Tuesday, April 28, 2015

#PRKROMPIN : HUDUD TIDAK PENTING BERBANDING GST - PEMUDA PAS

SUHAIZAN Kayat, Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia baru-baru ini mengatakan bahawa isu GST lebih penting berbanding Hudud. Dalam ceramah-ceramah kempen PRK Rompin pemimpin Pas kerap membangkitkan isu semasa seperti GST dan kurang pemahaman tentang hudud.

Umpamanya Suhaizan bersetuju bahawa Hudud tidak penting dalam kempen di Rompin. Malah Mat Sabu juga berceramah di atas pentas baru-baru ini mengatakan bahawa Hudud biarlah pihak pimpinan tertinggi laksanakan.

Hudud tidak memberi impak kepada rakyat Malaysia tetapi GST amat menyusahkan rakyat kata Mat Sabu dalam ceramahnya. Kini penolakan Hudud turut dipelopori oleh pemimpin tertinggi Pas yang liberal.

Apa kata Dewan Ulamak Pas Pusat?

2 comments:

  1. Kenapa lah kerajaan tak cerita dengan adanya GST cukai jualan dihapuskan. Kesan nya harga baranga barangan turun 4%. Jika ada peniaga menaikkan harga barangan satu penipuan. Siasat saja. Jadi taklah pembangkan jadikan GST isu. Susah sangat ke Datuk Maslan nak terangkan yang itu. atau pembangkang saja buat tak faham. Kadang kadang sakit hati cara pegawai kerajaan buat kerja. Takkan isu mudah nak dijadikan huru hara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I rasa dr maza mufti perlis dh jwb....

      Delete

comment please.....