandar yang maju dalam Parlimen Rompin. Malah pembangunan pelancongan di kawasan Pulau Tioman dilihat semakin mendapat tempat dimata dunia.

Bagaikan sireh pulang ke gagang. Begitulah umpamanya Dato' Hasan Arifin kepada Parlimen Rompin yang dahulunya Rompin ini hanyalah salah satu DUN di dalam Parlimen Pekan.



Friday, April 17, 2015

PAKATAN KHALID-HADI!! 5 ADUN PKR SELANGOR SOKONG KHALID JADI MB!!

PERTEMUAN yang dirancang di Jakarta oleh bekas Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim dan Presiden PAS, Hadi Awang memaparkan bibit-bibit kebangkitan Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor semula setelah perbincangan rapi dengan Hadi Awang.

Perbincangan ini juga turut dipersetujui oleh beberapa pemimpin Pas Selangor dan akan menyokong Khalid Ibrahim untuk merampas kembali kerusi Menteri Besar daripada Azmin Ali.

5 Adun daripada PKR juga dikatakan sudah bersetuju untuk menyokong Khalid Ibrahim menduduki semula kerusi MB dan menolak Azmin kerana beliau dilihat terlalu berpolitik hingga mengenepikan tuntutan rakyat terutama dalam isu air dan lebuhraya Kidex.


TERKINI!! 50 AHLI PKR BATU PAHAT KELUAR PARTI!


Terkini!

Seramai 50 ahli PKR cabang Batu Pahat termasuk Ketua Penerangannya, Mohd Hafizi Jamhari keluar daripada parti itu untuk menyertai UMNO.

Borang diserahkan kepada Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Thursday, April 16, 2015

AKTIVIS PKR TUNTUT NAIK GAJI, MB PKR LUPA BUDI!!

KESIAN? SEDIH? Agak kelakar apabila Ekhsan Bukharee, Guru KAFA yang menuntut kenaikan gaji guru KAFA yang juga merupakan aktivis mahasiswa PKR yang kerap bersama-sama PKR dalam demo dan ceramah anjuran PKR.

Namun hakikatnya tidaklah seharum yang diharapkan apabila JANJI TINGGAL JANJI.

Sedangkan aktivis mahasiswa yang banyak jasa kepada PKR pun menidakkan segala tuntutan inikan pula rakyat biasa yang terang-terangan menentang PKR.

Jadinya, apa kelebihan menjadi aktivis mahasiswa yang merusuh kehulur hilir sedangkan tuntutan yang tidak seberapa tidak boleh dimakbulkan oleh pentadbiran negeri Selangor.

Jika bertanya kepada rakan-rakan Ekhsan Bukharee siapa yang tidak kenal. Merupakan sahabat baik kepada Adam Adli dan Wanji. Kerap menghadiri ceramah-ceramah politik dan pernah juga menjadi penceramah untuk menghasut rakyat menyokong PKR.

Tetapi inilah balasan yang diberikan kepada beliau.

Jadi, mana yang PKR kata NEGERI BERKEBAJIKAN???

Tuesday, April 14, 2015

WALAU DAH SEMBUR RIDSECT DALAM BAS, SELANGOR NO.1 KES DENGGI DI MALAYSIA!!!

SATU masa dulu, Menteri Besar Selangor Azmin Ali bersama Exco Kesihatan Selangor, Dr. Daroyah pernah menyembur racun serangga di dalam bas dengan harapan supaya kes denggi di Selangor akan menurun. Namun hakikatnya bukanlah seperti yang digembar-gemburkan.

Dalam statistik terbaru (1 Januari 2015 - 11 April 2015) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor baru-baru ini, kesan ke atas semburan Ridsect dalam bas yang dilakukan oleh MB Selangor tidak membawa kepada penurunan kes denggi di Selangor.

Malah lebih malang Selangor menduduki ranking tertinggi antara negeri-negeri di Malaysia dengan jumlah kes 20,986 kes dan 58 kematian seluruh negeri Selangor.

Daerah Petaling yang merupakan pusat pentadbiran negeri Selangor merangkul tempat pertama dalam kes denggi ini dengan 9,917 kes bersama 23 kematian sepanjang tahun 2015 ini.

Tahniah kepada kerajaan negeri Selangor. 

Sedang ranking pelaburan jatuh kepada ranking ke-4 di Malaysia. Rakyat Selangor harus berbangga kerana Selangor masih lagi menjuarai ke Denggi dalam Malaysia.

Ini namanya pemimpin yang rakus. Demi keuntungan hingga lupa tentang kesihatan dan keselamatan rakyat negeri Selangor.

Masih sokong pakatan di Selangor? Tunggu ada ahli keluarga anda mati kerana denggi....


ELAUN GURU KAFA: AZMIN LUPA ATAU BUAT-BUAT LUPA? - YB BUDIMAN

DALAM sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada 7 April lalu, Menteri Besar, Mo­hamed Azmin Ali secara sinis dalam menyindir Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seolah-olah menghidap penyakit hilang ‘selective amnesia’ atau kehilangan daya ingatan dan hanya mengingati serta menyimpan apa yang dimahukan.

Sindiran Mohamed Azmin itu dilihat seolah-olah merujuk tindakan Abdul Khalid yang ketika membahaskan usul titah Sultan Selangor pada 2 April lalu mengkritik tindakan Menteri Besar itu yang didakwa tidak konsisten dalam memuktamadkan perjanjian penstrukturan industri bekalan air Selangor sebelum ini yang membuktikan kelemahan sebenar pentadbiran kerajaan negeri ketika ini.

Dalam perbahasan itu, Abdul Khalid turut menyatakan gesaan­nya supaya Mohamed Azmin berundur dari jawatannya sekiranya gagal memuktamadkan perjanjian utama itu dengan memberikan kepada individu yang layak.

Namun kritikan Abdul Khalid terhadap pentadbiran negeri itu tidak terhenti setakat itu apabila beliau sekali lagi mengeluarkan kenya­taan menerusi akaun Facebook miliknya pada 6 April lalu membuat sindiran bahawa amat mudah menjadi pemimpin oportunis dengan membuat keputusan popular tanpa memikirkan impak dalam segala segi dan gambaran sebenar situasi dan kemampuan hakiki.

Penulis tidak mahu mengulas panjang lebar mengenai perbalahan di antara Abdul Khalid dengan Mohamed Azmin ini. Namun, satu perkara yang amat menarik perhatian adalah tentang sindiran Menteri Besar terhadap Abdul Khalid itu yang mengaitkan dengan penyakit ‘selective amnesia’.

Barangkali Mohamed Azmin juga mungkin tidak sedar beliau mungkin mengalami simptom penyakit tersebut apabila lupa mengenai janji untuk menaikkan elaun guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) sebanyak RM1,500 sebulan. Barangkali terlalu teruja dengan jawatan Menteri Besar yang disandang, janji itu mungkin dibuat-buat lupa.

Jika Menteri Besar sukar untuk mengingati janji itu kerana mungkin menghidap ‘selective amnesia’, penulis mungkin boleh mengambil peluang ini dengan mengingatkan bahawa janji untuk menaikkan elaun guru KAFA adalah antara yang terkandung dalam manifesto bersama PKR, DAP dan Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Kenaikan elaun guru KAFA sebanyak RM1,500 sebulan itu adalah sebahagian daripada rancangan peningkatan gaji melibatkan seluruh warga kerja sekolah agama di negeri ini yang turut disusuli de­ngan strategi memperbanyakkan aktiviti pengajaran yang setimpal dengan gaji yang dibayar.

Bagaimanapun, hampir dua tahun lebih PRU-13 berlalu, kerajaan negeri seolah-olah hilang ingatan untuk melaksanakan kenaikan elaun guru KAFA sebagaimana yang dijanjikan sedangkan kerajaan ne­geri telah membentangkan dua Bajet Negeri masing-masing pada 2014 dan 2015 melibatkan peruntukan kewangan yang besar yang bernilai berbilion ringgit.

Pada 20 November 2013, kerajaan negeri mengumumkan Bajet Selangor 2014 melibatkan peruntukan kewangan sebanyak RM1.8 bilion yang mana dari segi pecahannya 66.2 peratus atau RM1.2 bilion untuk perbelanjaan mengurus yang terdiri dari perbelanjaan bekalan dan perbelanjaan tanggungan manakala selebihnya iaitu 33.78 peratus diperuntukkan untuk per­belanjaan pembangunan dengan nilai sebanyak RM624.9 juta.

Peruntukan kewangan dalam Bajet negeri itu bagaimanapun bertambah pada 2015 kepada RM2.42 bilion yang mana RM1.28 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus manakala RM1.13 bilion adakan untuk perbelanjaan pembangunan.

Malah, Menteri Besar ketika membentangkan Bajet Selangor 2015 pada 24 November tahun lalu turut mengumumkan kutipan hasil negeri pada tahun ini dianggarkan meningkat pada kadar 6.49 peratus kepada RM 1.97 bilion berbanding RM1.85 bilion pada tahun 2014.

Melihat dari angka-angka kewang­an bajet kerajaan negeri bagi kedua-dua tahun tersebut, seolah-olah Se­langor begitu gah dari segi kedudukan kewangannya. Namun, amat malang sekali apabila kedua-dua bajet negeri itu tidak dimasukkan dengan janji pakatan pembangkang untuk menaikkan elaun guru KAFA kepada RM1,500 sebulan.

Ketika ini, guru KAFA di Se­langor menerima elaun sebanyak RM1,300 setiap bulan yang mana RM800 daripadanya adalah dibiayai oleh Kerajaan Pusat manakala bakinya RM500 bayar oleh kerajaan negeri. Jika mengikut Pendapat­an Garis Kemiskinan (PGK) yang ditetapkan kerajaan negeri, seramai 6,742 orang guru KAFA di Selangor berada di bawah kategori miskin.

Mengenai insiden seorang guru KAFA dari Sekolah Rendah Agama Pekan Kapar, Klang, Ekhsan Bukharee Badarul Hisham yang dilaporkan dihalang daripada menyerahkan surat untuk mendapatkan pertimbangan kerajaan negeri menaikkan elaun itu pada 8 April lalu, penulis merasa simpati atas kepayahan yang dialaminya dek kerana sikap pentadbiran Selangor yang seolah-olah ‘hanya tahu berjanji tetapi tidak ditunaikan’.

Nasib yang dialami oleh Ekhsan Bukharee itu mungkin turut dirasai sebilangan besar guru KAFA lain di negeri ini apatah lagi beliau me­nyatakan ada rakan seperjuang­an terpaksa melakukan kerja lain seperti tukang cuci dan sebagai­nya untuk menampung kehidupan mereka.

Namun, penulis amat kesal de­ngan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi negeri, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi ketika sesi pertanyaan dalam DUN Selangor pada 9 April lalu yang menyatakan kenaikan elaun RM1,500 kepada guru KAFA di negeri ini masih lagi dalam pe­ringkat kajian termasuklah masih meneliti kesesuaian penambahan peruntukan untuk tujuan itu.

Persoalannya, mengapa kerajaan negeri mengambil tempoh masa yang terlalu lama untuk melaksanakan kajian kenaikan itu sedangkan pada masa sama pentadbiran Selangor difahamkan mendabik dada mengumumkan pertambahan dalam hasil kerajaan negeri. Apakah kerajaan ne­geri merasakan guru KAFA ini taraf­nya tidak sama dengan guru tetap di Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) yang ada di Selangor ketika ini.

Jika demikian, ini satu pengabai­an serta diskriminasi yang serius dalam sistem pendidikan agama di Selangor. Penulis menolak sama sekali jika perkara ini benar-benar berlaku kerana guru KAFA ini juga memainkan peranan besar dalam pembangunan insan yang berteraskan agama Islam di negeri ini. Apakah sebenarnya tumpuan kerajaan negeri dalam membela nasib para guru KAFA ini?

Ternyata penyakit ‘selective amnesia’ dihidapi oleh mereka yang benar-benar memilih tindakan. Dalam kes guru KAFA ia menyerlahkan sikap sebenar kerajaan negeri yang bersifat selektif dalam soal membela rakyat. Apakah ini dasar kepedulian yang sering dibanggakan oleh kerajaan negeri selama ini?

PENULIS ialah YB BUDIMAN MOHD ZOHDI, Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sungai Panjang dan Setiausaha ADUN BN Selangor.

-Utusan Online-

PAS PUCHONG KECAM GOBIND SINGH HINA HADI AWANG!!

PANAS!! Ahad lepas, PAS Puchong telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 12. Antara isi penting yang mereka utarakan adalah tindakan Ahli Parlimen DAP Puchong yang menuding jari kepada Pas atas kekalahan wakil mereka Dyana Sofia di PRK Teluk Intan.

Gobind mengatakan Pas merupakan penyebab besar kekalahan tersebut kerana ketika itu Pas bersungguh-sungguh untuk melaksanakan hukum hudud yang ditolak oleh DAP.

Dalam mesyuarat yang sama juga, Pas Puchong mencalonkan Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Timbalan Presiden Pas yang akan datang bagi menggantikan Mat Sabu yang dilihat lebih pro kepada DAP dan kerap mengutuk kepimpinan ulama' dihadapan DAP.

Perkara ini juga telah disahkan oleh Mohd Suffien Ismail, YDP Pas Puchong dalam ucapantama beliau.

Monday, April 13, 2015

PENDUDUK SEPANG BANTAH PROJEK PERUMAHAN KERAJAAN SELANGOR!!

PAKATAN MUNGKIR JANJI!!! Itu antara slogan yang memang layak kepada pentadbiran kerajaan negeri Selangor sekarang. Janji hanya tinggal janji apabila segala keperluan dan harapan rakyat negeri Selangor terus dinafikan oleh Menteri Besar, Azmin Ali.

Jika sebelum ini Khalid pernah berjanji untuk tidak mengganggu keharmonian penduduk Taman Cempaka, Bandar Baru Salak Tinggi dengan projek-projek perumahan, kini segalanya telah berubah.

Kerajaan negeri Selangor akan tetap meneruskan projek perumahan 2 tingkat yang sebelum ini dibantah oleh penduduk setempat kerana kawasan tersebut adalah padang bola dan padang permainan kanak-kanak.

Di mana ada untung, disitu ada Azmin.

Hanya kerana janji untuk menang PRU-13 yang lalu, segala janji sudah ditabur. Kini bahana kembali kepada rakyat Selangor yang sudah lama menetap disitu. 

Sudah dapat undi, ini negeri Selangor Azmin Ali yang punya.....

Thursday, April 9, 2015

KERAJAAN NEGERI SELANGOR ROBOH GERAI BUKIT LANGAT!!

DULU masa zaman muda-muda semasa kerja di KL dan bermastautin di Lembah Jaya kerap juga melepak di sini. Meriah memang cukup meriah dengan kehadiran ramai anak muda tempat melepaskan tekanan waktu bekerja di siang hari.

Namun kini segalanya sudah lenyap. Bukit Langat atau lebih dikenali dengan nama Bukit Ampang yang menyajikan pemandangan Kuala Lumpur diwaktu malam sudah tiada lagi.

Ini ekoran daripada tindakan Pihak Berkuasa Negeri Selangor yang merobohkan gerai-gerai kecil milik MELAYU disepanjang jalan tersebut.

Katanya kerana dengan wujudnya gerai-gerai tersebut, mengganggu lalu lintas kenderaan yang melalui kawasan tersebut. Alasan yang sama untuk merobohkan gerai MELAYU di seluruh Selangor.

Peniaga yang ditemui juga kecewa dengan tindakan kerjaaan negeri Selangor yang terus merobohkan gerai yang mereka bina lebih 10 tahun begitu sahaja tanpa sebarang notis atau sebarang kawasan bagi mereka meneruskan perniagaan bagi mencari pendapatan.

ZALIM!! ZALIM!!

Memang zalim dan bila pula kerajaan negeri Selangor berhati perut dengan orang Melayu?

Sedangkan Ustaz KAFA pun kena halau inikan pula hanya dengan merobohkan gerai kecil milik orang Melayu!


YAYASAN SELANGOR RUGI 15JUTA - LAPORAN AUDIT NEGARA 2014

Tindakan Yayasan Selangor mengabaikan aset bangunannya di Bukit Bintang menyebabkan anak syarikat negeri itu mengalami kerugian besar sebanyak RM15.12 juta dalam tempoh tiga tahun, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2014.

Laporan itu berkata, Yayasan Selangor pada September 2012 menamatkan penyewaan dan mengosongkan bangunannya di Bukit Bintang, dan sejak itu rugi RM2.52 juta bagi tahun tersebut, manakala tahun berikutnya rugi RM7.56 juta dan RM5.04 juta bagi tempoh Januari hingga Ogos 2014.

"Kegagalan perancangan yang strategik dan teratur terhadap pelaksanaan projek pembangunan semula bangunan Yayasan di Bukit Bintang menyebabkan anggaran kehilangan hasil sewaan berjumlah RM15.12 juta bagi tempoh mulai bulan September 2012 hingga Ogos 2014 berdasarkan kadar sewaan tahun 2012 dengan andaian kesemua unit berjaya disewa sepenuhnya berikutan penamatan penyewaan di bangunan tersebut," katanya dalam laporan hari ini.

Menurut laporan audit, keputusan Yayasan Selangor menutup Asrama Yayasan Selangor Kuala Lumpur (AYSKL) dengan memaksa pelajar berpindah dan ditempatkan ke sekolah harian berasrama sedangkan projek tersebut masih belum dimuktamadkan sehingga bulan November 2014 juga merugikan yayasan.
Bangunan 12 tingkat berkeluasan 11,100 kaki persegi di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada awalnya mahu dibangunkan semula, mengikut persetujuan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan pada Jun 2010.

Yayasan kemudian mengeluarkan notis penamatan sewa kepada semua penyewa mulai bulan November 2011 untuk mengosongkan premis sepenuhnya pada bulan Ogos 2012.

Namun menurut audit, berlaku masalah dalaman dengan syarikat konsortium menyebabkan projek pembangunan semula masih belum dimuktamadkan hingga Ogos 2014.

Tinjauan audit ke tapak premis berkenaan pada 12 September 2014 juga mendapati, bangunan tersebut kosong dan terbiar, selain rosak akibat vandalisme.

Lawatan audit ke tapak cadangan pembangunan projek Kampung Pandan pada September 2014 juga mendapati belum ada sebarang kerja awal seperti pembersihan tapak AYSKL dilaksanakan bagi projek tersebut.

"Pada pendapat audit, projek pembangunan perlu dirancang dan dilaksanakan dengan teliti. Perancangan perlu mengambil kira kesan terhadap sebarang keputusan yang diambil bagi mengelakkan kerugian di pihak yayasan," katanya.

Laporan itu berkata, berdasarkan maklum balas bertarikh 23 Disember 2014, yayasan membuka semula sewaan jangka pendek bagi penyewaan sebahagian unit dan ruang pengiklanan mulai Disember 2014 sebagai langkah mengurangkan kerugian.

Katanya, yayasan juga memaklumkan draf perjanjian bagi pembangunan projek secara usaha sama di Kampung Pandan dimuktamadkan dan akan dibawa untuk kelulusan dan tandatangan ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Dengkil, Shahrum Mohd Sharif ketika ditemui pemberita berkata, Barisan Nasional (BN) menuntut penjelasan kerajaan negeri yang gagal menguruskan dua aset berkenaan sehingga menyebabkan Selangor rugi besar.

Pihaknya kesal kerajaan negeri membiarkan aset tersebut sedangkan ia terletak di kawasan strategik di Kuala Lumpur.

Katanya, jika aset terbabit disewa sepenuhnya, kerajaan negeri mampu menjana pendapatan sekitar RM300,000 hingga RM400,000 sebulan dan memberi pulangan yang baik untuk rakyat.

"Sebelum ini, kita pernah membangkitkan isu pembangunan semula dua asrama berkenaan selain membantah rancangan kerajaan negeri ini namun ia tidak diendahkan.

"Sekarang nampaknya cadangan itu seolah-olah satu kegagalan oleh kerajaan negeri, kita tuntut penjelasan sebenar mengenai isu tersebut," katanya di lobi bangunan Annexe, Shah Alam.

Tuesday, April 7, 2015

TIDAK PERLU PAS. SAMI BUDDHA PELUK ISLAM!!

Hampir 30 tahun mengkaji setiap agama di dunia ini, akhirnya seorang sami Buddha berusia 66 tahun mengambil keputusan memeluk Islam.

Pengalaman menjadi sami selama 28 tahun di Taiwan mendorong lelaki yang enggan identitinya itu didedahkan, mencari kebenaran dan akhirnya mengakui Islam merupakan satu agama yang indah dan sempurna.

Semalam, lelaki terbabit mengucap dua kalimah syahadah dalam satu majlis ringkas di Masjid Cina, di sini.

Presiden Persatuan Cina Islam Malaysia Cawangan Melaka (Macma), Lim Jooi Soon berkata, sepanjang menjadi sami di Taiwan, lelaki berkenaan banyak menghabiskan masa mengkaji setiap agama di dunia ini.

"Semasa menjadi sami, dia begitu banyak mengkaji tentang banyak agama di dunia ini. Dalam pengkajian itu, dia cuma menemui Islam sebagai sebuah agama paling lengkap dan meliputi segala aspek setiap kali berhujah.

“Dia banyak melihat agama Islam ini semakin berkembang, tetapi dia tidak tahu puncanya," katanya.

Menurutnya, lelaki yang berasal dari Johor itu datang ke negeri ini sejak tiga minggu lalu.

"Akhirnya, dia berjumpa saya dan saya telah menerangkan dengan menggabungkan bagaimana logik, sains dan hujah dapat dikaitkan dengan pencipta alam ini menyebabkan dia tertarik untuk memeluk Islam,” katanya selepas majlis itu semalam yang
disempurnakan penaung Macma, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (Maim), Datuk Yaakub Md Amin dan Mufti negeri, Datuk Dr Mohadis Yasin.

Jooi Soon berkata, kini tugas Macma adalah untuk membimbingnya agar dapat mengetahui ajaran Islam secara mendalam.

“Kerja kami baru hendak bermula untuk mengajarnya dan kami hanya boleh mengajar dalam bahasa Mandarin kerana dia tidak fasih bahasa Melayu dan Inggeris. Ia mungkin menuntut sedikit kesabaran,” katanya. - Sinar Harian

Monday, April 6, 2015

PAS KUALA LANGAT TOLAK HADI AWANG, PAS KOTA RAJA TOLAK MAT SABU!!

JIKA sebelum ini Dewan Pemuda PAS Kuala Langat menolak Hadi Awang sebagai Presiden PAS dan tidak menyokong Hudud yang dicadangkan oleh Pas Pusat.

Hari ini, PAS Kota Raja, Klang memutuskan untuk mencalonkan Tuan Ibrahim, Naib Presiden Pas bagi menggantikan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden pada pemilihan akan datang.

Pemilihan PAS Pusat pada tahun ini dilihat sengit dengan menyaksikan pertembungan dan pertandingan dua mazhab antara golongan Ulama' yang diketuai oleh Hadi Awang dan golongan Liberal (PasMa) yang dikepalai oleh Mat Sabu sendiri.


Friday, April 3, 2015

PKR PARTI ANAK BERANAK! JIJAH CALON PERMATANG PAUH SEKALI LAGI!!

ANWAR masuk penjara sebab meliwat, Azizah ganti... Anwar keluar penjara, Azizah letak jawatan... Anwar masuk penjara sebab meliwat lagi, Azizah sekali lagi akan bertanding....

Itulah yang rakyat katakan bahawa PKR ini adalah parti Anwar, bukannya parti rakyat seperti yang dilaung-laungkannya....

Setiap matlamat PKR hanyalah untuk Anwar Ibrahim yang tidak putus-putus dengan tabiat songsang yang suka meliwat pembantu peribadinya sendiri...

Jawatankuasa Pengampunan Di Raja baru-baru ini menolak petisyen rayuan Anwar daripada tuduhan meliwat... Dan secara automatiknya taraf wakil rakyat Anwar di Permatang Pauh tergugur dengan sendirinya...

Ura-ura juga mengatakan bahawa Azizah bakal menggantikan tempat Anwar SEKALI LAGI di Permatang Pauh...

Malah lebih mengejutkan, PAS juga dengar-dengar akan meletakkan calonnya untuk turut sama bertanding namun mungkin tidak menggunakan logo bulan untuk berkempen...

Ini berikutan perpecahan dalam PR yang semakin besar antara PAS dan DAP,PKR...

Hakikatnya, adakah Azizah sudah bersedia untuk ke Permatang Pauh sedangkan di Kajang masih banyak lagi janji-janji pilihanraya yang belum selesai...

Apa progress tebatan banjir di pekan Kajang? 
Bagaimana nasib gerai orang Melayu yang dirobohkan?
Apa keputusan kuil Hindu yang dimusnahkan?

Sama-sama fikir....

Thursday, April 2, 2015

"TUANKU LU PUNYA RAJA KA?! CILAKA LU! - ADUN DAP TRONOH

KURANG AJAR! BIADAP! Itulah ayat yang selayaknya diterima oleh Adun DAP Tronoh yang berterusan menghina Sultan Perak.

Jika pada hari pertama pembukaan Sidang Dun Perak, barisan pembangkang telah mencemarkan kesetiaan kepada Sultan Perak dengan memakai pakaian hitam kononnya berkabung atas kematian Lee Kuan Yew.

Semalam, DAP Perak sekali lagi berlaku biadap dengan terus menghina Dewan dan Sultan dengan mengeluarkan perkataan biadap.

"TUANKU LU PUNYA RAJA KA?! CILAKA LU!"

Ayat tersebut dikeluarkan oleh Adun DAP Tronoh kepada YB Datuk Shahrul, Adun Rungkup yang meminta penjelasan kenapa pembangkang memakai pakaian hitam tempoh hari.

Namun, Adun DAP mengajak Datuk Shahrul keluar dewan dan bertumbuk.

Siapa yang CILAKA???